Iklan bukan untuk jualan sahaja

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demam fb ads semakin menjadi-jadi apabila semakin ramai diangkat sebagai sifu FB ads. Memang bagus belajar ilmu fb ads kalau tidak pasti ramai membazir membayar dengan harga yang terlalu mahal untuk iklan di facebook. Boleh juga iklan percuma di facebook tetapi hasilnya memang kurang bagus kerana iklan percuma selalu dipaparkan kepada umum yang kurang memberi kesan.

Kenapa Beriklan?

Soalannya sekarang apa tujuan utama kita beriklan berbayar atau percuma di FB Ads atau di medium-medium sosial media yang lain. Majoriti kelihatan seperti terlalu fokus untuk menjual produk. Mungkin juga hasil didikan sebahagian sifu ads yang sering menekankan berapa hasil jualan untuk setiap sen yang dikeluarkan untuk iklan. Kejayaan atau kegagalan seseorang pengiklan dinilai berdasarkan conversion sesuatu projek pengiklanan.

Aku fb ads dari sudut berbeza. Kalau semasa tidak menggunakan power editor fb ads terlalu banyak duit dibazirkan membayar iklan tetapi sekarang tidak lagi. Aku tidak mementing beberapa banyak jualan untuk setiap iklan fb ads yang dibeli tetapi lebih kepada penjenamaan “Denaihati” pada harga yang lebih murah. Bagi aku penjenamaan adalah raja kepada segala kejayaan dalam perniagaan.

proses penjenamaan

Lihat kepada syarikat berjenama besar seperti KFC, Starbuck, Adidas, Apple, Rolex dan lain-lain jenama besar tidak perlu iklan yang extreme seperti iklan terlajak laris atau qu puteh untuk memikat pelanggan. Syarikat jenama besar hanya mengiklankan jenama mereka sesekali di TV dan membeli sign board besar di tepi highway bukan untuk menjual produk tetapi untuk terus mengaktifkan minda bawa sedar pengguna tentang jenama mereka.

Semasa aku menghadiri seminar lejen IM 2014 jelas bukti menunjukan bahawa mereka yang berjaya menggunakan fb ads adalah mereka yang mempromosi jenama mereka contohnya syarikat gel amani tetapi bukan mereka yang menjual berbagai produk tanpa jenama khas. Jadi pendapat peribadi aku lebih baik seorang blogger gunakan iklan untuk kukuhkan jenama blog.

Apabila jenama blog sudah kukuh pasti berbagai produk boleh dijual malah pasti banyak syarikat yang dengan senang hati suka beriklan pada blog kita. Tujuan mengukuhkan jenama blog atau produk adalah untuk menjadikan jenama tersebut bekerja untuk tuannya pada suatu hari nanti tanpa perlu bekerja terlalu teruk. Lihat sahaja bagaiman Bill Gates sudah berehat sekarang sebagai orang paling kaya di dunia setelah bekerja kuat diawal penubuhan Microsoft, itulah kuasa penjenamaan.

Mungkin 10 tahun nanti Denaihati juga akan jadi begitu. Bagaimana pula perancangan penjenamaan anda?


Spread the love

102 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!