Income Blog untuk apa

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai juga Rakan Blogger yang buat duit online samada menyertai affiliate, iklan, ebook, advertorial, jual produk dan sebagainya yang membezakan cuma sikit dan banyak. Ada Rakan Blogger yang berani berhenti kerja setelah income daripada blog boleh menampung keperluan hidup. Sebenarnya blog sudah menjadi kerjaya yang boleh menampung kehidupan sebagaimana ramai blogger profesional di luar negara. Jadi kepada Blogger Nusantara yang masih tercari-cari kerja tetap mengapa tidak jadikan berblogging sebagai kerjaya.

Soalnya apa yang anda akan buat dengan duit yang diperolehi daripada berblogging. Beli gadget, belanja kawan makan, melabur atau simpan?

Ramai Blogger yang menggunakan sebahagian income blog tersebut dengan melaburkan semula untuk blog contohnya beli domain dan hosting, beli iklan untuk promosi blog dan anjurkan contest. Melabur semula penting untuk meningkatkan pendapatan.

Aku nak mencadangkan sebahagian daripada income blog digunakan dengan meningkatkan template blog. Kalau sekarang guna template percuma adalah lebih baik beralih ke template premium. Kepada Rakan Blogger yang sudah buat ribu-ribu ringgit sebulan aku cadangkan cari pakar design blog seperti Eizil dan ramai lagi blog designer untuk buat template khas untuk blog anda. Template percuma atau premium ada risikonya seperti kes “Phishing attack di blog Denaihati“. Blog ini ibarat kedai kita yang perlu ada penampilan yang menarik dan paling penting mempunyai sekuriti yang tinggi baru pelanggan yakin. Memang tidak rugi keluarkan sedikit belanja untuk mengubahsuai template blog mengikut keperluan niche blog kerana ianya pasti akan meningkatkan kualiti dan prestasi blog yang boleh meningkatkan pendapatan blog.

Template percuma Blog Denaihati suatu masa dahulu

Blog Denaihati sejak bermula pada Julai 2008 telah banyak kali bertukar template dari percuma, percuma, percuma kemudian premium. Alhamdulillah sejak Januari 2012 rezeki blog bertambah dengan kemasukan iklan daripada banyak syarikat berjenama antrabangsa. Rezeki yang bertambah selain dikongsikan dengan Rakan Blogger melalui insentif, rewards dan hadiah contest, sebahagiannya telah dilaburkan semula untuk membina template denaihati. Template blog yang digunakan sekarang dibina oleh Eizil khas hanya untuk blog Denaihati.

Banyak pembaharuan telah dibawa dalam template denaihati. Kepada yang belum mengembara di template baru Denaihati cuba klik

1. Tanda + (plus) selepas angka Rakan Setia Denaihati Network.
2. Link paling popular dan link komen terbanyak yang ada pada main page.
3. Kotak carian yang berbeza daripada kotak carian yang lain dimana setiap kali keywords dimasukan secara automatik entri berkaitan akan keluar.

Templates Denaihati masih lagi dalam pembinaan dan lebih banyak fasiliti akan ditampilkan untuk memudahkan pembaca. Sekiranya ada cadangan sila maklumkan kepada team Denaihati melalui ruang contact.

Pandangan peribadi jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk blog kerana insyallah belanja yang kita keluarkan akan mendapat pulangan yang lumayan kemudian hari. Ibarat bisnis mesti perlukan modal mengikut kemampuan barulah mendapat keuntungan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa strategi yang betul.

Kepada Rakan Blogger yang sudah mendapat pendapatan dari berblogging kongsikan bagaimana anda menggunakan duit tersebut.

---

  1. seperti bisnes fizikal, bisnes online juga memerlukan “money management” yang betul …
    Entri terbaru Bro Yusri – Teknologi Agro – Minuman Koko E-ManMy Profile

  2. Blog, memang dapat menjadi wahana mendapatkan uang. Banyak blogger yang sudah membuktikannya.
    Entri terbaru Bang Iwan – Foto 35 Finalis Puteri Pariwisata Indonesia 2012My Profile

  3. jujur aja memang dulunya hanya iseng ngeblog , sekarang saya sudah rasakan arti ngeblog buat tambahan penghasilan…
    Entri terbaru andri priana – Jual Baja Ringan Profil C75/75 Panjang 6 MeterMy Profile

  4. Mencari penghasilan di internet dengan ngeblog susah di awalnya saja, selanjutnya akan enak menjalankannya kalau blognya sudah banyak pengunjung dan banyak penjualan. .
    Entri terbaru suwono – Diet Mengatasi Penyakit JantungMy Profile

  5. kerana zaman sekarang barangan semakin naik harga tetapi gaji hanya sedikit. sehingga masih ada yang berhutang untuk makan..

  6. seperti koz pendapatan yang di perolehi dari blog masih lagi tak berapa top, tapi sekarang koz dlm proses mengumpul, insyallah dengan duit hasil blog ini koz akan beralih ke wp semula, insyallah.
    Entri terbaru Budak Nakal – Gangnam Style pandangan Ustaz Azhar Idrus.My Profile

  7. Mohon infonya ni gimana cara mendapatkan pemasukan dari dunia blogging..
    Entri terbaru Ramzi – Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERPMy Profile

  8. Akunya masih pemula dalam dunia blogging dan perlu banyak belajar dari suhu ni kalo soal ngedapetin income berblogging
    Entri terbaru Ramzi – Cara Membuat / Memasang Menu Navigasi Breadcrumbs Terindex GoogleMy Profile

  9. Itula. berapa upah yg eizil caj bro?

  10. Website saya masih jauh dari harapan. Mohon bimbingannya..
    Entri terbaru afri – Laporan Percobaan Elastisitas dan Gerak HarmonikMy Profile

  11. Berbicara income….sepertinya sy masih harus banyak berusaha untuk mewujudkannya…
    Entri terbaru Mas Gie – Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas IndonesiaMy Profile

  12. dr segi income blog mmg belum ada, tapi saya tdk teragak untuk keluar moda dr l duit poket untuk berblogging. hehehe..:)

    psst : berapa kos dgn bro eizil nie..?

  13. agak2 berapa yer costing ubahsuai template untuk blog denaihati ni?kot2 tergerak satu masa nnti saya nk buat personal blog pulak..=)
    Entri terbaru kudin – Nasib Baik Kalah, Kalau Tidak UMNO MaluMy Profile

  14. Bab melabur semula untuk template blog, saya setuju sangat. :)
    Entri terbaru amirulfaiz – $10juta USD untuk GM cropMy Profile

  15. Hm… kalo saya ni berangan je lah dapat income blog banyak :P

    Tapi best gak kalo income betul-betul banyak…

    Perlu usaha lebih! Yoosshhhh!!!
    Entri terbaru Man2 – 10 Senaman Tanpa KosMy Profile

Trackbacks

    Artikel pilihan...close