Hilang Sahabat kerana Bebas Anwar 901

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap daripada Rakyat Malaysia ada pandangan berbeza dengan isu perhimpunan Bebas Anwar 901 atas sebab-sebab yang berbeza. Setiap daripada kita juga mempunyai fahaman politik yang berbeza dan kita tidak boleh paksa sesiapa pun untuk ikut kita. Aku menulis pun bukan untuk mengubah fikiran dan fahaman sesiapa sekadar berkongsi pandangan.

gambar anwar ibrahim dan keluarga masuk UM

Aku terima komen dari farhan untuk entri Bebas Anwar 901 Sokong Ke : setelah baca entry ni , maka denaihati.com terkeluar dari bloglist aku..sekian.. p/s – x guna ‘mata hati’ ketika menilai politik

Aku kehilangan seorang Rakan Blogger hanya kerana kami berbeza mata hati dalam menilai politik. Itulah harga yang perlu dibayar apabila berbeza fahaman sehingga ada yang solat dua iman, putus hubungan saudara dan bercerai berai. Sampai bila?


Spread the love

120 Comments

  1. Sebab itu Islam ajar kita bersederhana dlm apa jua perkara. Bila kite ekstrim, kawan jd lawan, saudrapun putus,mak tak ngaku anak….ni semua aku dh tgk dgn mate kepala sendiri…sedih mmg sedih…sampai bila kita harus begini?

    DH, terus kekal konsisten…yeahhhhh

  2. lawak pun ada, dari pandangan saya. yang duk berpecah belah bukan sekadar blogger, apa yang dapat dilihat dengan jelas sekali orang melayu kita sendiri. yang duk kecoh duk berbalah orang melayu. duk salahkan orang sendiri, gila kuasa sana sini. di akhirat kelak apa yang dibawa pun tak pasti lagi. bila baca artikel ini, lebih jelas lagi yang duk pecahkan melayu nun orang melayu sendiri. orang cina, orang india duk gelak sakan. yahudi lagilah seronok duk tgk orang kita pecah belah macam ni. belajak tinggi-tinggi pun tak guna kalau duk pandai pecah belahkan kaum sendiri. kalau farhan terbaca komen ini, silalah renung-renungkan apa yang berlaku sebenarnya. tolaklah fahaman politik tu, fikirkan kaum melayu yang duk sibuk gila kuasa. sibuk raih undi, tapi hakikatnya. sapa menang benda yang sama akan berlaku. tak kiralah pas ka umno. bagi aku sama je. yang penting satukan kaum kita dlu. erk, betul ke aku komen ni? kalau salah tolong betulkan ok. 🙂
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Tenik SEO Blog – Kepentingan Heading 1My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!