Hukum duit digital Bitcoin halal atau haram

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi ekonomi yang jadi sebutan ramai iaitu apa hukum Bitcoin dalam ekonomi Islam.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dunia bergerak semakin pantas apabila internet diperkenalkan kepada dunia pada akhir tahun 90 an. Budaya kehidupan manusia sangat berubah sehingga banyak gajet-gajet dahulu sudah menjadi sejarah sehingga tidak dikenali oleh generasi Y. Begitu juga teknologi kewangan atau lebih dikenali sebagai Fintech telah mengubah budaya kewangan dunia. Wang kertas sudah mula diganti dengan duit digital seperti paypal, alipay dan terkini duit digital bitcoin.

Sejarah Bitcoin

Abang sudah biasa menggunakan duit digital sejak awal tahun 2000. ketika itu menggunakan paypal, egold, stormpay dan beberapa lagi kaedah pembayaran digital yang kini sudah tiada. Mula diperkenalkan kepada Bitcoin pada tahun 2008 ketika itu harga untuk setiap bitcoin hanya beberapa sen dollar sahaja. Masa artikel ini ditulis harga terkini bitcoin adalah USD2700. Antara sebab kenaikan harga bitcoin adalah kerana banyak Kerajaan telah mengiktiraf bitcoin sebagai duit digital yang terbaru adalah negara Jepun. Baru-baru ini ketika banyak website di dunia diserang oleh ransomware, penyerang meminta bayaran menggunakan Bitcoin, itu menjadiakan bitcoin semakin terkenal.

Di Malaysia ramai yang pening dan keliru dengan duit digital Bitcoin sebab banyak syarikat pelaburan online yang menjadikan bitcoin sebagai platform pelaburan dari fungsi utamanya sebagai duit digital. Ramai yang terbakar tangan dan rugi banyak setelah syarikat pelaburan online gulung tikar kerana tidak mampu memberi pulangan tinggi yang dijanjikan. Asbab daripada salah guna ini maka masyarakat memandang negatif kepada duit digital Bitcoin.

Harga Terkini Bitcoin Malaysia

Penjelasan halal haram Bitcoin oleh Pakdi

Pakdi adalah seorang blogger kewangan yang berpengaruh dan ramai follower. Berikut adalah penjelasan beliau tentang isu halal haram bitcoin yang juga boleh dibaca di blog beliau Pakdi.net

Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining. Sekiranya Bitcoin sudah disepakati sebagai matawang. Maka sudah tentu hukum Shariah bay’ sarf diguna pakai. Hukumnya sama seperti jual beli emas, perak dan duit kertas.

Penjelasan Hukum Bitcoin oleh Dr Mohd Daud Bakar

Penjelasan Hukum Bitcoin oleh Ustaz Dr Zaharuddin

Penjelasan halal haram Bitcoin oleh Matthew J. Martin

Matthew J. Martin menjelaskan panjang lebar halal haram bitcoin yang boleh dibaca dalam artikel berikut “Is Bitcoin Halal“. Di bawah ini Abang kongsikan sedikit petikan dan segaja tidak mahu translate supaya tidak lari dari maksud.

As a payment network, Bitcoin is halal. In fact, Bitcoin goes beyond what more conventional closed banking networks offer. Unlike conventional bank networks which use private ledgers where there’s no guarantee that the originator actually owns the underlying assets, Bitcoin guarantees with mathematical certainty that the originator of the transfer owns the underlying assets. Conventional banks operate using the principle of fractional reserve, which is prohibited in Islam.”

Penjelasan halal haram Bitcoin oleh Konsultasisyariah.com

Dalam sebuah website Konsultasisyariah.com dijelaskan secara terperincin hukum hakam jual beli yang dikaitan dengan hukum menggunakan bitcoin dalam urusan jual beli di zaman internet. Sila baca pejelasan panjang lebar dalam artikel bertajuk “Hukum Bitcoin“. Abang kongsikan kesimpulan daripada penulisan ini.

Kesimpulannya, hingga titik ini, penggunaan bitcoin secara hukum syariah dibolehkan, tidak ada sisi pelanggarannya, selama itu dimiliki secara legal dan bukan melalui pembajakan atau penipuan.

Kebanyakkan bacaan yang Abang buat dan carian di Google tentang hukum Bitcoin hampir semua tidak menyebut bitcoin haram selagi digunakan sebagai duit untuk jual beli.

Cara mendapatkan Bitcoin

Daripada pengalaman Abang untuk mendapatkan bitcoin boleh beli dariapada rakan-rakan yang ada simpam stok bitcoin atau boleh beli daripada agen yang menjual bitcoin seperti di Malaysia paling popular adalah Luno. Selain daripada itu kita boleh juga melombong bitcoin dengan berbagai cara. Abang telah melobong Bitcoin sejak beberapa tahun lepas dan untuk mengetahui cara mudah melombong bitcoin boleh baca penjelasan di Lombong Bitcoin. Nak tahu detail boleh PM Abang di FB Amir Denaihati.

Samada kita suka atau tidak inilah perubahan di era ekonomi digital yang perlu kita ikut atau kita akan ketinggalan. Yang penting jangan tersalah pilih paltform bitcoin dan mintalah nasihat dari yang pakar.

Semuga artikel ini memberi manafaat kepada para pembaca.

Abang Denaihati
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

46 Comments

  1. Tq for the info ..sgt berminat utk melombong bitcoin tp bagaimana sy boleh bermula ..sy seorg ibu rumahtangga dan sd berhenti kerja..hya bergantung pada suami dan selalu berada dlm kesempitan kewangan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!