Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim haji datang lagi maka berbondong-bondong umat Islam menuju ke rumah Allah, ada yang berjalan, bertongkat, dipapah dan berkerusi roda. Mereka datang ke tanah haram bukan kerana mereka kaya, bukan kerana mereka kuat, bukan kerana mereka sihat, bukan kerana ada masa lapang, bukan kerana mereka kenamaan tetapi kerana satu iaitu terpilih oleh ALLAH menjadi tetamu agung.
[box type=”shadow”]Klik untuk tempahan Qurban Kemboja secara Online hanya RM350 satu bahagian[/box]
Kembara Haji adalah kembara rohani untuk menyempurnakan rukun Islam ke lima yang wajib untuk setiap umat Islam yang mampu. Selagi belum sempurna ibadah haji maka belum sempurnalah Islam kita terutama kepada yang mampu. Mampu itu bukan bermaksud mampu kewangan tetapi mampu keimanan sehingga yang miskin akan berusaha sedaya upaya mencari sumber kewangan demi menyempurnakan Islamnya yang jauh lebih penting dari kehidupannya.
Untuk menyempurnakan Islam dan Imam bukan jalan yang mudah memerlukan mujahadah yang tinggi untuk mengerjakan ibadah Haji. Setiap jemaah haji mempunyai bahagian masing-masing di tanah haram bergantung pada niat dan usaha atas iman. Ujian pasti ada tidak boleh dielak bagi menguji tahap keimanan untuk memperolehi martabat tertinggi Haji Mabrur. Haji Mabrur bukan mudah tetapi menjadi impian semua jemaah haji yang pasti akan merubah kehidupan.
Apabila melangkah keluar dari pintu rumah menuju ke Tanah Haram bulatkan niat kerana Allah untuk Allah dan bersedia untuk diuji dengan segala macam ujian tanpa mengeloh. Panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana kita telah terpilih menjadi tetamu-Nya. Buangkan rasa takut dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan kerana ini masa terbaik untuk kita membersihkan diri dan semuga Allah terus tutup hijap maksiat di hati kita.
Haji itu kusut masai pabila jemaah mengembara dari Padang Arafah, Muzdalifah, melontar jamrah di Mina dan berakhir tawaf & Saie di Masjidl Haram selama lima hari tanpa memikir pakaian cantik, bilik air yang lengkap dan tempat tidur yang selesa melainkan mencari redha ALLAH. Haji melatih manusia untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi tanpa melihat bangsa, pangkat dan kekayaan kerana di sisi ALLAH beza manusia hanya pada iman dan taqwa.
[box type=”shadow”]Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2016
- Penerbangan Pertama : 2 Ogos 2016
- Penerbangan Pertama dan berperingkat : 2 Ogos – 5 September 2016
- Tarikh wukuf : 11 September 2016
- Penerbangan Balik dari Mekah : 28 September 2016[/box]
Tidak kurang juga ramai jemaah yang gugur dalam perjuangan mengejar Haji Mabrur apabila tewas dengan ujian yang sudah bermula sejak melangkah keluar dari rumah. Ramai yang tidak dapat mengawal perasaan maka terhamburlah perkataan kasar sumpah seranah layak bukan jemaah haji kerana keegoan tak sanggup merendahkan diri kepada ALLAH. Haji itu mujahadah yang memerlukan kesabaran dan penyerahan diri total kepada ALLAH dengan melupakan dunia sementara. Lupakan niat untuk membeli-belah kerana itu boleh dilakukan di tempat lain. Apa je barang di Mekah dan Madinah yang tak ad di Malaysia sekarang.
Beruntunglah kepada mereka yang telah terpilih dan kepada yang belum berazam, berdoa dan berusahalah untuk menjadi tetamu Allah kerana belum sempurna Islam kita selagi belum sempurna ibadah rukun Islam yang ke lima. Haji 2013 pasti lebih mencabar kerana proses pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sedang rancak berlangsung.
[customgallery]
38 Comments
Beruntung sekali mereka yang sudah kesana 🙁
Jadi inget orang tua , pengen banget berangkatkan mereka kesana 🙁
insyaAllah suatu saat nanti harus berangkat kesana sekeluarga 🙂
amin ya Rabb …
Curahan rasa Resep Masakan Indonesia @ ..Soto Ayam
teringat orang tua ingin naik haji 🙁
Beruntung sekali bagi saudara2 kita yang dapat melaksanakan ibadah haji, semoga kita2 yang belum melaksanakannya bisa menyusul di kesempatan yang akan datang
Curahan rasa Rina @ ..Create SEO Friendly URLs Rewrite Using Htaccess And Mod_Rewrite
ibadah haji kemuncak ibadah bagi kita umat Islam, Ia perlukan kekuatan rohani dan jasmani.
Curahan rasa faizal @ ..Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah
bertuah kepada insan terpilih 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Sunderland 1-3 Liverpool: Kembalinya Duo Sturridge dan Suarez
insha-Allah, dah pasang azam nak pegi haji 2015 nanti…yang tinggal hanya usaha je…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Dulu Nintendo, Sekarang IPRO
insyaallah.. saya akan ke sana suatu hari nanti
Curahan rasa Mus @ ..Bila Isteri Ambil Gambar
teringin hendak menunaikan Haji di usia yang muda , harap dipermudahkan oleh-Nya…
Curahan rasa papa mifz @ ..Bertegur Sapa Dengan Bro Eyriqazz
Niat sudah ada. Doa2 di permudahi untuk ke sana.
Arwah abah tak sempat sampai ke Tanah Suci lagi.. insyaAllah memang hendak membuat upah haji untuk Arwah..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Alexa Versi September
selamat menunaikan fardhu Haji bagi yang terpilih , gunakan peluang yang hadir ini untuk melakukan Tawaf sunat atau umrah sunat sebanyak yang mungkin, dan berdoalah agar kesihatan dan perjalanan ibadah haji dipermudahkan
Curahan rasa onlajer @ ..Apa Yang Saya Belajar Dengan Putik Kapas
bertuahnya siapa yang dapat menjejakkan kaki di tanah suci itu. hati teringin juga hendak pergi kesana.
Curahan rasa fyna @ ..Tips Penjagaan Selepas Pembedahan Caesarean
memang bertuah kepada mereka yg berjaya menjejakkan kaki kesana
Curahan rasa hafiz @ ..Apa ada dengan Hotlink baru
Selamat menunaikan haji dan semoga mendapat haji mabrur.. selamat pergi dan pulang. Kepada mereka yang terpilih tahun ini.
Curahan rasa KiD @ ..Bila Blogger Sibuk
bila la dapat pergi kan 🙂
Curahan rasa nizam ijam @ ..Kenapa Air Sirap Kenduri Kahwin Itu Tawar ?
Comments are closed.