Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertahun juga aku kenal Hilal Azmi dari seorang rakan blogger sehingga menjadi rakan baik. Perkenalan bermula apabila Hilal Azmi ketika itu seorang blogger join salah satu contest yang dianjurkan blog Denaihati. Hari ini beliau bukan hanya seorang blogger tetapi juga wartawan Astro Awani yang semakin meningkat naik. Contoh kejayaan seorang blogger yang boleh dijadikan ikhtibar blogger yang lain.
Hilal Azmi seorang wartawan yang berani apabila telah membuat berbagai coverage yang berisiko tinggi seperti peperangan di Syria, cuba masuk ke Gaza ketika Israel sedang menyerang tanpa henti, ground zero tragedi banjir lumpur Cameron Highland dan terbaru banjir besar Kelantan.
Hilal Azmi bukan sebahagian team Denaihati tetapi sentiasa bersama menyokong perjuangan kami. Selalu bersedia menjadi mc untuk semua majlis yang kami anjurkan melainkan pada ketika itu beliau tidak dapat cuti. Antara majlis anjuran kami yang dihostkan oleh Hilal Azmi adalah Sepetang Bersama Blogger, Seminar Buat Duit dengan Blog dan Seminar Buat Duit dengan Affiliate. Hilal Azmi juga wartawan yang telah membawa blog Denaihati ke beberapa program Astro Awani begitu juga Abang Ensem.
Terharu juga apabila aku mendapat PM dari Hilal ketika beliau nak bertunang dan diperkenalkan dengan bakal tunang semasa kami mengopi di Hotel Concorde KL. Sememangnya dari awal beliau dah jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan di Penang. Jutaan maaf kepada Hilal Azmi kerana tidak dapat meraikan hari bahagia majlis perkahwinan di Penang pada 7/2/2015 kerana kebetulan pada hari yang sama ada program lain.
Selamat Pengantin Baru kepada Hilal Azmi dan Sharifah Sabtariah Syed Ahmad semuga berbahagia sehingga ke Syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha. Jangan marah ya .. nanti di KL abang belanja Hilal dan wife ya!
72 Comments
selamat pengantin baru. smoga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah
selamat pengantin baru kepada dua insan tercinta. harap berkekalan hingga jannah
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
selamat menempuh hidup baru, semoga hidup dengan sakinah, mawadah dan warahmah……
Curahan rasa ihsan @ ..Evan Anak 8 Tahun Mampu Menghasilkan US$ 1,3 juta dari Video Youtube
bagai pinang dibelah dua…
menarik dan pasangan yang cun melecun..
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Suami Cepat Tertewas Apa Penyelesaiannya
inspiring…
tahniah..
selamat pengantin baharu buat Hilal Azmi , berbahagia hendaknya ke Jannah
Curahan rasa abuya @ ..Diet Laa Sangat
Comments are closed.