Hidup Untuk Memberi

Spread the love

Alhamdulillah ini adalah entri aku yang ke 200. Hari ini nak kongsi satu cerita yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s semuga menjadi peringatan untuk diri aku sendiri.

Seorang umat Nabi Musa yang sangat miskin telah bertemu Baginda dan memohon agar Nabi Musa berdoaka kepada Allah supaya menjadikan dia kaya. Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon umatNya itu dikurniakan kekayaan setelah selama ini hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa umur umatNya itu hanya tinggal 100 tahun dan Allah hanya akan kurniakan kekayaan untuk 50 tahun sahaja. Allah memerintah Nabi Musa bertemu umatNya dan bertanya samada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir. Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah kurniakan kekayaan maka si miskin menjadi si kaya. Si kaya telah mendirikan sebuah gudang yang sangat luas dengan pintu yang sangat banyak. Gudang tersebut diisi dengan keperluan harian dan ditambah setiap hari. Si kaya telah memberi semua umat yang miskin untuk mengambil keperluan harian dengan syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut dan masuk melalui pintu lain dan keluar daripada pintu lain.

Kekayaan si kaya terus bertambah dan dia terus memberi sehingga suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka si kaya bertemu Nabi Musa dan bertanya mengapa Allah memberi kekayaan melebihi daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa DIA malu untuk menarik balik kekayaan si kaya kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepada si kaya tetapi si kaya telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

Hari ini manusia hilang kebahagian kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam hidup. Kita sering terlupa hikmah yang diungkap menerusi kata-kata : “KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”.


Spread the love

165 Comments

    1. @zuriey, Tapi beramal pun boleh dilakukan waktu macam ni.. tak semestinya beramal tu melibatkan wang ringgitkan.
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

  1. Pingback: Jadikan budaya ReTWEET tajuk blog rakan anda sebagai amalan berblog. | AzmanIshak.Com
  2. Artikel ni memang best.. walaupun ringkas tapi cukup bermakna dan menjadi peringatan untuk saya.
    .-= Steward John´s last blog ..Contest: Dua Acer Aspire One untuk Dimenangi =-.

      1. @zuriey, Yer.. betul kata Zuriey. Walaupun nampak ringkas tetapi ada isi tersirat.. Cukup bermakna bagi kita semua.
        .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

  3. Sungguh kagum dengan kisah-kisah dahulu..Tapi sekarang jarang nak dengar kisah macam tu..Tapi denaihati dah mengukir kisah ni kembali..

    1. @Cody, Tak apa Cody, biar blog ini mengingati kita agar sentiasa mengamalkan sikap bersedekah kalau kita berupaya.. Tapi bersedekah tu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja, senyuman juga boleh menjadi satu sedekahkan..
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  4. Pingback: Menangi Laptop Acer Aspire One Dengan Mudah!! | ~~Apiih~~
  5. SYukran…selamat beramal … 🙂
    .-= zik´s last blog ..3d stereogram. Korang nampak apa disebalik gambar ini?? =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!