Iftar Ramadhan bersama Denaihati 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah tahun 2012 sempat juga beberapa kali berbuka puasa bersama Rakan Blogger. Semuanya program bidan terjun tetapi alhamdulillah menjadi. Program pertama Iftar Ramadhan di Hotel Cititel asalnya program Sweetkurma bersama Rakan Media tapi Denaihati menyelit bersama berbelas Rakan Blogger yang lain juga tetamu dari Pekanbaru, Indoensia. Boleh baca coverage di beberapa blog yg join antaranya Ariffshah dan Anarm.

Program Iftar Ramadhan kedua lebih santai di Shah Alam bersama keluarga isteri dan keluarga Rakan Blogger. Walaupun tak seramai kali pertama tapi ramai juga Blogger yang pertama kali bersua muka antaranya akuzie ayu. Jejai pun datang bawa famili dan selepas program ini beliau terus menyepi menguruskan hal peribadi … doakan beliau kuat dan tabah.

Pada minggu lepas team Denaihati ada menjemput beberapa orang blogger untuk turut serta dalam Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor. Terima kasih kepada blogger yang sudi meluangkan masa datang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Majlis hari tu merupakan program anjuran Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Warisan Kaseh Darul Maghfiroh

Blogger dan pihak media berkumpul di masjid negeri Shah Alam pada pukul 3 petang, kemudian bertolak ke Rumah Warisan Kaseh dengan menaiki bas yang disediakan. Ada juga yang naik kenderaan sendiri follow dari belakang bas seperti yang disuruh untuk mengelakkan sesat dalam perjalanan ke sana. Perjalanan dari masjid negeri Shah Alam ke Warisan Kaseh, Banting makan masa lebih kurang 1 jam.

Iftar Ramadhan Warisan Kaseh anjuran eQurban

Pendaftaran Media Blogger

Selepas mendaftar dan diberi cenderamata yang diisi di dalam goodie bag, blogger dan pihak media berkumpul di teratak Warisan Kaseh bertemu dengan tuan rumah Hj. Masrukhin Marzoki, pemilik Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.

Hj. Masrukhin Marzoki pemilik Warisan Kaseh
Hj. Masrukhin Marzoki pemilik Rumah Warisan Kaseh

Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh juga dikenali sebagai Warisan Kaseh (rumah rehat dan pusat tarbiah warga emas). Menurut Hj. Masrukhin, di Rumah Warisan Kaseh tak wujud tanggapan atau andaian sesetengah pihak bahawa rumah orang tua hanya menempatkan golongan warga emas yang dipinggirkan, disingkirkan atau ‘dibuang’ oleh anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

Warisan Kaseh melakar kelainan daripada kebiasaan rumah-rumah orang tua di negara ni apabila ada dikalangan penghuninya yang datang ke situ secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.

Melawat Rumah Warisan Kaseh

Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, pada petang tu blogger dan pihak media mengisi masa dengan aktiviti melawat sekitar Rumah Warisan Kaseh bagi melihat sendiri keadaan tempat tinggal dan segala fasiliti kelengkapan yang disediakan untuk keselesaan penghuni di situ.

Kelengkapan Rumah Warisan Kaseh

Majlis Berbuka Puasa (Iftar)

Majlis berbuka puasa beramai-ramai melibatkan blogger, pihak media, warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Makanan yang disediakan oleh pihak catering semuanya sedap-sedap. Nasi, lauk ayam, lauk daging, satay, kambing panggang dan macam-macam lagi disediakan khas untuk santapan berbuka puasa mereka yang hadir pada hari tu.

Iftar Warisan Kaseh

Ucapan dari DPIM dan eQurban
Ucapan daripada Tuan Hj. Mohammad Sahar Mat Din (Timbalan Presiden DPIM) dan Tuan Hj. Muhamad Khanafi Husin (Ketua Pegawai Eksekutif eQurban)

eQurban Denaihati Iftar Warisan Kaseh

Iftar Warisan Kaseh anjuran eQurban.com

Solat Maghrib diadakan secara berjemaah di surau yang terdapat di situ. Lepas solat Maghrib sambung makan sambil menikmati alunan nyanyian nasyid dan perkongsian kata-kata nasihat daripada artis jemputan, Mu’adz Dzulkefly.

Muadz Dzulkefly

Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah penghargaan dan saguhati kepada warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. Blogger dan media juga diberi hadiah dan duit raya. Sebelum pulang diadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama blogger dan media.

Infaq Iftar Warisan Kaseh

Hadiah penghargaan eQurban Warisan Kaseh

WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Lot 3886, Kampung Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com


Spread the love

84 Comments

  1. Assalamualaikum. bestnyaaa. sheila suka join iftar tapi untuk tarikh baru 30 julai 2013 tu bekerja. takpe2, sheila pm Anarm dulu 🙂

    1. Silaturrahim merupakan bagian dari tanda-tanda yang agung dari agama Islam; (yaitu) mentauhidkan Allah, mendirikan shalat, berpegang teguh pada sifat jujur, dan menjauhkan diri dari perbuatan buruk. Karena itu, silaturrahim merupakan keistimewaan nyata yang ditampakkan kepada orang-orang yang untuk pertama kalinya bertanya tentang Islam.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan SyawalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!