iPad Mini Bulan Jatuh Ke Riba

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada awalnya memang tak sangka #SBB2013 akan mendapat tajaan iPad Mini bukan satu tapi empat. Harga iPad Mini bukan murah. Terima kasih bebanyak kepada Takrif Unggul Sdn Bhd yang sudi menaja 3 buah iPad Mini dan Al Ansar Properties yang sudi menaja sebuah iPad Mini. Untuk pengetahuan semua Takrif Unggul Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pertukaran wang yang sudah lama bertapak di Kuala Lumpur jadi kepada Rakan Blogger yng nak tukar duit dengan kadar yang bagus sila DM di SINI tapi jangan lupa beritahu dari Denaihati Network.

Bertuah sangatlah kepada 4 Rakan Blogger yang telah berjaya mendapat gadget impian tanpa perlu berjuang dengan berbagai tugasan seperti contest iPhone 5. Tetapi kalau bukan kerana sanggup mengorbankan masa dan duit meninggalkan keluarga hadir bersama Rakan Blogger yang lain ke Majlis #SBB2013 pasti iPad Mini tidak akan jatuh ke riba.

iPad Mini pertama jatuh ke riba The Singing Blogger yang sedang meletop dengan Filem Kerat 14 dan dengar khabar video nyanyian beliau telah dah cecah 1 juta viewer. Video #SBB2013 setakat 200 viewer je .. hiks3. Tak sempat nak jumpa jadi jemput beliau untuk buat show di #SBB2013 guna whatsapp dan lansung tak bincang tentang bayaran saja nak buat kejutan dan rupanya memang kejutan untuk beliau.

iPad Mini Zarulumbrella

Tiga lagi pemenang iPad Mini dipilih secara digital dengan diselang seli dengan aturcara majlis yang lain. Keghairahan Rakan Blogger jelas kelihatan setiap kali cabutan bertuah untuk iPad Mini.

Pemenang Pertama Blogger Adza Irdawati atau lebih dikenali dengan nama Mak Dara yang popular dengan blog Bicaramakdara.com pemenang “Worst Blog of the year MSMW 2012”. Khabarnya iPad Mini benar-benar dapat membantu beliau ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. Semuga dapat umrah mabrur.

iPad Mini Mak Dara

Pemenang ke dua Ustazah Noor Aini dari Sungai Besar … jauh tu datang tapi demi nak bertemu dengan Rakan Blogger sangguh datang walaupun kecewa sikit sebab ustazah tak bawa kek .. heeee. Khabarnya Ustazah mahir buah kek jadi kalau Rakan Blogger nak order bolehlah DM di blog beliau Ustazah Ain.com. Banyak ilmu agama yang ustazah kongsikan di dalam penulisan beliau.

iPad Mini Ustazah

Pemenang ke tiga Blogger Zahari Unc pasti ramai yang terkejut sebab tak berapa nak kenal. Tapi tulah orang kata tak kenal maka tak cinta maka #SBB2013 telah mengenalkan kita dengan seorang Blogger yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam penulisan blognya iaitu Zaharibb.com dan Mykembara.blogspot.com.

zahari_ipad_mini

Semuga empat Rakan Blogger yang bertuah mendapat iPad Mini akan bertambah motivasi untuk berkarya dengan lebih baik dalam blog mereka dan boleh buat live blogging walaupun dimana mereka berada.

SEMUA PENERIMA iPAD MINI DIKEHENDAKI MENYERAHKAN DRAFT REVIEW PENGALAMAN MENGGUNAKAN iPAD MINI KEPADA ANARM SELEWATNYA SEBULAN SELEPAS MENERIMA HADIAH.


Spread the love

89 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!