Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah tahun ini dapat melapangkan masa menghadiri iftar bersama Madrasah Tahfiz An Nur di Kesang Laut Muar. Tahun lepas tak sempat bersama kerana berada di luar negara untuk urusan bisnis. Terima kasih kepada mudir Ustaz Nur Effendi yang telah menjemput ibu bapa untuk iftar bersama.
Iftar tahun ini memang meriah kerana lebih daripada seratus keluarga memberi komitmen untuk hadir. Walaupun berbagai juadah keluarga offer nak bawa tetapi mudir madrasah lebih selesa untuk menyediakan makan supaya tiada pembaziran. Kepada keluarga yang nak bawa boleh bawa untuk keperluan sendiri.
Iftar dimulakan dengan bacaan doa dan berbuka ringkas. Selepas solat maghrib barulah sambung dengan juadah yang berat. Keluarga dan anak-anak yang khatam hafiz, khatam syahadah dan khatam kitab bukhari diberi keistimewaan dengan hidangan dulang di rumah mudir madrasah.
Selepas berbuka puasa acara diteruskan dengan majlis khatam hafiz dan khatam syahadah. Tahniah kepada anak-anak yang korban masa antara setahun setengah ke empat tahun untuk menamatkan pengajian. Majlis diikuti dengan acara khatam Kitan Bukhari untuk enam orang pelajar alimah. Mereka telah menamatkan pengajian belajar hadis Nabi selama enam tahun. Beruntunglah kepada ibu bapa yang dapat melahirkan anak-anak yang hebat seperti ini. Klik SINI untuk menonton video majlis khatam hafiz dan khatam kitab bukhari.
Selepas solat isyak dan terawih majlis diteruskan dengan perkongsian daripada ustaz Dr Iqbal bertajuk “Makanan Sunnah”. Banyak ilmu yang dapat ditimba terutama jeni-jenis dan kaedah makanan sunnah yang betul. Semuga majlis ini menjadi asbab turunnya hidayah oleh ALLAH. Ada rezeki jumpa lagi tahun depan.
5 Comments
Tak ade rase bahagie dirase ketike bise melaksanakan iftar secare bersame-same. Semoge bise menjadi barokah bagi semue. Amin…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..2 Smartphone Terbaru ASUS Siap untuk Diluncurkan di Pasar Indonesia
Wah … Hari-hari tuan denai hati dipenuhi dengan acara-acara yang bermanfaat seperti ini …semoga menjadi berkah
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengerjakan Sholat Jenazah Yang Baik dan Benar –
Saya sangat suka dengan orang orang yang gemar menghadiri acara seperti ini ..semoga mendapat manfaat yang banyak dari acara ini
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
hidayah Allah terlalu mahal nilainya..kerana dengan hidayah itu seseorang boleh berubah menjadi jauh lebih baik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran Segmen Ketiga Sukses 21 Hari
nmpaknya tuan hari-hari berbuka pose kat luar ya..
dan slmt hari raya..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Rebut Peluang Diskaun Jualan Terakhir
Comments are closed.