Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah Ramadhan tahun ini sekali lagi aku dapat jemputan daripada YB Dato’ Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Cambodia untuk hadir ke majlis Iftar bersama Perdana Menteri Hun Sen dan umat Islam Cambodia. Ini majlis iftar kali kedua yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Cambodia untuk merapatkan hubungan antara Kerajaan, umat Islam dan NGO yang membantu umat Islam Cambodia.
Alhamdulillah lebih 80 orang pewakilan dari Malaysia yang mewakili berbagai agensi dan NGO, antaranya YAPIM, JAKIM, MAIS, Majlis Melayu Nusantara juga dijemput hadir ke majlis ini. Aku dan Tuan Hj Masrukhin dijemput atas tiket eQurban yang merupakan sebuah syarikat usahasama dengan Koperasi Muslim Cambodia menguruskan aqiqah dan qurban di Cambodia. Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka mengetahui delegasi Malaysia yang telah banyak membantu muslim Cambodia. Sempat juga aku selfie dengan Datuk Seri setelah usaha nak selfie dengan PM Hun Sen dihalang.
Selain wakil NGO, duta-duta daripada berbagai negara juga dijemput kemajlis Iftar dan wakil Duta Kuwait telah diberi kesempatan berucap untuk mewakili semua Kedutaan. Lebih empat ribu umat Islam Cambodia datang daripada seluruh pelusuk negara telah diundang untuk iftar bersama para jemputan. Kami duduk semeja dengan Tuan Hj Dr. Ghafar dari JAKIM, Datuk Abibullah dari YAPIM, wakil dari Singapore, wakil dari Thailand dan Datuk Fauzi dari MCCM.
Sebelum balik kami sempat juga menghadiri majlis penyerahan zakat kepada asnaf untuk penduduk miskin tiga kampung di Masjid Nurul Naim Batu 8, Phnom Penh. Penyerahan zakat sumbangan dari berbagai NGO disempurnakan oleh YB Dato’ Othsman Hassan. Semuga sumbangan zakat ini dapat membantu umat Islam di bulan mulia Ramadhan ini.
Alhamdulillah semakin banyak organisasi daripada berbagai negara semakin yakin untuk bekerjasama dengan Koperasi Muslim Cambodia dengan nilai sehingga jutaan ringgit untuk membina ekonomi umat Islam Cambodia. Kepada rakan-rakan yang ingin menginfaq harta memang bagus bekerjasama dengan Koperasi Muslim Kemboja berbanding dengan individu. Prestasi Koperasi menguruskan dana dari seluruh dunia sudah terbukti terbaik.
47 Comments
Nice sharing. Sebelum ni Mrs. A tak tahupun ada program macam ini. Alhamdulillah masih ada insan-insan prihatin semoga berolah manfaat dan barakah.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015
great post…
i am moslem,, i wana hold your hand
thanks
Curahan rasa Travel Tips @ ..Long-term stays in marvellous Melbourne’s serviced apartments
Huhu..memang seronok kalau dapat bersama-sama dengan budaya hidup masyarakat luar ni..hehe..terbaiklah DH..
Curahan rasa Hafizul @ ..Cara Mudah Buat Tart Hari Raya
wargh untungnya dapat join berbuka dengan PM kemboja. semoga program seperti ini dapat diteruskan utk mengeratkan lagi hubungan 2 hala negara kita dan kemboja.
Curahan rasa auntiekemai @ ..Rahsia Anak Pandai Membaca Seawal 5 Tahun
Meriahnya suasana. Beruntung betul Tn. Denaihati berpeluang bersama-sama mereka di sana.
Curahan rasa myliferia @ ..Minuman Isotonik Penambah Tenaga Bebas Karbonat, Perasa & Pewarna Tiruan
SEandainya Rohingya Bisa seperti ini juga Alangkah indahnya tetapi semua bisa terjadi dengan Izin Allah
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
alhamdulillah.. semoga tuan dan angkatan makin bersemangat membantu mereka yang lebih memerlukan. Kami insan kerdil hanya mampu berdoa.. Aminn
semoga umat islam cambodia dapat hidup lebeh baik. alangkah indah ny bila bisa kumpul kumpul seperti ni tanpa nunggu datang ramadhan.
Curahan rasa pojokshare @ ..Tips Membeli Kendaraan Bekas Lewat Situs Jual Beli Online Seperti OLX
salam perkenalan..
semoga memberi manfaat.. untung dapat join program mcm ni.. banyak ilmu dan pengalaman yg dapat.. kipidap 🙂
Curahan rasa pokok tin malaysia @ ..Kebun Mini Pokok Tin di tepi rumah
Wahh untungnya dapat berbuka puasa dengan umat Islam di Cambodia … lagi2 disertai menteri .. Perdana Menteri pulak tu.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Julai 2015
kadang kadang terkeliru antara umat islam kemboja dengan myanmar, bagus program macam ni, kita rapat dan kenal dengan umat islam dari negara lain
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Koleksi Aneka Resepi Kuih Raya Tradisional Bergambar
kalau dapat peluang berbual one to one memang boleh lihat bagaimana perdana menteri kemboja mentadbir negaranya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..4 Langkah Kawal Nafsu Makan Sepanjang Bulan Puasa
Kalau ada program macam ni di belah-belah China sana pun bagus juga. Umat islam di Xinjiang tu sedih bila baca kisah mereka.Macam tak terbela je nasib saudara kita di sebelah sana.
Curahan rasa rahimah @ ..Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
semoga mendapat manfaat dengan program-program sebegini. tahun ni tak tahu la dapat sertai program amal macam ni. Biasanya tiap2 tahun dapat sertai
Curahan rasa Bistari Corner @ ..Elakkan Di Tipu “Peniaga Online”
Semoga tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang dapat sertai program-program seperti ini… In Shaa Allah..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
semoga misi utk membantu umat islam di cambodia dipermudahkan.. diorang pun nak beraya jgk
Curahan rasa nikkhazami @ ..Maksud Gambar Profil Pelangi
Ya.. Sama-sama kita doakan… Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima… Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan.. Dan semoga murah rezeki si Penderma..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
Comments are closed.