Hijrah Artis Malaysia


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak. Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal. Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.

hijrah artis malaysia Hijrah Artis Malaysia

Hijrah Artis Malaysia

Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.

Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan. Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.

hijrah abby abadi Hijrah Artis Malaysia

Hijrah Abby Abadi

Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.

Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:59 am

    Semoga kita hidup di dunia ini mendapat Nur dan dirahmatiNya.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:58 am

    Kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan pahala berlipat kali ganda.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:57 am

    Kerana sesungguhnya ajal, maut ditangan tuhan, kita hanya merancang hanya Allah yg menentukan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:56 am

    Kehidupan harus diteruskan, selagi nyawa di kandung badan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:56 am

    Semoga mereka bahagia di dunia dan juga di akhirat nanti, Insya Allah.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:55 am

    Peluang terbaik bagi artis utk insaf dan mengakui kesalahan yg lampau supaya membina kehidupan yg lebih baik lagi.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:53 am

    Semoga artis yg berhijrah ni akan terus kekal menjadi seorang insan yg mulia di sisi Allah Taala.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 7 July 2012 at 4:51 am

    Satu perkembangan yg menarik utk diambil peduli.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 6 July 2012 at 11:25 pm

    Dah ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikan dan tidak semestinya masuk arena politik. Mereka insaf, semasa jadi artis segala urusan keagamaan sentiasa terabai akibat terlalu asyik berlakon atau menyanyi. lihat saja kisah Malik Nor dulu.
    Entri terbaru sensasi2020 – Mengapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 6 July 2012 at 11:17 pm

    Berhijrah tidak semestinya menyertai parti politik, ada lagi tempat lain sebagai tempat utk berhijrah.
    Entri terbaru sensasi2020 – Mengapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 6 July 2012 at 11:16 pm

    Berhijrahlah ke arah kebaikan, jangan hanya mendapat tawaran yang lumayan drp pihak tertentu, terus sertai.
    Entri terbaru sensasi2020 – Mengapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • mohd billy 6 July 2012 at 9:01 pm

    hijrah nak jd baik x semestinya masuk politik…hijrah kerana Allah
    Entri terbaru mohd billy – Uncle seekers positif dadah?My Profile

  • W.HabibuRahman 6 July 2012 at 6:33 pm

    semoga lebih ramai artis y berhijrah pd masa nnti
    Entri terbaru W.HabibuRahman – Cara Menabung – Versi AkuMy Profile

  • fiezaradzi 6 July 2012 at 5:34 pm

    suka lau yg berubah, tapi percakapan turut masa berubah, bukan berubah atas nama saja.. peribadi pun kena juga
    Entri terbaru fiezaradzi – Bila Takhta BertukarMy Profile

  • fiezaradzi 6 July 2012 at 5:32 pm

    pada saya, hijrah ke arah kebaikan, tiada masalah.. cuma mungkin ade yg tersilap, bila berubah ditarik ke politik… jadi kadng2 masing2 ingat, satu pihak je yg betul, sedangkan manusia mana ada perfect, nak2 lagi politik.. pendapat jer..
    Entri terbaru fiezaradzi – Bila Takhta BertukarMy Profile

1 6 7 8 9 10 11


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network