Hijrah Artis Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.

Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.

Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.

Hijrah Artis Malaysia

Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.

Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.

Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.

Hijrah Abby Abadi

Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.

Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.


Spread the love

212 Comments

  1. klu hijrah tapi nk memcah belah kan sesame islam tu pun tak jadik juga. hijrah tetap hijrah tapi sepatutnya makin kuat perpaduan . klu masuk parti cerca parti tu parti ni yang seagama sebangsa pulak tu itu bukan hijrah kpada kebaikan tapi tu hijrah x seimbang. kawan dan sahabat hijrah islam tu lebih kepada seimbang dari pelbagai sudut. sama2 kita belaja

  2. aku takpaham dengan hijrah iwan dandut tu. dia tu dah hijrah ke islamik apepasal dia masih nyokong dan mahu perjuangkan dangdut yang rekrut budak ppuan . kan ppuan haram mnyayi dikayalayak ramai. sesame puan seagama pun makhruh hukumnya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!