IFTAR bersama Datuk Hussamuddin Karangkraf

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dapat jemputan IFTAR bersama Datuk Hussamuddin, CEO Kumpulan Media Karangkraf. Karangkraf sememangnya mengadakan IFTAR bersama staff dan jemputan setiap hari dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah peluang untuk kami geng kembara Turki bertemu setelah sekian lama hanya berkomunikasi dalam group wassap. Ketibaan kami disambut oleh Dato Hussamuddin dan Tuan Ahmad Yani.


Selepas IFTAR ringan makan kurma dan kuih semua solat maghrib berjemaah dan kemudian makan malam. Alhamdulillah hidangan juadah berbuka puasa memang sedap. Sementara menunggu Isyak dan Solat Terawih kami berbual dan bertukar-tukar pendapat isu semasa dan projek Malaysia Ngaji yang kali kedua dianjurkan oleh Rumah Ngaji.


Seronok dengar cerita Dato Hussamuddin pengalaman kembara di Bosnia dan beberapa negara Balkan. Jadi semangat untuk kami merancang mengembara ke negara Balkan seperti kami mengembara ke Turki pada tahun 2014 selama 12 hari. Mengembara bersama menjadikan hubungan sahabat lebih rapat kerana sanggup susah senang bersama.

Semuga persahabatan kami terus berpanjangan walaupun masing-masing sibuk dengan urusan perniagaan. Tabik kepada Dato Hussamuddin dan Karangkraf yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk staff setiap hari. Boleh menjadi contoh kepada majikan-majikan yang lain.


Spread the love

11 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!