Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekarang ni musim blog awards. Dimulakan dengan Social Media Awards 2012 yang alhamdulillah blog Denaihati dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of the year.
Baru selesai dan menunggu keputusan adalah Malaysia International Tourism Blog Awards. Dengan semangat setiakawan blog Denaihati telah membantu mempromosi beberapa Rakan Blogger yang menyertai. Alhamdulillah The Singing Blogger mendapat vote tertinggi untuk katogeri celebrity. Kepada yang tidak berjaya jangan kecewa, hidupkan mesti berani gagal. Tak kisah tak berjaya mendapat awards kerana dapat peluang penjenamaan itu yang lebih penting.
DiGiWWWOW blog awards masih dalam peringkat pengundian sehingga 13/5/2012. Blog Denaihati mencalonkan diri untuk Blogger of The Year suatu awards yang terlalu besar nilainya dan sepertinya belum layak untuk untuk Denaihati. Kalaulah blog Denaihati sudah mendapat banyak anugerah rasanya baru berani naik kepentas untuk mengambil anugerah sebesar ini. Blogger of The Year sangat besar dan berat tanggungjawab untuk membawa nama itu.
Menyertai blog awards ini pun ada risikonya terutama nak bersaing sesama Rakan Blogger. Baru ada kawan maklumkan beliau di keluarkan dari senarai FB dan Twitter kawan beliau hanya tidak sehaluan dengan isu Bersih 3.0. Rupanya ada juga kawan unfollow FB dan Twitter persaing yang bersaing dalam katogeri yang sama untuk blog awards. Kabarnya ada juga blogger yang mengejek blogger yang lain kerana bersaing untuk mendapat blog awards.
Dunia blog Malaysia bukanlah besar sangat kenapa perlu hilang kawan hanya kerana blog awards. Awards hanyalah awards bukanlah lebih penting daripada persahabatan. Kita boleh bersaing bersungguh-sungguh untuk mendapat awards dengan berbagai cara tetapi jangan sampai memutuskan ikatan persahabatan. Blog awards sepatutnya menjadikan kita lebih profesional bukan memecah belahkan komuniti blogger yang tak ramai mana pun.
420 Comments
rasanya tak berbaloi untuk hilang kawan hanya kerana award. Kena jadi blogger yang professional dalam bab-bab pertandingan. Kalau ada rezeki, ada, klu x de, tahun depan ada lagi 🙂
Curahan rasa kodinz @ ..Domain Murah Dari Go Daddy
betul tu….tak kan sebab awards rela khilangan kwn….
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
tahniah utk blog Denaihati kerana dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of the Year.
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Adakah Anda Layak Menjadi Pengundi Dalam Pilihan Raya?
DH memang layak untuk anugerah itu…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
aduhai…kenapa la sampai mcm tu skali kan..sepatutnya kena support satu sama lain..
ni baru sebab awards..xpe la..satu pergi..10 mari =)
Curahan rasa chii @ ..Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p
betul tu….spatutnya sama2 memberi dorongan biar sama2 bjaya.
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
tak baikla kalo ada yang camtu…semua kan kawan…harap takde la yg smp buat camtu..peace.
Curahan rasa Fieza @ ..Stock breastfeed Ummi Raihana
tajuk gempak gak
harap2 xder la sampai mcm tu..
Curahan rasa mazlina @ ..Ibu Menyusu | Amalan Asas Untuk Kembali Langsing
denaihati sukses selalu
bersatukita teguh bercerai kita runtuh
Sebab award pun boleh berpecah belah… Tu kan rezeki masing-masing. Kalau rajin, dapat la award tu. Kalau takda usaha, duduk saja, mana benda tu nak datang bergolek.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Gambar-Gambar Perusuh Perhimpunan Bersih 3.0 Yang Dikehendaki Polis
kalau nak kenalah usaha lebih…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
macam budak2 lah pulak ..
Curahan rasa tia @ ..Luahan Hati Seorang Anak Polis
ya, macam budak2 berebut gula2 pulak…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
kah kah kah, macam-macam perangai. 😀
Curahan rasa Pisyek @ ..Gamuda Scholarship Award
jangan disebabkan urusan duniawi ni kita berpecah-belah sesama saudara Muslim..alahaiii~~
Curahan rasa JomStadi @ ..Jika Islam agama terbaik, mengapa umatnya rosak?
good luck denai hati..
Curahan rasa Azydy @ ..Dajjal dah nak muncul
Persaingan yang ketat dan makin panas membuat segelintir blogger akan bertindak nekat dan semoga dalam ajang ini denaihati tidak mendapatkan kendala dari blogger yang kurang bertanggung jawab
terus semangat…
Curahan rasa Rina As @ ..Update Google Pagerank Bulan Mei 2012
menurut saya blog denaihati pantas dapat awards ini dan semoga bisa memenangkannya
Curahan rasa Rina As @ ..Update Google Pagerank Bulan Mei 2012
Tak pro le blogger cam tu.
Biar bersaing dengan ‘bersih’ dan kawan tetap kawan.
Jangan ‘politikkan’ persaingan dlm berblog.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Tema Hari Pekerja 2012 | Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi.
Comments are closed.