Himpunan Sejuta Umat Di Shah Alam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jika mampu mengubah dengan tangan itu yang terbaik tapi kalau tak mampu dengan tangan dengan perkataan juga boleh tetapi kalau tak mampu dengan perkataan dengan niat di hati adalah iman yang paling lemah. Berbagai isu sedang melanda umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Paling panas isu MURTAD yang bukan isu baru di Malaysia. Kelemahan ukhwah antara umat Islam diambil kesempatan sepenuhnya oleh bukan Islam.

Usaha menghimpunkan sejuta umat Islam adalah usaha yang baik untuk menjadi langkah pertama mengeratkan hubungan sesama Islam melangkaui batas fahaman politik yang selalu menjadi penghalang. Pasti himpunan sejuta umat tidak dapat mengubah banyak isu yang melanda umat Islam tetapi permulaan yang baik. Himpunan Sejuta Umat dapat menilai keutamaan Umat Islam samada politik atau Islam itu sendiri.

Kalau kita sangguh bermatian untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang lebih kepada perjuangan politik kenapa tidak kita meruangkan sedikit masa menyertai Himpunan Sejuta Umat tanda sokongan kita kapada perjuangan Islam. Kalau kita tidak sayangkan Islam lebih dari politik dan segalanya, siapa lagi?

Marilah kita bersama-sama menjayakan Himpunan Sejuta Umat Islam di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011, jam 2 – 6 pm. Kalau Himpunan Sejuta Umat gagal makna kegagalan Umat Islam untuk bersama berjuang demi Islam.

Update terkini : Mengikut laporan Thestar.com.my Himpunan Sejuta Umat dihadiri lebih kurang 5000 orang sahaja manakala mengikut laporan utusan.com.my jumlah kehadiran lebih kurang 10,000 orang. Perjuangan Islam tanpa ada balasan wang atau kuasa politik memang mujahadah.

TERKINI

28/2/20122 : Himpunan Selamatkan Akidah di Pulau Pinang, Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) – Utusan Online

 


Spread the love

94 Comments

  1. kenapa perhimpunan bersih boleh disertai oleh ramai orang tetapi tidak kepada perhimpunan himpun sejuta umat? Jika Bersih dikaitkan dengan politik, Himpun juga sebenarnye perhimpunan yang bermotifkan politik. Bersih dianjurkan oleh pembangkang, manakala Himpun dianjurkan oleh pro kerajaan. Penyokong-penyokong bersih yang beragama Islam berjuang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil supaya suasana yang kondusif kepada memartabatkan agama Islam dapat diwujudkan. 3 sebab utama kepada murtad ialah Kemiskinan disebabkan kos sara hidup yang tinggi serta tiada had gaji minimum, Kefahaman agama yang tipis dan bercelaru ditambah dengan kekangan kepada pendakwah2 Islam, hatta bekas seorang mufti pun dihalang daripada menyampaikan dakwah. Masalah rumah tangga khasnya dikalangan yang baru memeluk Islam kerana kurangnya didikan dari pihak yang sepatutnya. Ada banyak lagi sebab2 yang menjadi punca seseorang menjadi murtad yang sepatutnya diambil berat oleh jabatan agama seperti program2 televisyen yang lagha, media massa yang suka memaparkan gambar2 dan cerita2 yang tidak senonoh, pergaulan bebas dan akta pemakaian yang tiada dikuatkuasakan, riba’ serta syubhah diwajibkan kepada rakyat melalui insuran kenderaan dan KWSP, dan banyak lagi senarai yang dipandang sebelah mata oleh pihak yang berkewajipan. Ironinya, pihak2 yang berkewajipan ini juga yang bekerjasama menganjurkan program Himpun, dan kita boleh lihat betape rendahnye jabatan2 agama dan majlis mufti sehingga tak mampu membawa rakyat untuk bersama2 menjayakan program Himpun. Apakah kita mahu meletakkan masa depan agama kita ditangan mereka ini yang langsung tiada aura kepimpinan dan kekuatan untuk menegakkan agama Islam. Lihat saja di website Himpun, betapa gahnya golongan2 ini bermesyuarat di restoran mewah tetapi langsung tidak mampu memberi impak kepada masyarakat Islam di Malaysia. Kepada mereka2 yang menempelak penyokong2 pembangkang yang tidak mahu bersama-sama menjayakan himpun, cuba tanye pula kepada penyokong2 pro kerajaan dimana mereka tika itu?
    Curahan rasa Akmalnizam @ ..Cuplock Scaffold-scaffoldingMy Profile

  2. (himpun).22/10/ 2011, satu permulaan yg nantikan kepada umat ISLAM yg menyedari cabaran terus melanda saban hari. kepada seluruh pertubuhan islam dan individu jadikan (1) hari dlm setahun menjadi perhimpunan kesedaran umat islam di negara ini.

    Doa dari jauh muga HIMPUN terus hidup.

  3. alhamdulillah. himpun brjalan dgn jayanya, yang tidak adilnya, saya rasa jumlah mereka yang mnghadiri himpun adalah lebih dr yang dinyatakan. bagaimana saya tahu? Kerana saya berada di situ petang tadi. 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!