Intel Malaysia Lancar Kempen PC Refresh “Generation Today”

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menerima jemputan untuk menghadiri majlis dari Intel Malaysia memang tak dapat ditolak bila mengingati Pn Zalinda Zainon yang merupakan PR Manger Intel Malaysia yang merupakan sahabat sekolah Denaihati, boleh baca kisah pertemuan Denaihati dengan dengan sahabatnya di SINI.

Pada 20/5/2013 Intel Malaysia telah melancarkan kempen PC Refresh dipanggil ‘Generation Today‘. Dalam majlis pelancaran ‘Generation Today’ yang dihadiri oleh Team Denaihati hari tu, Norhizam Kadir (National Sales Manager of Intel Malaysia) menyatakan “Hourglass Syndrome” masih berlaku di kalangan pengguna-pengguna PC di Malaysia termasuk serata dunia.

hourglass syndrome

“Hourglass Syndrome” disifatkan sebagai tingkah laku tidak normal oleh pengguna sistem PC lama (Komputer / Laptop). Gejala ini termasuk kerisauan, keresahan yang tidak terkawal dan bertindak spontan melakukan keganasan ke atas PC. PC lama pada masa kini biasanya tidak boleh beroperasi dengan cepat dan pantas seperti apa yang diinginkan oleh pemilik. PC lama yang sering bermasalah akhirnya membawa kepada tekanan dan kekecewaan.

intel pc lama

Menurut Norhizam Kadir, data Intel menunjukkan lebih 300 juta komputer seluruh dunia adalah melebihi 4 tahun dan 65 peratus daripadanya adalah ‘bulky desktop‘.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni terdapat banyak perkembangan menarik dalam teknologi perkomputeran termasuk pengenalan keluarga Intel Core Processor – tak lama lagi berada dalam generasi ke-4 dan Ultrabooks dengan fungsi sentuhan.

intel media launch

Ini adalah masa yang sesuai untuk menaik taraf PC lama yang dah ketinggalan zaman kepada teknologi terkini sesuai dengan gaya hidup masa kini yang serba pantas.

intel new promotion

exchange rebate rm300

Dalam usaha untuk menggalakkan pengguna Malaysia menaik taraf PC mereka kepada peranti terbaru boleh sentuh yang dikuasakan oleh Intel, Intel Malaysia bersama-sama dengan rakan pembuat PC akan mengadakan roadshow siri jelajah ke 14 bandar di Malaysia di bawah kempen “Generation Today”. Kempen ini yang berlangsung sehingga akhir tahun 2013 bertujuan untuk memperkenalkan kepada pengguna pelbagai pilihan Ultrabook terbaru dengan fungsi boleh sentuh, tablet dan laptop.

intel malaysia sales manager

Intel Malaysia juga akan menawarkan program ‘trade-in‘ di roadshow yang akan diadakan. Di situ pengguna boleh menebus rebat tunai bernilai sehingga RM300 untuk menukar apa saja jenama PC lama (Intel-based) dengan pembelian PC baru sepanjang tempoh kempen “Generation Today”. Terdapat juga aktiviti-aktiviti dan pertandingan; dan dengan setiap pembelian PC pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM8,000.00 semasa kempen berlangsung.

contest intel rm8k

intel malaysia sales manager

Intel Malaysia berusaha mendapatkan pengguna PC di Malaysia untuk beralih daripada peranti lama mereka. Adalah menjadi harapan Intel Malaysia “Hourglass Syndrome” akan menjadi satu perkara yang telah lalu dengan berakhirnya kempen ini nanti.

Kempen “Generation Today” akan berlangsung pada 22/05/2013 sehingga 31/12/2013. Penyertaan rakan kongsi OEM termasuk Acer, Asus, Dell, HP dan Lenovo. Untuk maklumat lanjut dan senarai lokasi roadshow kempen “Generation Today”, sila layari http://generationtoday.intel.com atau hubungi melalui email gentoday@in2ideas.com


Spread the love

39 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!