Iftar Ramadan dari masjid ke masjid

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi buka puasa dari masjid ke masjid.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Teringat kisah semasa belajar tahun akhir UKM, masa itu belajar di kampus Kuala Lumpur. Keluarga Abang memang miskin jadi tak ada kenderaan sendiri kemana sahaja samada naik pengangkutan awam atau berjalan kaki. Banyak belanja diperlukan bukan sahaja untuk Abang sebagai anak sulong juga untuk lima orang adik-adik yang juga sedang belajar. Utamakan perbelanjaan mana yang utama jadi kenderaan sendiri bukan keutamaan.

Masa belajar tahun akhir dulu memang biasa Abang berjalan kaki dari hentian bas Puduraya sehingga ke asrama di Tasik Titiwangsa sebab nak jaga bajet. Kalau musim hujan berhenti dari satu kedai ke satu kedai berteduh nak menyampaikan tempat tujuan. Dulu mana ada bas percuma Go-KL seperti sekarang.

Bulan Ramadan memang biasa berbuka dari masjid ke masjid sebab jaga bajet. Juadah berbuka di kantin dan bazar Ramadhan memang mahal. Duit belanja hanya harapkan pinjaman JPA untukk menampung kehidupan satu semester, kalau sudah terpaksa sangat barulah minta kiriman daripada kampung.

Setiap hari merancang nak iftar di masjid atau surau yang mana samada pergi berjalan kaki atau tumpang kenderaan kawan-kawan. Masjid yang selalu jadi pilihan adalah Masjid Hospital Kuala Lumpur, Masjid Kampung Bahru dan Masjid Jamek Kuala Lumpur sebab mudah nak sampai. Paling seronok boleh hafal jadual menu berbuka setiap masjid, yang paling sedap yang itu dituju. Ada yang sedekah nasi beryani kekadang nasi ayam dan kekadang nasi tomato.

Sekarang iftar di Masjid sudah menjadi amalan, peluang kepada yang pemurah memberi makan kepada yang berbuka puasa dan peluang yang kurang bajet menikmati rezeki daripada yang bersedekah. Ramai juga keluarga yang membawa juadah dari rumah untuk berbuka puasa beramai-ramai sebelum solat maghrib dan terus sambung solat sunat terawih. Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah padang di hadapan Masjid Negeri Shah Alam, padang di hadapan Masjid Besi Putrajaya, Dataran Merdeka dan Padang Majlis Bandaraya Kuantan.

Ramai yang bermurah hati merebut peluang bersedekah pada bulan Ramadan menyahut seruan Nabi SAW yang bersabda sedekah paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadan. Ada masjid yang menggunakan sistem lot contohnya satu lot bernilai RM100, jadi kalau perbelanjaan sehari RM2000 maka perlukan dua puloh lot. Seorang penderma boleh membeli seberapa lot yang mereka suka. Ada juga Masjid yang menggunakan sistem harian contohnya kalau kos belanja sehari RM1500 maka penderma dikenakan bayaran RM1500. Ada juga Masjid yang memberi kebebasan kepada penderma untuk menderma berapa sahaja yang kemudian akan diuruskan oleh pentadbir masjid mengagih-agihkan perbelanjaan tersebut. Tapi jangan pulak Masjid jadi kedekut apabila ada hari yang tiada penderma maka tiada majlis berbuka pada hari itu, apa salah guna duit tabung masjid untuk tidak mengecewakan jemaah yang datang.

Memang sedap sangat juadah berbuka dari Masjid ke masjid, terasa sungguh ibadah berpuasa. Semuga yang sedekah juadah berbuka dulu, kini dan akan datang mendapat ganjaran pahala dan rezeki berganda-ganda kerana ALLAH sudah janji fadilat memberi makan orang yang berbuka puasa memang besar.

Mari kita rebut peluang bersedekah dan memberi makan orang berbuka puasa kerana ganjaranya sangat hebat.

Pernah ke berbuka puasa di Masjid atau surau?

Amir Denaihati
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

61 Comments

    1. Pahala orang yang beri makan pada orang berpuasa sama dengan pahala puasa orang tersebut

      Asalkan niat ikhlas kerana Allah swt

      1. Dalam sibuk kita beri makan orang berbuka

        Menghairankan bulan puasa makanan terbazir banyak

        surau dan masjid pun selalu makanan tak habis atas pinggan

        Leka dan lalai

  1. Tak terasa bulan penuh berkah ini hanya menghitung hari untuk berakhir…
    Mudah-mudahan di bulan ramadhan tahun ini kita bisa mendapatkan banyak berkah dan ampunan dari Allah SWT…
    Buat Ka Denaihati mudah2an makin sukses dalam berkarya dan selalu memberikan inspirasi bagi banyak orang

    1. Orang yang menghayati ramadhan akan rasa sedih bila dah sampai ke penghujungnya

      Sampai berharap kalau boleh sepanjang tahun pun bulan ramadhan

      Hamba Allah akan terus beribadat lepas ramadhan berahir

      Hamba ramadhan akan kembali pada rutin asal selepas bulan puasa

        1. Puasa 6 ni Allah beri pada kita untuk di amalkan semasa bulan syawal

          Buat yang rindu ramadhan eloklah buat puasa 6

          Dan puasa sunat isnin khamis

          1. Berjemaah di masjid semasa bulan ramadhan dapat pahala 70 kali ganda solat fadhu

            Bayangkan buat solat jemaah dapat 27 kali ganda solat sendirian

            Dan buat pula pada malam lailatul qadr yang 1000 kali lebih baik dari malam biasa

            70×27×1000

      1. Kalau nak biasakan anak anak dengan masjid elok kita mula dari usia kecil

        Nanti hati jinak nak ke masjid

        Salah satu golongan yng dapat naugan di padang mahsyar ialah yang pemuda yang hatinya di masjid

        1. Anak anak yang di bawa ke masjid tanpa pemantauan pun boleh bawa masalah lain

          Kena ada disiplin juga

          Mak ayah dah pesan dari rumah. Semua tempat ada adab.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!