iPad baru

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada mulanya ramai yang menjangka iPad 3 akan dilancarkan kemudian keluar pula berita katanya iPad HD. Akhirnya Apple secara rasmi melancarkan the new iPad atau iPad baru. Ramai Rakan Blogger dah membuat liputan secara detail iPad baru antaranya Ariffshah dan Amanz. Dalam pasaran sekarang memang ada macam-macam tablet selain iPad baru jadi kepada yang pening nak pilih mana satu mungkin entri “Perbandingan iPad baru dan tablet lain” boleh membantu.

Joom kita tengok video review ringkas iPad baru :

Selepas menonton video review iPad baru aku dah buat keputusan untuk mengantikan iPad 2 kepada iPad baru. Kalau tak tukar sekarang pasti harga iPad 2 akan jatuh merudum akhirnya. Tapi bila lah agaknya tarikh iPad baru Malaysia akan dilancarkan. Harga iPad baru sama dengan harga iPad 2 ketika dilancarkan manakala harga iPad 2 telah diturunkan RM300.

Akhirnya iPad baru Malaysia dilancarkan juga bermula pada 20/4/2012. Harga iPad baru Malaysia bermula dari RM1499. Untuk detail harga bolehlah terjak ke blog teknologi Amanz.my.

iPad baru

Antara analisa paling menarik aku baca tentang iPad ialah “Apple doesn’t want the iPad to be put into the PC category because it’s limited and decaying. The PC people don’t want the iPad to be put into their category because it makes them look even worse. But again, 5 years from now, which will be your main personal computing device? That’s all that matters“.

Comments

Trackbacks