Intel mengubah manusia dari dalam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah baru-baru ini dapat jemputan daripada Intel Malaysia melawat kilangnya di Pulau Pinang sempena pelancaran produk baru. Ini bukanlah kali pertama menjejaki kaki di kompleks Intel Pulau Pinang kerana 2013 juga berkesempatan pada majlis pelancaran produk yang lain. Rasa sangat berbesar hati kerana aku satu-satunya bukan blogger tech yang dijemput bersama pakar-pakar teknologi yang lain. Khidmat yang diberi oleh Intel Malaysia memang terbaik sedari kaki melangkah masuk ke dalam bas untuk menuju ke Pulau Pinang sehinggalah melangkah keluar balik di KL Sentral.

pelancaran Intel Malaysia 2015

Kali ini Intel Malaysia melancarkan Compute Stick dan 5th Generation Intel Core Processor yang akan mengubah budaya kehidupan manusia yang lebih mobile. Dunia di hujung jari menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia modern yang semuanya bergantung kepada teknolgi. Intel tanpa disedari hadir dalam semua bahagian kehidupan manusia melalui inovasi chip yang tidak dapat dilihat oleh mata. Jurutera dan pakar inovasi Intel bertungkus lumus bekerja siang dan malam mencipta inovasi baru untuk memudahkan kehidupan manusia. Banyak gajet baru telah menggunakan 5th generation Intel Core Processor antaranya adalah Surface 3 manakala Intel compute stick yang merupakan mini komputer terkecil dunia bakal berada dipasaran beberapa bulan mendatang.

blogger Intel Malaysia

anugerah Intel Malaysia

Ramai orang luar melihat kerjaya di syarikat Intel sangat membosankan siang malam hanya bergelumang dengan teknologi. Ramai yang mungkin terkejut apabila mendapati majoriti pekerja tidak berpindah kerja apabila sekali sudah tersangkut di Intel. Majoriti Jurutera yang sudah berkhidmat puluhan tahun dan Intel adalah pekerjaan pertama mereka semenjak melangkah ke dunia pekerjaan. Salah satu rahsia mereka setia adalah kerana budaya semangat kerja berpasukan yang tinggi selain budaya kerja Intel yang sukar diperolehi di tempat lain.

top management Intel Malaysia

jurutera Intel Malaysia

Terima kasih kepada Intel Malaysia kerana sudi membawa aku mengembara kesatu dimensi baru kehidupan. Sesuai dengan tag line “Experience What’s Inside”, Intel telah mengubah dunia dari dalam tanpa disedari ramai manusia. Mengapa kita juga tidak menjadi seperti Intel yang boleh menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia walaupun tanpa disedari oleh manusia.


Spread the love

63 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!