Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah tahun 2012 sempat juga beberapa kali berbuka puasa bersama Rakan Blogger. Semuanya program bidan terjun tetapi alhamdulillah menjadi. Program pertama Iftar Ramadhan di Hotel Cititel asalnya program Sweetkurma bersama Rakan Media tapi Denaihati menyelit bersama berbelas Rakan Blogger yang lain juga tetamu dari Pekanbaru, Indoensia. Boleh baca coverage di beberapa blog yg join antaranya Ariffshah dan Anarm.
Program Iftar Ramadhan kedua lebih santai di Shah Alam bersama keluarga isteri dan keluarga Rakan Blogger. Walaupun tak seramai kali pertama tapi ramai juga Blogger yang pertama kali bersua muka antaranya akuzie ayu. Jejai pun datang bawa famili dan selepas program ini beliau terus menyepi menguruskan hal peribadi … doakan beliau kuat dan tabah.
Pada minggu lepas team Denaihati ada menjemput beberapa orang blogger untuk turut serta dalam Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor. Terima kasih kepada blogger yang sudi meluangkan masa datang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Majlis hari tu merupakan program anjuran Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Blogger dan pihak media berkumpul di masjid negeri Shah Alam pada pukul 3 petang, kemudian bertolak ke Rumah Warisan Kaseh dengan menaiki bas yang disediakan. Ada juga yang naik kenderaan sendiri follow dari belakang bas seperti yang disuruh untuk mengelakkan sesat dalam perjalanan ke sana. Perjalanan dari masjid negeri Shah Alam ke Warisan Kaseh, Banting makan masa lebih kurang 1 jam.
Selepas mendaftar dan diberi cenderamata yang diisi di dalam goodie bag, blogger dan pihak media berkumpul di teratak Warisan Kaseh bertemu dengan tuan rumah Hj. Masrukhin Marzoki, pemilik Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.
Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh juga dikenali sebagai Warisan Kaseh (rumah rehat dan pusat tarbiah warga emas). Menurut Hj. Masrukhin, di Rumah Warisan Kaseh tak wujud tanggapan atau andaian sesetengah pihak bahawa rumah orang tua hanya menempatkan golongan warga emas yang dipinggirkan, disingkirkan atau ‘dibuang’ oleh anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
Warisan Kaseh melakar kelainan daripada kebiasaan rumah-rumah orang tua di negara ni apabila ada dikalangan penghuninya yang datang ke situ secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.
Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, pada petang tu blogger dan pihak media mengisi masa dengan aktiviti melawat sekitar Rumah Warisan Kaseh bagi melihat sendiri keadaan tempat tinggal dan segala fasiliti kelengkapan yang disediakan untuk keselesaan penghuni di situ.
Majlis Berbuka Puasa (Iftar)
Majlis berbuka puasa beramai-ramai melibatkan blogger, pihak media, warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Makanan yang disediakan oleh pihak catering semuanya sedap-sedap. Nasi, lauk ayam, lauk daging, satay, kambing panggang dan macam-macam lagi disediakan khas untuk santapan berbuka puasa mereka yang hadir pada hari tu.
Solat Maghrib diadakan secara berjemaah di surau yang terdapat di situ. Lepas solat Maghrib sambung makan sambil menikmati alunan nyanyian nasyid dan perkongsian kata-kata nasihat daripada artis jemputan, Mu’adz Dzulkefly.
Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah penghargaan dan saguhati kepada warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. Blogger dan media juga diberi hadiah dan duit raya. Sebelum pulang diadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama blogger dan media.
Lot 3886, Kampung Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com
84 Comments
Kelihatan dari gambarnya, acara ini diadakan secara besar-besaran
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri dan Hikmah Ibadah Puasa
Banyak hal yang didapat dari acara tersebut
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri dan Hikmah Ibadah Puasa
As-Salam .. wahhh nampak meriah betul ….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Terkenal Hidap Kanser Peringkat 4
Betul,…. acaranya berlangsung semarak dan sangat meriah
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Kemerdekaan Indonesia
Tentunya meninggalkan banyak kesan mendalam bagi sahabat yang datang
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Kemerdekaan Indonesia
benar Bang, kesan yang tak akan mudah untuk dilupakan
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri dan Hikmah Ibadah Puasa
wah.. program yang sangat menarik. rugi tak dapat join….
Curahan rasa boni kacak @ ..Dah Nak Hari Raya!
wah…sukses terbesar untuk denaihati.com bisa memberikan berkah yg terbaik di bulan ramadhan ini.
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Download Skripsi Penelitian Tindakan Kelas PTK Untuk TK SD dan SMP
Macam best je Majlis Iftar ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Diskaun Tol Hari Raya AidilFitri 2012 15Ogos-31Ogos2012
seronok kalau dapat join sekali…tapi apakan daya…sy tinggal jauh nun di utara Semenanjung…
Curahan rasa Syarih @ ..Sebelum Pulang Beraya Dah Bayar Cukai Jalan Ke Belum?
Samalah kita .. hehehee….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Terkenal Hidap Kanser Peringkat 4
wah ,, kgiatannya positif bget ya ,
jd pengen ikutan ,,, 🙂
Curahan rasa pengobatan tradisional kanker darah @ ..pengobatan tradisional kanker darah
Dari pada tidur dan berleha – leha dirumah nie 🙂
Curahan rasa Ramzi @ ..Manfaat Memasang / Menampilkan Author Blog Dalam SEO
besar-besaran rupanya.. open house bila? lewat2 sikit la. pertengahan september ke. hehe
Curahan rasa Izwanyusof @ ..Jadual Perjalanan Lebuhraya PLUS Sempena Aidilfitri dan Kemerdekaan
saya suka iftar bersama. khususnya di pesantren. semuanya gratis. he he
Curahan rasa Daftar blog dofollow indonesia @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Ramai benar acaranya, keren ni 🙂
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Merubah / Mengedit Judul Posting Blog Lebih SEO Friendly
Assalamualaikum tuan DH…
Berminat nak join.. bila tgk post tuan.. saya teringat kenangan masa belajar dulu… berbuka bersama penduduk kampung….
seronok rasanya… sambil dipenuhi dengan aktiviti mengimarahkan ramadhan…
Curahan rasa amirini @ ..Berakhirnya Ramadhan…
Ada terniat hendak pergi tahun ini tetapi tidak ada rezeki.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – # Salam Aidilfitri
kalo ae buat kat lokasi terdekt nk juga pi.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Seksyen 114A : Bantah atau sokong?
program yg menarik. kalau ada peluang, insyaAllah nk join!
Tahniah buat denaihati yang berjaya menganjurkan program kemasyarakat sebegini..InsyaAllah, in future jika ada kelapangan akan cuba join sekali
Curahan rasa eyriqazz @ ..Kopitiam Ekonomi – Belajar Ekonomi Sambil Minum Kopi
Comments are closed.