Hilang Di Mata bukan Di Hati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang bertanya khabar setelah beberapa hari blog Denaihati menyepi. Hilang di mata tapi bukan di hati masih tidak lupa menjelajahi blog rakan-rakan membaca isu-isu semasa dan meninggalkan komen mana yang perlu.

Selepas keletihan pulang dari Kembara Musafir New Zealand (dah baca ke kisahnya?) kami mengabiskan sisa cuti sekolah bersama warga kerja Kumpulan Al Ansar di Kalumpang Resort. Kalumpang Resort suatu tempat percutian yang sangat alami dan puas kepada yang suka bermain air segar dari gunung.

Cuti sekolah adalah satu-satunya peluang untuk kami berkumpul satu keluarga apabila semua anak-anak di asrama pulang. Peluang ini kami ambil untuk menziarahi datuk dan nenek di Sabak Bernam dan Segamat. Kalau kita ayah ibu tidak didik anak-anak menziarahi orang tua jangan harap anak-anak akan ziarah kita bila sudah tua nanti. Dunia ini bulat apa kita buat hari ini pasti akan berulang kemudian hari.

Kami juga sempat singgah di majlis kahwin Ustaz Noehas di Kesang Laut, Muar. Ooopps silap bukan majlis perkahwinan Ustaz Noeas yang masih bujang tiga tapi majlis perkahwinan adik bongsu Ustaz Noehas. Sempatlah berjumpa kawan-kawan group whatsapp Madrasah An Nuur yang selama ini hanya bertemu di alam maya.

20130615-104345.jpg

20130615-104422.jpg

Hujung minggu lepas sibuk menghantar anak-anak ke tiga asrama berbeza di daerah berbeza. Kesimpulannya percutian sekolah dua minggu memang dipenuhi dengan perjalanan tanpa henti yang sangat memenatkan tapi sangat mengembirakan.

Walaupun sibuk dengan urusan bisnis sempat juga bersarapan pagi dengan bekas pelumba motor negara Wazi Abdul Hamid. Paling best kami ada hobi yang sama suka mengembara melihat dunia ciptaan Allah. Bezanya kami suka memandu kereta tapi Wazi suka menunggang motor besar. Beliau pernah menunggang motor di Europe, New Zealand dan Negara Balkan. Kami mempunyai pendapat yang sama memang rugi kepada manusia yang sibuk dengan dunia sehingga tiada masa melihat keindahan dunia.

20130615-105632.jpg

Kalau ada rezeki kami rancang untuk mengembara bersama. Mengembara memang memenatkan tapi sangat memuaskan hati. Masih terbanyang keindahan New Zealand yang mengamit hati membuatkan kita semakin dekat dengan Maha Pencipta.

20130615-110011.jpg


Spread the love

48 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!