iPhone 4S Gadget Impian Yanmie

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman, blog kedua Zie Fauzi, blog tiga Faizal Fredley sudah tamat dan blog ke empat Hans akan tamat pada 11.59pm, 18/2/12 dan blog ke sepuluh yang terpilih adalah blog Yanmieonline telah mengumpul 5729 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy SII tukar kepada iPhone 4S menjadi impian dan harapan Yanmie semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati Yanmie kenapa iPhone 4S menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.

Salam, syukur alhamdulillah terpilih untuk menjadi peserta pusingan akhir Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com dan penaja eQurban. Bertuah rasanya terpilih antara 20 blogger yang lain.

contest gadget impian

Sebelum itu saya berharap penyertaan saya ini dinilai sebaiknya, dan tidak diketepikan sebab dah pernah menang sebelum ini. Harap pihak penganjur tidak memandang sedemikian, ini kerana saya telah pun berkerja keras untuk memenangi contest tersebut, saya telah mengeluarkan modal hampir RM400 untuk contest ini di mana saya membuat contest dalam contest iaitu Contest Cabutan Bertuah yang mana saya meraih LIKE, ReTweet, Komen dan G+ melalui contest tersebut. Saya rasa saya layak menang sebab saya ada kesungguhan tersebut.

iphone 4s family

Ok bercerita tentang gadget impian, memandangkan boleh tukar gadget impian selari dengan perkembangan semasa, saya memilih untuk memiliki iPhone 4S. Teringin nak live blog macam Denaihati guna iPhone 4S, teringin nak tweet dari iPhone, teringin nak ambil gambar guna iPhone 4S. So. nanti tak perlulah saya bawa kamera gedabak kalau sekadar ingin berjalan-jalan di shopping complex. Cukup dengan snap gambar menggunakan iPhone 4S tersebut, plus rekod video. Kamera gedabak saya tu tak boleh rekod video, yang boleh rekod pun dari Blackberry tu pun cuma 3MP, tak cantik. Hehehe. Boleh rekod guna iPad2 tapi tak seronok pulak, orang pandang semacam sebab iPad2 besar sangat, kalau untuk main game sesuailah.

blackberry rosak yanmieonline

Handphone sekarang, 2nd hand beli dari blogger roslan nazri, Keypad dah tercabut.

Phone HTC yang saya dapat dari Maxis10 dahulu saya dah hadiahkan dengan suami. Phone tersebut tidak sesuai dengan saya, berat dan bateri cepat habis. Untuk seseorang yang kaki online 24 jam macam saya ni memang tak sesuai menggunakan phone tersebut. So, saya berikan dengan suami, saya pakai Blackberry 2nd hand yang saya beli dari blogger Roslan Nazri, since dia pun perlukan duit time tu (niat nak membantu). Sehingga sekarang saya masih menggunakan Blackberry tersebut. Hari tu rosak, skrin buta, saya repair kena caj RM250. Huhuhu. Takpelah asal boleh guna lagi. Sekarang Blackberry ni pula kamera buat hal, kadang-kadang heng tak boleh nak snap gambar. Tu yang dah kurang nak live twitpic gambar kat twitter. Hehehe. Kalau dapat iPhone 4S ni kan best ^____^

spongebob galaxy s2

Saya berharap sangat saya dapat menang Contest Gadget Impian ini kerana saya sudah berusaha sehabis baik, sehari mahu berapa puluh ratus kali saya kempen kat laman sosial untuk membantu saya mendapatkan markah. Sehari jugak berapa puluh kali saya pantau blog rakan-rakan lain yang turut serta dalam contest ini kerana saya tidak ingin ketinggalan di belakang. Saya tidak suka buat kerja sekerat jalan, alang-alang berperang biar sampai jadi pemenang.

Dan saya yakin juga dengan berkat usaha berterusan insyaAllah ada rezeki untuk saya. Pilihlah saya jadi pemenang (ayat serius). Anda sendiri nampak kesungguhan saya dalam contest ini bukan? Di samping jumlah markah yang telah saya perolehi, boleh kata balance ke empat-empatnya, saya mempunyai RT yang banyak, Like yang banyak, Komen yang banyak dan G+ yang boleh dikatakan banyak jugak.

Saya yakin pihak penganjur dan pihak penaja pasti tidak menyesal untuk memberikan hadiah tersebut kepada saya. Ini kerana saya akan gunakan gadget tersebut sebaiknya, saya akan gunakan sendiri, saya takkan sesekali jual hadiah penghargaan tersebut, sebab ada sesetengah orang bila dah dapat mereka tidak gunakan, malah jual pulak. Lebih baik berikan kepada orang yang betul-betul inginkan gadget ini, seperti saya ^____^ hikhikhik.

Itu jelah kot. Rasanya cukup untuk saya gambarkan betapa saya ingin memenangi iPhone 4S tersebut. Terima kasih kepada penganjur dan penaja kerana menganjurkan Contest Gadget Impian ini, dan secara tak langsung membuka peluang kepada kami untuk memiliki gadget impian tersebut.

Semoga Allah S.W.T melipat gandakan rezeki Penganjur dan Penaja. InsyaAllah. Amin.

Aku yang nak menang ^____^
Yanmie

Nota :

  1. Yanmie diberi masa sehingga 11.59pm, 25/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

---

  1. goodluck kak yan..harap impian memiliki iphone 4s ni menjadi kenyataan…
    Entri terbaru Fakhruddin – [Trollface]Beza Blog Lelaki dan Blog PerempuanMy Profile

  2. iPhone 4s memang kegilaan ramai masa ni. Apapun saya doakan anda berjaya.

  3. Tahniah Yanmie
    kerna layak utk keperingkat seteusnya
    mungkin gajet rezeki anda :)
    Entri terbaru auc dot com – Sunderland vs Arsenal | England FA CUP 2011/ 2012 | Live and ResultsMy Profile

  4. ramai ckp iphone 4s masalahnya di bateri, tp xkisah pn, masing2 pnya pilihan,
    Entri terbaru shah88 – Kesan SOPA terhadap Duit OnlineMy Profile

  5. Wewiiittt, Good luck ye kak Yan, kejap je LIKE dan komen akak naik..
    Chaiyok chaiyok :D
    Entri terbaru Myra Jay – MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantuMy Profile

  6. Kak yanmie layak menang sebab sponge bob akak sangat chumel..ahaks. Tapi akak dah janji tak nak jual iPhone 4s tu kalo akak menang. Nanti kuar akak dapat gajet baru, akak jangan jual, akak bagi je kat saya. buleh dop?

    InsyaAllah akak menang. Kalo menang takmo belanja kitorang ke? heee
    Entri terbaru Mr. Bukit Besi – Hukum Pemakaian Inai BercorakMy Profile

  7. Belum muncul juga nih bang Iwan, ayo bang Iwan niih entry mbak Yanmie dah muncul…segera beri sokongan…hahaha :D
    Entri terbaru Dadan – Info Lowongan Kerja PT INTI – Februari 2012My Profile

  8. Memang nampak bersungguh untuk memenangi gajet impian . Tidak ada masalah untuk tweet dan G+ daripada saya.
    Entri terbaru akubiomed – Jururawat terjun dressing merawat lukaMy Profile

  9. Ini dia yang ditunggu-tunggu pun telah muncul, langsung saya sokong Mbak Yanmie dengan 4 social sharing dan komentar…
    Entri terbaru Dadan – Info Lowongan Kerja PT INTI – Februari 2012My Profile

  10. salam kak..akhirnya penantian berakhir , tinggal nak berjuang jek lagi kaka.. moga berjaya hehhehee
    Entri terbaru puanbee – Tolong Puanbee Menang iPhone4s Dari Blog Denaihati Boleh ?My Profile

  11. chaiyok chaiyok kak yan dah share all.
    semoga menjadi geng iPhone dengan bro DH nanti..ekeke
    Entri terbaru syahrilhafiz – Tutorial Penggunaan Sygic GPS Navigator Di Android ANDA (Peta Malaysia)My Profile

  12. Alamak footer note kakyan tu..hahah,

    Aku yang nak menang ^____^
    Yanmie

    janganlah ada yang makan hati ye :D
    Entri terbaru yanmie – Kacau Anak Dengan TeamviewerMy Profile

  13. Salam DH,

    Terima kasih publish entry kakyan, alhamdulillah tersenarai antara 13 yang layak :D
    Entri terbaru yanmie – Kacau Anak Dengan TeamviewerMy Profile

  14. Myra dah klik sosial sharing untuk kak yan, 3 point.. :)
    Entri terbaru Myra Jay – MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantuMy Profile

  15. Wah akhirnya entry dari kak Yan telah keluar, Good luck ye
    Entri terbaru Myra Jay – MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantuMy Profile

  16. Terima kasih sudi komen kat entry saya :D
    Entri terbaru yanmie – Kacau Anak Dengan TeamviewerMy Profile

  17. kalau page rank bisa sebulan sudah dapat..
    Entri terbaru Bang Iwan – 21022012My Profile

  18. kalau kebetulan baru buat blog dan langsung ada update PR bisa saja langsung dapat.
    Entri terbaru Bang Iwan – 21022012My Profile

  19. Tapi blognya yang SEO friendly dengan optimasi yang maksimal.
    Entri terbaru Bang Iwan – 21022012My Profile

  20. bang, kalau mau mengoptimasi blog itu, bagaimana caranya…?
    Entri terbaru Dadan – Nasehat dan Doa untuk FajarMy Profile

  21. bangaimana ini caranya untuk optimasi, kalau boleh diberi tips, pasti bagus sekali
    Entri terbaru rosezha – Mari berikan sokongan anda kepada merekaMy Profile

  22. lagu apa sih Mbak Ros… koq komentnya disini? nggak nyambung gitu..
    Entri terbaru Bang Iwan – 21022012My Profile

  23. bukan ke dah 2 K, mimpi ler tu hehe
    Entri terbaru yanmie – Kari AyamMy Profile

  24. Alhamdulillah,.. kakyong sudah gabung dengan kita juga rupanya.

  25. layan konsert sudir yang lama ke? atau konsert semperna mengenang sudir?
    Entri terbaru rosezha – Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"My Profile

  26. kalau saya sih On terus kang cuman lelet banget….
    Entri terbaru Bang Iwan – Pemenang Piala Oscar 2012My Profile

  27. kenapa begitu Dadan, cuaca hujan kah di sana sampai koneksinya tidak lancar?
    Entri terbaru rosezha – Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"My Profile

  28. alahaiii baru nak berkumpul, nak buat maca mana, paksa aja koneksi tu berikan kerjasama hahaha
    Entri terbaru yanmie – Header Comel Sentuhan Dari Kak @emilayusofMy Profile

  29. tak tahu nih, yang lagi main juga agak komplain sikit sama saya
    Entri terbaru Dadan – Info Lowongan Kerja TKHI Tahun 2012My Profile

  30. uikk yeker? jadi macam mana tu dadan? tak faham
    Entri terbaru yanmie – Header Comel Sentuhan Dari Kak @emilayusofMy Profile

  31. a’a lah, baru perasan, mungkin sebab error – error database connection tu ke
    Entri terbaru rosezha – Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"My Profile

Trackbacks

  1. [...] iPhone 4S Gadget Impian Yanmie [ 4,102 komen. ] [...]

  2. [...] Yanmie – iPhone 4S (18~25/2/12) [...]

  3. [...] jugak buku yang dinanti-nanti, hadiah buku Khalifah Ganti Superman ini sumbangan cenderahati dari Denaihati.com untuk kesemua peserta yang menyertai contest gadget impian diblog beliau, terima kasih atas [...]

  4. [...] Adnan Sempit 2 tapi belum banyak update lagi kot.  Oh ya, apakata korang tolong baca entry comel iPhone 4S Gadget Impian Yanmie ni dan buat apa yang patut. Dapat pahala ni. hehehehe var [...]

  5. [...] syukur terbit juga entry contest gadget impian saya di blog Denaihati, sekarang ni apa yang saya perlukan, Bantu Saya Menang iPhone 4s tersebut, saya tahu pembaca blog [...]