iPhone 3GS bertambah canggih dengan iOS4

Spread the love

Assalamualaikum 1Malaysia, hari ini nak kongsi cerita tentang iPhone 3GS gadget terbaru yang sedang aku gelek setiap hari. Setakat hari ini aku memang puas hati guna iPhone 3GS ini terutama ketika bergerak mengembara dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Baru-baru ini aku terbaca yang sistem operasi iPhone telah dinaik-taraf ke iOS4. Mulanya aku pun tak ambil kisah tetapi bila Sifu iPhone aku Ustaz Rahim dah update iPhonenya ke iOS4, itu yang membuatkan tak sabar.

Antara persediaan yang perlu dibuat sebelum update ke iOS4 pastikan anda telah kemas kini iTunes yang terkini iaitu iTunes 9.2. Setelah update iTunes 9.2 pastikan iPhone anda berdaftar dengan akaun iTunes. Setelah itu download iOS4 ke iTunes 9.2 dan pastikan iPhone bersambung dengan iTunes seterusnya secara automatik akan kemaskini sistem operasi iPhone. Sekiranya anda menggunakan Mac, anda boleh mengemaskini iTunes anda melalui Software Update.

Cara install iOS4

Sebelum memulakan mengemaskini iOS4 persediaan yang paling penting adalah line internet yang baik. Adalah dicadangkan menggunakan line Streamyx atau mobile 3G dengan 5 bar(maksimum line) kalau tidak memanglah slow habis macam apa yang aku lalui lebih 10 jam. Setelah bertungkus lumus lebih 10 jam akhirnya berjaya juga aku mengemaskini iPhone 3GS ke sistem operasi baru iSO4. Penantian aku selama 10 jam memang tidak sia-sia kerana hasilnya sangat memuaskan.

Berikut antara nasihat teman-teman twitter kepada kepada mereka yang nak update iOS4 :

@Azmanishak Pakai torrentflux sure xkecewa kan @mx510 – RT @denaihati: download iOS4 memang slow bila line pun tak bagus…sabar je lah

@mx510 @denaihati @xhackerz @azmanishak Celcom monthly quota 5GB mana leh guna utk download. Speed jadi 128kbps lepas exceed 5GB sila baca T.O.S.

Nak tahu kelebihan sistem operasi iOS4 terus je meluncur ke iOS4 update. Untuk maklumat sistem operasi iOS4 lebih sesuai untuk iPhone 4 dan iPhone 3GS dan kurang sesuai untuk iPhone 3G. Pengalaman adalah guru terbaik jadi selamat mencuba.
[ad#advertlets336]


Spread the love

84 Comments

  1. Pingback: IMCurtain.com
            1. Ada kelebihan dan pengikut yg berbeza antara BB n iPhone ni. Bagi yg tak mahir guna touch screen memang akan pilih BB.

            2. @Denaihati, Ha.. bagi yang mempunyai masalah “tapak tangan berpeluh” atau pun Hyperhidrosis, terpaksa la guna hp yang ada keypad.. kalau guna touchscreen, rasanya agak sukar sikit nak navigate benda tu.
              Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    1. @wazy, insyallah bila dah sampai rezekinya pasti boleh memiliki. Aku pun ambil masa bebulan2 baru mempunyai kesempatan

    1. Terima kasih bagi feedback ni. Punyalah mengadap daripada malam tadi boleh juga silap tu lah namanya manusia boleh merancang je.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!