Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, boleh kata hampir semua sosial media aku join antaranya Facebook, Twitter, Instagram, Foursquare, Linkedin (dah follow ke), Flicker, Google + dan macam-macam lagi. Tujuan utama adalah untuk penjenamaan dan bersosial. Dulu sebelum ada instagram aku lebih suka guna Twitter berbanding Facebook. Sekarang banyak aktiviti peribadi, kembara dan bisnis aku kongsikan di Instagram.
Kenapa Denaihati pilih Instagram tidak Facebook seperti orang lain? Soalan ini biasa ditanya tapi aku sendiri tak boleh nak jawab. Dari dulu lagi aku tak berapa minat dengan Facebook mungkin sebab aku tak pandai nak mengayat seperti Abang Ensem. Instagram mudah je letak je gambar sudah mengambarkan berbagai makna. Mungkin juga aku ikut trend semasa ramai seleberiti dunia guna Instagram lebih dari Facebook.
Sehingga entri ini ditulis follower Instagram aku tidak lah ramai sangat tak sampai pun 1500 tapi aku gembira dengan apa yang ada. Berbekalkan dengan berbagai gambar dengan berbagai cerita aku telah daftarkan akaun Instagram Denaihati untuk anugerah MSMW best micro blog 2014. Sebab aku daftar katogeri ini kerana tak nak masuk katogeri blog yang sudah menang dua katogeri berbeza sebelum ini TAPI sebenarnya sebab paling utama bila Abang Ensem Sangat tak join jadi peluang aku nak menang sangat besar.
Memang tak sangka MSMW 2014 senaraikan Instagram Denaihati masuk final bersama Instagram Eizil786 dan Blog Dunia Farisya. Tiga hari sebelum majlis anugerah aku telah dimaklumkan menjadi pemenang MSMW Best Micro Blog 2014. Jujur aku rasa malu dengan kemenangan ini takut masyarakat online kata asyik Denaihati sahaja yang menang. Terima kasih kepada penganjur Majlis Sosial Media Malaysia kerana memilih Instagram Denaihati mungkin bukan Instagram yang terbaik di Malaysia kerana banyak lagi Instagram yang bagus-bagus tak join anugerah. Kepada yang belum tahu pemenang klik je di Senarai Blogger Terbaik Malaysia 2014.
Mungkin tak ramai tahu Instagram telah dibeli oleh Facebook dengan harga USD1 billion sebelum Mark Zuckerberg membeli WhatsApp dengan harga USD19 billion. Memang tabik dengan mereka yang kreatif membina startup yang akhirnya dibeli syarikat besar atas sebab tertentu dengan harga yang mahal.
Kepada yang belum follow Instagram Denaihati joom follow di http://instagram.com/denaihati dan kepada yang ada akaun Instagram tinggalkan link anda di CommentLuv di ruang komen di bawah jadi bolehlah kami follow. Kepada Rakan Blogger yang nak baca cerita Denaihati terutama nota tips blogging boleh beli buku Denaihati di Kedai Online Denaihati, boleh baca review dari kawan-kawan di review buku Denaihati.
No related posts.
71 Comments
seronok juga tengok IG DH.. banyak berita dan kata kata semangat dikongsikan dengan pengikut
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
tahniah DH, tak ada blog lain yang layak selain blog DH. selamat maj jaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada ke icon instagram akaun kita yang boleh letak kat blog kita..terutamanya yang valid html5..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Memang betul Instagram adalah medium yang terbaik untuk menunjukkan setiap moments dalam hidup kita tanpa perlu mengayat…hehe…bak kata pepatah, ‘Setiap gambar ada lagunya’… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
betul tu setiap gambar mencerita segala galanya. dan tak perlu caption pun
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
memang ucapan tahniah yang dapat diberikan kepada denaihati kerana dah banyak anugerah yang dikecapi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
DH memang hebat. mereka memang layak utk menerima awards macam ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tahniah ye Tuan Denaihati sebab dapat macam2 anugerah ni. Rezeki nak menang tu. Hehe ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Tahniah, macam2 anugerah dah dapat. Perlu kerja lebih keras lagi ni. Dan perlu banyak belajar lagi.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
ana tak dak instagram la maklum la pakai handpone cikai ja..aduhh bila la boleh pakai hanpone canggih macam diorang ni..boleh kepak sayap nak bersosial sikit..
Curahan rasa adna2029 @ ..Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
PG pun ada instagram, cuma nak rajin ke sana tu, memang ambik masa. Memandangkan nak buka satu-satu gambar agak memakan masa loading internet kan. Jadi, PG sasarkan untuk tengok instagram, seminggu sekali. Walaupun yakin, akan ketinggalan gambar-gambar hangat yang PG follow setakat ini. Oh, saya belum follow instagram DH. Lepas ni akan follow. 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..The Lost of “Kerajaan Malaysia Jamin” on Batu Sumpah Peringatan
Comments are closed.