Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang-bayang lagi test drive Honda Insight. Kalau ada rezeki lebih memang nak beli untuk second car sebabnya selain design yang sporty yang lebih penting jimat minyak. Bila memandu ada special panel yang akan sentiasa menunjukkan samada cara pemanduan kita pada tahap optimum itu yang best jadi tak lain main tekan je padel minyak ikut suka hati. Memang tidak akan lupa pengelamana memandu Honda Insight memang terbaiklah.
Dah dengar berita ke, Honda Malaysia telah melancarkan Honda Insight edisi baru pada 29/2/2012 yang lebih hebat berbanding daripada versi yang aku test drive sebelum ini. Honda Insight edisi baru yang dilancarkan mempunyai design lebih futuristik dan kelihatan lebih sporty. Paling best kabarnya penjimatan minyak untuk model edisi baru ini lebih menjimatkan daripada Honda Insight 2nd Generation.
Bila tengok gambar Honda Insight edisi baru teringat pulak Rakan Blogger yang join test drive Honda Insight dari KL – Hulu Langat – Semenyih – PD – Ayer Keroh – PD – KL. Pengalaman yang menyeronokkan dan pertama kali bertemu ramai Rakan Blogger.
Kepada yang dah lupa apa hebatnya Honda Insight ini boleh baca kembali entri “Honda Insight apa itu Hybrid“. Mengikut sejarah Honda adalah pengeluar pertama kereta Hybrid di Malaysia dan sambutan yang diterima sangat menggalakan bermula dengan Honda Insight 1st Generation, Honda Civic, Honda Insight 2nd Generation, Honda CR-Z dan terkini Honda Insight 3rd Generation.
Ramai pengguna termasuk pembaca blog Denaihati fikir kereta Honda Insight ini menggunakan kuasa elektrik yang perlu di charge dengan kuasa elektrik sebelum digunakan. Silap tu sebenarnya Honda Insight ini menggunakan kuasa gabungan antara engine i-VTec 1.3L dan Integrated Motor Assist (IMA) menggunakan bateri yang mempunyai jaminan selama 5 tahun.
Suka tak suka inilah kereta masa hadapan untuk mengurangkan pencemaran alam yang semakin tercemar dengan gas karbon yang dikeluarkan oleh kereta bukan hybrid. Terlalu banyak kelebihan Honda Insight berbanding kereta lain yang tidak mesra alam. Sehingga hari ini Honda Insight adalah kereta Hybrid yang termurah di Malaysia. Kalau nak tulis kelebihannya panjang lebar pulak, jadi bolehlah baca info grafik yang telah disediakan oleh Honda Malaysia. Nak dapat informasi dan grafik yang lebih banyak sila lansung ke website Honda Malaysia.
Bertukarlah kepada Honda Insight. Jangan jadikan tangan kita antara tangan-tangan yang merosakkan muka bumi yang indah ini seperti Firman ALLAH SWT Surah Al-Baqarah ayat 11 -13 yang maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang- orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang- orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”.
150 Comments
Ermmm Sungguh Mengacam, Tak Mampu nak pakai kereta Honda ni.Tang Belakang dia sangat-sangat Vouge,
Curahan rasa azie @ ..Pokok Bunga Jenis Berdaun
cool and lok sporty.. i loike
Curahan rasa nurmisnan @ ..TOSHIBA PROTEGE Z830 ULTRABOOK ULTRA SLIM ULTRA LIGHT
Pehhh… menarik ni. Berapa harga OTR.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Cuti-cuti Malaysia | Kuala Lumpur Bird Park
memang gempak insight ni.. tapi kecewa sebab blogger handal singgah melaka tak dapat nak jumpa.
Curahan rasa zool @ ..Peluang perniagaan di universiti/ kolej baharu dibuka
Depan belakang sama-sama terlihat elegan…
Curahan rasa Dadan @ ..Top 10 Facebook Page Indonesia
belakang tu yg xlawa mana..huhuhu
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Tips Terbaik "Awet Muda" : Untuk Para Gadis
Camne la aku leh tak tau nihhh???
Curahan rasa yas @ ..GAMBAR RUMAH MEWAH DATO SITI NURHALIZA DI AUSTRALIA
Honda ni aku tgk dh banyak gak kt mesia skg….kalau dapat test drive mcm admin DH…pehhh tntu best gak
Curahan rasa yas @ ..KERETA HALIMUNAN YANG PERTAMA DIDUNIA
harap kereta nasional kita ikut jejak langkah honda..
Kalau tak silap Proton sedang buat pertandingan antara Universiti bertema “Go Green” dimana sebuah kereta Proton diserahkan untuk diubah menjadi engine yg menggunakan teknologi hijau.
Curahan rasa denaihati @ ..Projek Review Ultrabook Toshiba
lambat lagi nak beli kereta..
Curahan rasa Ariff @ ..Bagaimana Saya Bantu AE Menjana RM19,000 Tahun Lepas?
wah, keta mahal cam ni DH target jadi 2nd car ek…
pokcik kayo ni 🙂
Curahan rasa noriz @ ..Di khianat orang & Bisnes Mangkuk Tingkat
sekarang ni keluarga dah besar , saya aim MPV jek ..kereta dah ada satu cukup le ..
Curahan rasa puanbee @ ..Ultrabook Toshiba Portege Z830 i7 Ultraseksi & Ultraslim
Selagi masih ada minyak dipasaran masih boleh digunaka sehingga minyak habis barulah sepenuhnya kereta janaan elektrik.
Curahan rasa akubiomed @ ..Baru sekarang AkuBiomed ada akaun Facebook
Honda & Toyota memang telah dikenali dengan inovasi yang memang terbaik….
Kalaulah proton boleh mencontohi mereka ni…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..SENJA DI KARNIVAL WOW! PUTRAJAYA 2012
smart jugak honda insight ni..dah la jimat minyak berbanding 2nd generation, kurang pencemaran pulak tu..
Curahan rasa Pamie @ ..Timeline Bakal Dikuatsakan Untuk Facebook Fan Page
Comments are closed.