Honda Jazz Hybrid memang terbaik

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai seorang blogger yang berkesempatan test drive Honda Insight sangat tertarik dengan entri Honda Hybrid Kereta Mesra Alam Sekitar tulisan blogger tersohor Eyriqazz. Dalam tulisan tersebut yang paling menarik perhatian aku adalah gambar Honda Jazz Hybrid yang belum pernah disebut oleh wakil Honda ketika test drive Honda Insight beberapa bulan lepas.

Honda Jazz Hybrid

Warna Pilihan Honda Jazz Hybrid

Setelah buat carian di Google rupanya Honda Jazz Hybrid telah dilancarkan pada 15/3/2012 sama tarikh dengan aku terbang keluar negara, patutlah aku tak sedar pelancaran kereta mesra alam terbaru keluaran Honda. Ada banyak pilihan warna Honda Jazz Hybrid antaranya Fresh Lime Metallic, Alabaster Silver Metallic, Milano Red, Crystal Black Pearl dan Tafetta White. Harga Honda Jazz Hybrid dari RM94k dan mempunyai jamiman bateri selama 5 tahun sama seperti Honda Insight.

Dashboard Honda Jazz Hybrid

Masih teringat lagi test drive Honda Insight dari KL – PD – Ayer Keroh – PD – KL dan aku yakin Honda Jazz Hybrid lebih jimat minyak dan sesuai sangat kepada pencinta alam sekitar seperti Group Hijau yang memperjuangkan Lynas tu. Jangan pulak sibuk berjuang tapi masih drive kereta yang mencemarkan alam sekitar tu yang orang kata cakap tak serupa bikin.

Kalau tak tahu lagi apa itu kereta Honda Hybrid joom baca entri Honda Insight Kereta Hybrid dan kepada yang nak tengok gambar menarik Honda Jazz Hybrid singgah je lah kat blog Paultan.org.

Comments

  1. says

    mauuuuu
    hijau’a bgs dehhh
    ihhhh sy mw mngucapkan 1 impian
    sy hrs ud pny nihh mobil dlm wkt 3 thn lagi
    aminn
    lama ajahh
    huhahah
    gpp
    ehm mohon doa’a yahhh