Income Blog untuk apa

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai juga Rakan Blogger yang buat duit online samada menyertai affiliate, iklan, ebook, advertorial, jual produk dan sebagainya yang membezakan cuma sikit dan banyak. Ada Rakan Blogger yang berani berhenti kerja setelah income daripada blog boleh menampung keperluan hidup. Sebenarnya blog sudah menjadi kerjaya yang boleh menampung kehidupan sebagaimana ramai blogger profesional di luar negara. Jadi kepada Blogger Nusantara yang masih tercari-cari kerja tetap mengapa tidak jadikan berblogging sebagai kerjaya.

Soalnya apa yang anda akan buat dengan duit yang diperolehi daripada berblogging. Beli gadget, belanja kawan makan, melabur atau simpan?

Ramai Blogger yang menggunakan sebahagian income blog tersebut dengan melaburkan semula untuk blog contohnya beli domain dan hosting, beli iklan untuk promosi blog dan anjurkan contest. Melabur semula penting untuk meningkatkan pendapatan.

Aku nak mencadangkan sebahagian daripada income blog digunakan dengan meningkatkan template blog. Kalau sekarang guna template percuma adalah lebih baik beralih ke template premium. Kepada Rakan Blogger yang sudah buat ribu-ribu ringgit sebulan aku cadangkan cari pakar design blog seperti Eizil dan ramai lagi blog designer untuk buat template khas untuk blog anda. Template percuma atau premium ada risikonya seperti kes “Phishing attack di blog Denaihati“. Blog ini ibarat kedai kita yang perlu ada penampilan yang menarik dan paling penting mempunyai sekuriti yang tinggi baru pelanggan yakin. Memang tidak rugi keluarkan sedikit belanja untuk mengubahsuai template blog mengikut keperluan niche blog kerana ianya pasti akan meningkatkan kualiti dan prestasi blog yang boleh meningkatkan pendapatan blog.

Template percuma Blog Denaihati suatu masa dahulu

Blog Denaihati sejak bermula pada Julai 2008 telah banyak kali bertukar template dari percuma, percuma, percuma kemudian premium. Alhamdulillah sejak Januari 2012 rezeki blog bertambah dengan kemasukan iklan daripada banyak syarikat berjenama antrabangsa. Rezeki yang bertambah selain dikongsikan dengan Rakan Blogger melalui insentif, rewards dan hadiah contest, sebahagiannya telah dilaburkan semula untuk membina template denaihati. Template blog yang digunakan sekarang dibina oleh Eizil khas hanya untuk blog Denaihati.

Banyak pembaharuan telah dibawa dalam template denaihati. Kepada yang belum mengembara di template baru Denaihati cuba klik

1. Tanda + (plus) selepas angka Rakan Setia Denaihati Network.
2. Link paling popular dan link komen terbanyak yang ada pada main page.
3. Kotak carian yang berbeza daripada kotak carian yang lain dimana setiap kali keywords dimasukan secara automatik entri berkaitan akan keluar.

Templates Denaihati masih lagi dalam pembinaan dan lebih banyak fasiliti akan ditampilkan untuk memudahkan pembaca. Sekiranya ada cadangan sila maklumkan kepada team Denaihati melalui ruang contact.

Pandangan peribadi jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk blog kerana insyallah belanja yang kita keluarkan akan mendapat pulangan yang lumayan kemudian hari. Ibarat bisnis mesti perlukan modal mengikut kemampuan barulah mendapat keuntungan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa strategi yang betul.

Kepada Rakan Blogger yang sudah mendapat pendapatan dari berblogging kongsikan bagaimana anda menggunakan duit tersebut.

---

  1. Assalamualaikum…org kg belum ada income lagi dari blog..InsyaAllah akan dtg mugkin ada kot..
    Entri terbaru Orang Kampung – Bisnis Rumpai LautMy Profile

  2. belum ada pendapatan yang kencang dalam Blogging. Hanya sekali je dapat cek dari Nuffnang dan saya simpan dalam ASB.
    Entri terbaru daddydee – Perebutan Kuasa : Dongeng Eyriqazz vs Denaihati ep. 1My Profile

  3. wahhh wahhhhhhhhhhhhhhhh wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh denaihati!
    Entri terbaru Joel Leslie – #HEBAT OVERLOAD: Pentatonix!My Profile

  4. Panduan di atas sesuai utk blogger sepenuh masa sbb pendapatan datang dari hasil berblog.
    Entri terbaru RIS-FAMILI – Tok Aman Bali Beach Resort | Percutian Hari BapaMy Profile

  5. Tanda + (plus) , Link paling popular dan link komen terbanyak dah lihat…
    Entri terbaru Dadan – 10 Bunga Hidup BahagiaMy Profile

  6. oh ye, income saya tak byk, lau de buat bayar domain, hosting dan beli apa2 yg patut
    Entri terbaru fiezaradzi – Yes, Portugal dan Jerman KalahMy Profile

  7. kotak carian tu mmg suka.. tak leh nak buat.. hehe.. guna yg percuma
    Entri terbaru fiezaradzi – Yes, Portugal dan Jerman KalahMy Profile

  8. sayang pulak nak buat beli template hehehe…buat byr hosting je

  9. income blog saya guna buat shopping.. :D
    Entri terbaru Suraya – Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan BarangMy Profile

  10. tak mampulah nak pakai premium template. mahal.hehehehe!!!!
    Entri terbaru Lizz – Keyakinan Berdasarkan Logik Akal Atau Mata Hati?My Profile

  11. Apa-apa perkara pun perlukan sedikit pelaburan tidak kecil atau besar.
    Entri terbaru akubiomed – Mr Bean sudah buka di Malaysia yang pertamaMy Profile

  12. Hendak membeli income bulanan belum tinggi,
    Hanya cukup untuk anak bini,
    Nanti yang dikejar tak dapat diperolehi,
    Yang dikendong tercicir di sana sini.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

  13. Banyak dah tip2 di sini sedang dinilai,
    Tapi fikiran masih berbisik di hati,
    Apa yang harus perlu dijalani,
    Membeli domain atau terus begini.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

  14. Dah 1 tahun lebih blog ini berdiri,
    Tapi masih belum mendapat apa dicari.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

  15. Banyak yang belum dan masih keliru,
    Apa yang patut dibuat untuk tambah rezeki,
    Masa yang diambil dah banyak rugi,
    Entah bila akan datang mengiringi.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

Trackbacks