Hi Tea Zarul Umbrella meriah di Awal Tahun Baru 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

masih tidak terlambat untuk Tim Denaihati Network mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 yang jatuh pada hari ahad. Namun, tarikh 1 Januari 2017 juga menjadi sesuatu kenangan yang indah buat ramai orang tidak terkecuali peminat Zarul Umbrella.

Sebelum ini telah diwar-warkan Jemputan majlis Hi Tea bersama Zarul Umbrella yang baru-baru ini memenangi tempat ketiga di Gegar Vaganza 3. Dan ada juga yang tidak menjangkakan Zarul Umbrella letak jawatan sebagai Pramugara MAS.

Majlis Zarul’s Hi Tea Party telah berlangsung di Hotel Royal Kuala Lumpur bersama dengan peminat-peminat yang datang memberikan sokongan.

Peminat Zarul Umbrella datang seawal 12 tengahari dan dimaklumkan ada yang sanggup datang dari Singapura.

Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang terlibat iaitu:

Penaja Utama :  Double Antz Entertainment
Penganjur : Redbeanz Famz Resources
Penganjur Bersama : Media Perintis

Penaja Lokasi : Hotel Royal Kuala Lumpur
Penaja Tatarias : HairKutz Studio
Penaja Door Gift & Candy Buffet : Zety Cookies & Cup Cakes
Tshirt & Mug : Vector Hero Design Lab
Penaja Snek : Burgerbyte
Penaja Snek :  Sambal Bawang Bilis
Blogger Rasmi :  Denaihati Network
Penaja Kek : Bisque
Jurugambar Rasmi : Kromstudio
Penaja Dekorasi & PhotoBooth :  Sonia Sofia Bride Ideas & ED Interior Architecture Sdn Bhd

Majlis Hi Tea Zarul Umbrella bermula dengan pengacara majlis Zahid dan juga Aril Pilus yang kelakar. Cabutan bertuah demi cabutan bertuah dari penaja Cosry dan Burgerbyte.

Kemudian, kehadiran Zarul Umbrella dimeriahkan dengan soalan-soalan yang diajukan daripada peminat dan seterusnya membawakan lagu Jangan Pernah.

Kemeriahan berterusan dengan persembahan lagu ‘killer’ iaitu Ramalanku Benar Belaka.

Peminat-peminat Zarul Umbrella yang menggelarkan mereka Zarulians berpeluang untuk sesi swafoto khas. Dimaklumkan ada peminat dari jauh yang menginap di hotel sekitar Kuala Lumpur untuk menyambut tahun baru baru bersama Zarul Umbrella.

Zarul juga memberikan kejutan kepada peminat-peminat khas yang hadir dengan hadiah payung yang bertandatangan istimewa. Majlis Hi Tea Zarul diakhiri dengan memotong kek bersama peminat.

Jutaan kepada pihak penganjur yang memberikan peluang dan ruang ‘meet and greet’ kepada peminat-peminat Zarul Umbrella. Terima kasih juga untuk jemputan khas kepada tim Denaihati Network. Bagi yang nak dengar lagu-lagu Zarul, boleh terus download aplikasi Raku.

Subscribe http://bit.ly/denaihatiTV untuk channel Youtube Denaihati


Spread the love

29 Comments

  1. Syabas buat Denai Hati dapat jayakan masjlis Hi-Tea Zarul Umbrella. Ada peminat dari jauh datang sewa bilik hotel semata nak jumpa ikon ‘Ramalanku Benar Belaka’.

  2. nyampah ngan ko, Kid. tak senyum kat aku. haha.. ngan Eizil pun tak sempat nk say hai. sempat kacau Hj Amir dan Abe Ensem jew. miahahahahah.. alhamdulillah, dapat jam tawaf dlm cabutan bertuah… 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!