Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dengan izin ALLAH Ramadhan 1437 dapat meneruskan budaya berbuka beramai-ramai cuma kali ini bergabung dengan berbagai organisasi untuk menjimatkan masa dan perbelanjaan. Kali ini Iftar Denaihati Network bersama blogger bergabung dengan 1hotlovers kelab peminat Adi Putra, jemaah bisnis denaihati bersama Asia Herba Biotech (AHB), eQurban dan Jopana.
Iftar kali ini tidak percuma seperti kebiasaan tahun sebelum ini kerana mengelakkan pembaziran apabila ada yang sudah confirm tidak datang tanpa penganti. Alhamdulillah walaupun berbayar RM40 semua tepat duduk penuh cuma sambutan daripada blogger sangat kurang. Jutaan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi bersama walaupun dikenakan bayaran. Insyaa Allah bayaran tersebut sebagai sumbangan kepada bayaran juadah buffet ramadhan dan infaq kepada Rumah Orang Tua Warisan Kaseh dan Madrasah An Nur. Pasti ada ganjaran ada sumbangan tersebut.
The Club Bukit Utama Damansara menjadi lokasi pilihan kerana dapat menyediakan bilik khas tanpa bercampur dengan group lain. Memang tak salah pilih kerana semua berpuasa hati dengan juadah buffet ramadhan yang dihidangkan. Surau yang disediakan juga luas memudahkan solat maghrib berjemaah.
Ramai jemputan VIP yang dijemput turut hadir Iftar antaranya Master Chef Jo dan Penyanyi Zarul Umbrella. Pelakon Adi Putra memang menjadi fokus majlis sehingga tak berhenti melayan peminat yang minta bergambar. Majlis yang diisi dengan tazkirah oleh Ustaz Noehas memang ada kelainan.
Semuga semua puashati dengan majlis yang simple dan dapat mengeratkan silatulrahim antara kita semua. Terima kasih kepada penaja yang sudi menaja berbagai hadiah buah tangan dan wang tunai antaranya Tanamera. Semuga hubungan baik kita akan berterusan.
37 Comments
Kepingin juga kalau ada acara seperti ini ….. Bisa Mendapat banyak teman ,,, ilmu yang bermanfaat dari para blogger..
Asyiknya menikmati hidangan yang disajikan secara bersam-sama …rasa kekeluargaanya terasa kental sekali
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Semoga pertemuan tersebut bisa menambah keakraban dan bisa menambah kekluargaan sesam blogger
Curahan rasa Home Design Ideas @ ..Creative Option for Comfortable Small Kitchen Ideas
Tahniah tuan DH dan tean DH. Meriah majlisnya ada abg adi putra dan yang lain-lain lagi nampak seronok.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Panduan Penting Usahawan Berdepan Dengan LHDN
beruntung betul tuan haji Amir.. sebab dikenali oleh orang-orang ternama dan rakan2 blogger dari seluruh Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Tahniah.. sebab kesan penjenamaan melalui blog Denaihati berjaya membuahkan hasil..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
melalui kejayaan penjenamaan blog.. dalam masa yang sama telah berjaya mengangkat martabat penulisnya..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Hasil usaha yang berterusan tuan DH dapat bawa blogger dan rakan blogger ke tahap ini amat membanggakan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Panduan Penting Usahawan Berdepan Dengan LHDN
Mesti meriah sambutan iftar tersebut. Untuk majlis begini, memang sesuai sangat dibuat dalam keadaan tertutup. Lebih selesa untuk tetamu yang hadir.
Curahan rasa emalin mohd @ ..Penyakit Diphteria Sudah Mula Muncul Di Malaysia: Apa Ibubapa Perlu Lakukan?
Betul tu. Tak ada nanti bercampur dengan mereka-mereka yag lain juga. meriah majlisnya di serikan dengan jemputan mereka yang memerlukan juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Panduan Penting Usahawan Berdepan Dengan LHDN
mungkin blogger tak sempat nak berbuka di luar sebab tu kurang sambutan.. takpe.. insyaallah tahun depan ramai yg sertai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Finding Dory
Betul tu. Bulan puasa ni acara luar jadi slow sikit nak join. sebuk dengan urusan kerja dan keluarga. Sambil-sambil kerja terawih juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Panduan Penting Usahawan Berdepan Dengan LHDN
ramai juga yg join bukan puasa… ahli fan club adi putra mesti yg paling ramai. hehe
Comments are closed.