Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, idea insentif untuk 10 blog yang memberi top link referrer kepada blog denaihati memang sudah lama dalam rancangan cuma mencari waktu yang paling sesuai untuk diumumkan. Tujuan insentif ini adalah untuk memberi motivasi rakan blogger berkarya dengan lebih baik mengikut teknik blogging yang betul. Hanya berblog dengan lebih baik dan mengikut teknik yang betul sahaja dapat meningkatkan trafik yang akan menyumbang link referrer yang tinggi kepada blog denaihati.

1. Insentif ini untuk 10 blog yang memberi top link referrer mengikut pengiraan Google Analytics.

2. Insentif ini akan dibayar setiap bulan bermula 1/7/2011 sehingga 31/12/2012.

3. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog denaihati akan dibayar RM0.02.

Contoh trafik dari blog Yanmieonline.com

Contoh pengiraan insentif bulanan :

a. Trafik dari blog Ariffshah.com 3162 x RM0.02 = Insentif bulan tersebut adalah RM63.24

b. Seandainya blog anda menyumbangkan trafik 10,000 maka insentifnya 10,000 x RM0.02 = RM200

c. Seandainya blog anda menyumbang trafik 1,000 maka insentifnya 1,000 x RM0.02 = RM20

4. Syarat untuk layak insentif ini mudah sahaja like Fanpage Facebook atau follow Twitter atau subscribe Aweber atau subscribe RSS. Kalau nak dapat backlinks dofollow dari blog denaihati kena explore macam mana caranya ada disebut pada beberapa entri sebelum ini. Kepada yang belum join jom join Rakan Denaihati.

5. Semua blog 1Dunia layak tanpa mengira status Pagerank.

6. Untuk Blogger Malaysia pembayaran insentif akan dibuat secara online dan bank pilihan adalah Maybank (bank yang lain masih diterima). Untuk Blogger selain Malaysia bayaran secara TT terus ke akaun bank anda.

7. Penganjur berhak menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu.

Semuga insentif ini akan menjadi MOTIVASI kepada semua rakan blogger untuk terus berkarya sebaik mungkin dan tidak letih untuk terus belajar ilmu blogging. Hidupkan Untuk Memberi.

Terima kasih semua rakan Facebook, Twitter dan Blogger kerana menjadi blog denaihati sehingga ketahap ini. Perjuangan masih jauh lagi. Terima kasih semua …


Spread the love

646 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!