Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah tahun ini berkesempatan menghadiri Iftar anjuran Sekolah Islam As Syddiq Simpang Renggam yang kebetulan menjadi sekolah tempat belajar Abang Irfan, anak yang keempat dalam jurusan Tahfiz Akademik. Hampir setiap tahun mendapat jemputan tetapi jadual sering bertindik dengan acara yang lain.
Sekolah Islan As Syddiq adalah kompleks sekolah yang mempunyai pendidikan daripada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah swasta aliran agama yang mendapat mengiktirafan Kementerian Pelajaran. Alhamdulillah telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.
Program IFTAR bermula pada jam 5 pm dengan acara khatam Al Quran pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Budaya Al Quran memang menjadi nadi kehidupan di Sekolah Islam As Syddiq. Selepas majlis khatam Al Quran disambung dengan penyerahan duit raya kepada semua pelajar serta bantuan beras kepada anak-anak yatim.
Berbuka puasa ringkas dengan kurma, bubur lambuk dan buah-buahan kemudian solat maghrib berjemaah. Selepas solat sunat kami makan bersama dalam dulang sambil berbual hal-hal pembangunan sekolah. Memang berselera makan dalam dulang walaupun lauknya simple sahaja.
Ada rezeki Ramadhan tahun depan kita iftar bersama lagi di Sekolah Islam As Syddiq. Semuga terus memberi khidmat melahirkan anak-anak yang beriman, bertakwa dan bijak pandai.
5 Comments
Wah ..asyik bisa buka bersama ..berkumpul bersam murid murid sekolah .. Semoga acara ini tdk hilang di makan zaman..
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Wah …asyiknya bisa menghadiri acara seperti ini ..penuh kebersamaan , damai rasa di hati
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Seronok berbuka beramai-ramai dpt mengertkn tali persaudaraan sesama umat Islam.
Curahan rasa T Shirt Printing Cetak Baju Murah @ ..Kedai Cetak Tshirt | Kilang Print Baju | Tempah T Shirt Printing Murah
berbuka puasa dalam dulang dengan ramai-ramai memang seronok..
apatah lagi berbuka dengan bakal-bakal alim ulama tu.. pasti dapat keberkatan tu
tahniah..
Curahan rasa zool @ ..Isu FIFA tidak iktiraf perlawanan persahabatan Malaysia
wow makan dalam dulang ala-ala orang arab. seronok jugak dpt makan mcm tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Mak Cun Pi New York
Comments are closed.