Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dengan izin ALLAH Ramadhan 1437 dapat meneruskan budaya berbuka beramai-ramai cuma kali ini bergabung dengan berbagai organisasi untuk menjimatkan masa dan perbelanjaan. Kali ini Iftar Denaihati Network bersama blogger bergabung dengan 1hotlovers kelab peminat Adi Putra, jemaah bisnis denaihati bersama Asia Herba Biotech (AHB), eQurban dan Jopana.
Iftar kali ini tidak percuma seperti kebiasaan tahun sebelum ini kerana mengelakkan pembaziran apabila ada yang sudah confirm tidak datang tanpa penganti. Alhamdulillah walaupun berbayar RM40 semua tepat duduk penuh cuma sambutan daripada blogger sangat kurang. Jutaan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi bersama walaupun dikenakan bayaran. Insyaa Allah bayaran tersebut sebagai sumbangan kepada bayaran juadah buffet ramadhan dan infaq kepada Rumah Orang Tua Warisan Kaseh dan Madrasah An Nur. Pasti ada ganjaran ada sumbangan tersebut.
The Club Bukit Utama Damansara menjadi lokasi pilihan kerana dapat menyediakan bilik khas tanpa bercampur dengan group lain. Memang tak salah pilih kerana semua berpuasa hati dengan juadah buffet ramadhan yang dihidangkan. Surau yang disediakan juga luas memudahkan solat maghrib berjemaah.
Ramai jemputan VIP yang dijemput turut hadir Iftar antaranya Master Chef Jo dan Penyanyi Zarul Umbrella. Pelakon Adi Putra memang menjadi fokus majlis sehingga tak berhenti melayan peminat yang minta bergambar. Majlis yang diisi dengan tazkirah oleh Ustaz Noehas memang ada kelainan.
Semuga semua puashati dengan majlis yang simple dan dapat mengeratkan silatulrahim antara kita semua. Terima kasih kepada penaja yang sudi menaja berbagai hadiah buah tangan dan wang tunai antaranya Tanamera. Semuga hubungan baik kita akan berterusan.
37 Comments
majlis iftar yang sungguh hebat..memang best sangat tu kalau dapat pergi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Beri Maaf dan Sila Lupakan
Ramai juga yang join Iftar Denaihati Network kali ni…. Yang pasti tentu ramai yang excited nak jumpa dengan Adi Putra…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Tulah… Kalau dekat teringin juga nak join… Tapi disebabkan jauh dan memikirkan agak susah nak bawa anak-anak, jadi tak dapatlah nak join…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Walau apa pun… Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur Denaihati Network, Adi Putra, AHB, eQurban dan Jopana kerana sudi menganjurkan majlis ini….
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Walaupun tuan haji Amir kata majlis Iftar kali ni nampak simple…. Tapi bagi saya, ia nampak Grand… Tahniah!
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
ramai juga yang join ya, tiket pun tak mahal mana. semoga ukhuwah sentiasa hangat
Curahan rasa raihanah @ ..Difteria dan Campak Penyakit Bahaya Muncul Kembali
Yurp… Bagi saya tiket Iftar Denaihati Network taklah semahal mana… Cuma masa dan lokasi yang agak jauh sahaja menyebabkan saya tak dapat nek menyertainya..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Banyknya otai ye..Sungguh meriah dan bermakna kalau dapat berkumpul ramai-ramai. Selamat maju jaya semua blogger Malaysia.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..ETA Australia : Jalan-Jalan ke Perth
Pergghhh.. rugi giler tak dapat join iftar nie.. ramai artis pulak tu.. huhu
Curahan rasa Afif Rayyan @ ..Tips Pengurusan Kewangan Yang Bijak
Tu lah pasal… kalau tak tentu ada peluang bergambar dengan artis kan? Takperlah… Nak buat macamana? dah tak ada rezeki..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Ramai juga yang join walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM40.00. Apa pun, Iftar tahun ini amat meriah sekali, tahniah yang memeriahkan Iftar Ramadhan anjuran Denaihati Network.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Taun Kamil Salleh dapat join ke majlis Iftar Denaihati Network? Kalau dapat join sekali, eloklah tu…. Walaupun sibuk berniaga di bazar ramadhan, tapi dapat juga join event macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Saya tidak hair tahun ini bukan kerana bayaran tetapi ada urusan lain terpaksa dilupakan untuk urusan jualan di Bazar ramadhan. Insha Allah tahun-tahun depan jika tiada aral melintang, bolehlah turut serta.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Saya tahun ini sibuk dengan jualan nasi, lauk-pauk dan kuih-muih di Bazar Ramadhan Taman bukit Indah, Ampang, Selangor.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Assalamualaikum….. maaf tahun ini tidakdapat bersama team Denaihati, blogger dan artis VIP yang hebat-hebat. Sungguh meriah Iftar tahun ini, walaupun tanpa banyak ketidak hadiran blogger-blogger.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Meriah sekali acaranya. Salut untuk sahabat blogger Malaysia. Salam sejahtera selalu.. 🙂
Curahan rasa Sutanto prabowo @ ..Pengalaman bersama autodesk menjelajah dunia 3 D
wahhh..bestnya..melihat kepada hadirin yang datang di tambah lagi dengan nama-nama besar yang hadir..dah nampak, memang majlisnya sungguh meriah..alhamdulilah..:)
wah.. nampak meriah majlis iftar yang dianjurkan.. semoga tahun depan ada lagi macam ni.. =)
Curahan rasa TENGKUBUTANG @ ..TIPS SERVIS KERETA ( UNTUK WANITA BERKERETA )
kali ini tak dapat pegi.
nun..jauh disana.
bukka dengan bini aje.
lagi best.
haha
Curahan rasa titan @ ..Once you’ve seen what’s possible, how can you do otherwise?
Samalah kita… Berbuka puasa dengan isteri dan anak-anak merupakan satu keperluan… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
tahniah.. berjalan dgn lancar intar tuan DH bersama pelakon dan blogger..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Tips Murah Rezeki | Belanja Keluarga Makan
terbaiklah denai hati tiap tahun tak pernah miss buat event untuk grup blogger semoga terus sukses.
Yurp… Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Team Denaihati Network… Tak pernah miss untuk buat event bersama blogger…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Comments are closed.