Hentikan menghina tragedi MH17

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ketika dunia terutama kaum keluarga mangsa meratapi tragedi Boieng 777 – 200 MH17 ramai juga yang tiada lansung rasa sensitif dengan mempersendakan. Sebahagian kecil orang politik pulak mengambil kesempatan untuk menghentam dan menjatuhkan Kerajaan mengikut selera politik mereka. Ini saat sukar yang harus kita berdiri bersama mengharungi kesusahan bersama. Segala kesukaran adalah kurniaan ALLAH untuk kita menjadi negara yang lebih matang. Kalau Indonesia, Filipina, Jepun, Amerika dan banyak lagi negara di uji dengan bencana alam, Malaysia pun diuji dengan dua kemalangan kapal terbang iaitu MH370 dan MH17 selanh hanya tiga bulan.

Gambar-gambar bangkai pesawat MH17

Paling mengejutkan apabila aku menerima beberapa wassap yang menunjukkan seorang wanita mengecam kapten pesawat MH17 yang katanya penyebab tragedi MH17. Kecaman beliau kepada Kapten MH17 tiada bezanya dengan akhlak buruk gadis peugeot CDM25 yang membuli Pak Cik Sim. Aku tidak dapat membuktikan kesahihan kata-kata kesat Sim Kwang Yung Sim tetapi seandainya benar perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Lebih hina lagi apabila beliau mengutuk amalan puasa Kapten Wan Amran yang dikatakan penyebab tragedi MH17 dan menghina orang Islam pergi ke Masjid.

Sim Kwang Yung Sim menghina MH17

Dunia siber mungkin ramai yang boleh menyamar dengan nama dan gambar Sim Kwang Yung Sim tetapi matlamatnya jelas menghina tidak kira siapa yang menulis. Sim Kwang Yung Sim atau penyamar mesti memohon maaf di atas tulisan yang sangat tidak bermoral. Begitu juga kepada semua keyboard warrior jangan sesekali menyebarkan berita tanpa pengesahan. Tulis apa yang perlu sahaja kerana setiap tulisan kita akan dibaca keluarga mangsa seperti Abang Parlan dan Kak Siah yang pasti akan menyentuh hati mereka. Hari ini hari mereka esok lusa mungkin hari kita dan juga lupa apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat semula.

[box] Terkini : Mengikut The Star akaun Sim Kwang Yung Sim yang lama sudah tidak aktif telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat dan Pn Sim sedang membantu pihak polis membuat penyiasatan [/box]

Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17

Kalau dulu orang kata mata pena lebih tajam dari pedang tetapi zaman IT sekarang keyboard sudah mengambil alih fungsi mata pena. Apabila kita menulis dengan niat tidak baik itu melambangkan akhlak dan keperibadian seseorang yang tiada beza atau mungkin lebih hina dari wanita yang terjerit-jerit ditengah jalan membuli lelaki tua. Jangan kita tambah derita keluarga mangsa dengan analisa angan-angan kita. Lebih baik kita terus berdoa semuga keluarga mangsa diberi kekuatan dan sabar dengan ujian yang sangat berat ini.

gambar kesedihan keluarga mangsa MH17

Yakinlah apa sahaja yang berlaku di atas alam ini biar sekali seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita adalah di bawah takbir ALLAH inikan pula tragedi MH17. Setiap kejadian mungkin buruk di sisi manusia tetapi tidak di sisi ALLAH yang kita akan dapat rasai hikmahnya suatu masa akan datang. Jangan sesekali ada sangkaan buruk pada ALLAH.

[box]Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. – Surah Al Anaam ayat 59 [/box]


Spread the love

473 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!