Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ini aku telah dijemput oleh Hyundai Malaysia ke majlis pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd di Shah Alam. Selepas mesyuarat bersama team Denaihati Network aku, Jaws dan Eizil bergegas ke lokasi majlis. Alamat yang dituju Lot 7960, Jalan Batu Tiga, (Off Jalan Subang), Subang, cuba guna Google Maps iPhone 4S dan Samsung Galaxy Tab 10.1 tapi gagal dikesan. Setelah berputar-putar di Batu Tiga, Shah Alam dan Glenmarie lebih 50 minit akhirnya sampai juga setelah mendapat pedomanan daripada Staff Hyundai-Sime Darby Motors, Glenmarie.
Selain Denaihati rupanya ramai lagi Rakan Blogger yang dijemput iaitu Kujie2.com, Yanmieonline.com, Puanbee.com, Hatisamronkin.com, Fazreen.com, Benashaari.com dan ramai lagi lah. Paling menarik rupanya inilah kali pertama pertemuan antara Eizil dan Kak Jie yang memang dah biasa bekerja sama. Samalah macam kes aku dengan Ariffshah yang hanya bersua muka setelah bertahun bekerjasama. Memang best bila dapat berjumpa dengan Blogger hebat ni.
Seperti Sharp rupanya Hyundai juga adalah penaja utama Euro 2012. Aku memang tertarik dengan design kereta Hyundai ini dan antara kereta yang banyak kelihatan di Europe semasa kembara musafir Europe. Model paling baru yang dilancarkan oleh Hyundai adalah Elantra memang bergaya sesuai dengan slogannya ‘New Thinking, New Possibilities’. Mungkin kerana itu semakin banyak kereta jenama Hyundai kelihatan di atas jalan raya Malaysia.
Beruntung sangat kepada pemilik kereta Hyundai di Shah Alam dan sekitarnya kerana dengan adanya Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd dapat membantu meningkatkan prestasi kereta mereka. Konsep Pusat 3S Sutera Gemilang Auto memang jauh berbeza dengan pusat servis yang biasa kita pergi. Dengan luas ruang 31,500 kaki persegi, pusat ini menyediakan 9 buah tapak penyelenggaraan untuk kenderaan pelanggan dalam satu-satu masa. Paling best ada ruang pemandangan bercermin yang membolehkan pelanggan melihat kereta yang sedang diselenggara.
Sutera Gemilang Auto menyediakan ruang rehat untuk pelanggan sementara menunggu kereta diselenggara dengan kemudahan wifi, televisyen , komputer, mesin air (panas dan sejuk ) , ruang kerja juga taman mini untuk pelanggan yang membawa anak-anak. Bolehlah Rakan Blogger menulis blog sambil menunggu kereta di selenggara.
Untuk kemudahan pelanggan yang tak banyak ada pada pusat servis yang lain, Sutera Gemilang Auto akan menyediakan Perkhidmatan Drop off Key yang membolehkan pelanggan meninggalkan kenderaan mereka di pusat service tersebut. Untuk tujuan tersebut, perkhidmatan shuttle percuma setiap jam disediakan ke Citta Mall atau mana-mana sahaja dalam lingkungan 15 kilometer dari Pusat 3S Sutera Gemilang Auto.
Pusat 3S Sutera Gemilang Auto dibuka setiap hari termasuk bahagian penyelenggaraan.
Hari bekerja – 9 pagi – 8 malam
Hujung minggu dan cuti umum – 10 pagi – 6 petang
Hubungi Sutera Gemilang Auto untuk mendapakan segala maklumat semasa lagi pun sekarang Pusat 3S Sutera Gemilang Auto menawarkan promosi diskaun sehingga 10% bagi kos buruh dan alat ganti juga perkhidmatan mencuci kereta secara percuma.
No. Telefon (Jualan) : 03- 7832 4888 / 7832 4444
No. Telefon (Penyelenggaraan): 03- 7832 4333/ 7832 4555
Laman Web Rasmi – Hyundai
Facebook Page – Sutera Gemilang Auto
124 Comments
Satu kemudahan servis yg canggih utk pelanggan yg menggunakan Hyundai sebagai kenderaan rasmi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
besar gak ek, untunglah saya kalau dok shah alam, boleh join pergi pusat hyundai ni jugak
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Tips Atasi Masalah Laptop Overheating
Assalam… jenama Hyundai nie makin popular dekat Malaysia sekarang nie…. mungkin designnya menepati ciri2 yg rakyat Malaysia nak…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen Bermula 5 Julai 2012
Dan mungkin juga kerana keselesaannya…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Kedudukan Terkini Pingat SUKMA XV Pahang 2012
keselesaan adalah yang paling penting…
Curahan rasa Nana @ ..Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Loji Kumbahan
Assalam, baru saja baca artikal serupa ini kat Blog Kak Yanmie dan Bee…
Curahan rasa Ikmal @ ..Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433H/2012M | Sudah Bersiapkah Menerima Kedatangannya
oh..hyundai itu dari malaysia,,mantap benar..moga dapat mobil hyundainya
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengatasi Kulit Berminyak
Pusat servis terbaik dari Hyundai..
Curahan rasa Anuar @ ..Sebahagian Besar Rakyat Malaysia di bebani Hutang Rumah dan Kereta
cmfirm ramai customer yang datang…
Curahan rasa Nana @ ..Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Loji Kumbahan
uishh.. cantik nya hyundai warna putih tu.. bestnya dapat pergi event ni
Curahan rasa boni @ ..Bila Mat Bangla Duduk Sebelah
Kalau pergi dapatla jumpa bro..apakan daya,kerja time ni… tapi nampak selesa tempatnya..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Give Away – Tiket Nuffnang Blogopolis 2012
memang menarik nampaknya tu
kena test drive ni dulu 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Pusara Hj. Pawang Nong | Pahlawan Negeri Pahang
tak beli pun tak apa, asal dapat test jer jadi ler…
Curahan rasa Nana @ ..Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Loji Kumbahan
Kereta Hyundai jarang sekali yang pakai di tempat saya
Curahan rasa Dadan @ ..Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs Australia
kebanyakan mereka memakai kereta Toyota dan Honda
Curahan rasa Dadan @ ..Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs Australia
Kalau tak salah Hyundai itu dari Korea ya…?
Curahan rasa Dadan @ ..Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs Australia
Iya, Bang Dadan…
Curahan rasa Ikmal @ ..Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433H/2012M | Sudah Bersiapkah Menerima Kedatangannya
Tahniah DH dapat jemputan lagi
Curahan rasa Dadan @ ..Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs Australia
Kalau hadi blogger Top banyak sekali yang jemput ya…
Curahan rasa Dadan @ ..Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs Australia
besarnya..faisiliti sume tip top..huhu
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Wordless Wednesday : Machinchang
Salam alaiyka,
Keluaran hyundai sekarang memang menarik. Hyundai Sonata memang nampak ada European style. Elantra pun kekalkan ciri yang sama macam ada persamaan dari segi rekabentuk.
Harga Elantra pun agak kompetitif.
Dengar cerita, Hyundai ambil head designer dari orang europe untuk pecah pasaran dan revamp rekaan kereta mereka. Ehh itu hyundai ke Kia?
Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..Illustration Friday : Refresh
wah..kak jie on candid camera..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Euro Cup dah habis, boleh tidur dengan cukup
Salam,
Eh comel pulak gambar budak2 tu hihihi, wahhh makcik Jie tengah snap gambar tu, memang ada gaya 😀
Selesa betul berada di showroom ni, pelbagai kemudahan yang disediakan, untunglah orang yang ada kereta hyundai, boleh datang servis kat sini sesambil online or tengok tv, pekena pulak milo kat coffee bar tu, sedap dah rasa 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S
ha’ah.. ada gaya seorang photographer profesional.. hehe..
Curahan rasa Anarm @ ..Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference
Comments are closed.