Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ketika dunia terutama kaum keluarga mangsa meratapi tragedi Boieng 777 – 200 MH17 ramai juga yang tiada lansung rasa sensitif dengan mempersendakan. Sebahagian kecil orang politik pulak mengambil kesempatan untuk menghentam dan menjatuhkan Kerajaan mengikut selera politik mereka. Ini saat sukar yang harus kita berdiri bersama mengharungi kesusahan bersama. Segala kesukaran adalah kurniaan ALLAH untuk kita menjadi negara yang lebih matang. Kalau Indonesia, Filipina, Jepun, Amerika dan banyak lagi negara di uji dengan bencana alam, Malaysia pun diuji dengan dua kemalangan kapal terbang iaitu MH370 dan MH17 selanh hanya tiga bulan.
Gambar-gambar bangkai pesawat MH17
Paling mengejutkan apabila aku menerima beberapa wassap yang menunjukkan seorang wanita mengecam kapten pesawat MH17 yang katanya penyebab tragedi MH17. Kecaman beliau kepada Kapten MH17 tiada bezanya dengan akhlak buruk gadis peugeot CDM25 yang membuli Pak Cik Sim. Aku tidak dapat membuktikan kesahihan kata-kata kesat Sim Kwang Yung Sim tetapi seandainya benar perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Lebih hina lagi apabila beliau mengutuk amalan puasa Kapten Wan Amran yang dikatakan penyebab tragedi MH17 dan menghina orang Islam pergi ke Masjid.
Dunia siber mungkin ramai yang boleh menyamar dengan nama dan gambar Sim Kwang Yung Sim tetapi matlamatnya jelas menghina tidak kira siapa yang menulis. Sim Kwang Yung Sim atau penyamar mesti memohon maaf di atas tulisan yang sangat tidak bermoral. Begitu juga kepada semua keyboard warrior jangan sesekali menyebarkan berita tanpa pengesahan. Tulis apa yang perlu sahaja kerana setiap tulisan kita akan dibaca keluarga mangsa seperti Abang Parlan dan Kak Siah yang pasti akan menyentuh hati mereka. Hari ini hari mereka esok lusa mungkin hari kita dan juga lupa apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat semula.
[box] Terkini : Mengikut The Star akaun Sim Kwang Yung Sim yang lama sudah tidak aktif telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat dan Pn Sim sedang membantu pihak polis membuat penyiasatan [/box]
Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17
Kalau dulu orang kata mata pena lebih tajam dari pedang tetapi zaman IT sekarang keyboard sudah mengambil alih fungsi mata pena. Apabila kita menulis dengan niat tidak baik itu melambangkan akhlak dan keperibadian seseorang yang tiada beza atau mungkin lebih hina dari wanita yang terjerit-jerit ditengah jalan membuli lelaki tua. Jangan kita tambah derita keluarga mangsa dengan analisa angan-angan kita. Lebih baik kita terus berdoa semuga keluarga mangsa diberi kekuatan dan sabar dengan ujian yang sangat berat ini.
Yakinlah apa sahaja yang berlaku di atas alam ini biar sekali seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita adalah di bawah takbir ALLAH inikan pula tragedi MH17. Setiap kejadian mungkin buruk di sisi manusia tetapi tidak di sisi ALLAH yang kita akan dapat rasai hikmahnya suatu masa akan datang. Jangan sesekali ada sangkaan buruk pada ALLAH.
[box]Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. – Surah Al Anaam ayat 59 [/box]
473 Comments
rasanya sedih juga melihat orang berbuat seperti ini sebuah musibah dijadikan mainan
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
paling menyedihkan bila ada bangsa barat memakai costume seperti mangsa mh17 pada hari haloween
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sehinggah ke hari ini masih ada yang cuba mempermainkan tragedi mh17. sedih bila tengok
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sekarang ramai manusia yang nak jadi keyboard warrior -_- suka sangat nak bash sana bash sini pahtu hack apa semua. dieorang tak tahu ke kata kata dia tu menyakitkan hati ramai pihat terutamanya ahli keluarga.
Curahan rasa ayufrhna @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
mereka ni kadang2 tak tahu menghormati perasaan orang lain yang dlm kesedihan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Ramai yang suka jadi keyboard warrior sekarang ni…menghentam tanpa ada fakta yang kukuh..sesuka hati bercakap tanpa fikir apa yg dikatakan tu boleh mengguris hati orang lain..
Curahan rasa nord @ ..Masih Belum Kurus?
mereka tak rasa apa yang keluarga mangsa rasa. tak ada perasaan langsung
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ramai sebenarnya orang yang sakit jiwa di facebook, twitter dan seangkatan dengannya.. mentang-mentanglah cakap belakang, berani sangat keluarkan kata-kata macam ni.. cuba depan-depan, ada berani?
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
tu namanye keyboard warrior..memang ramai pahlawan-pahlawan keyboard sekarang ni..cakap kemain..tapi habuk pun takde..huhuh
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kerja mereka ni hanya mencari kesalah orang dan taip sesuka hati. tah apa apa
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kan? dalam fb je berani bila di luar takut. bila dikenakan tindakan mula nak tutup akaun fb
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Semoga semua roh penumpang tragedi MH17 ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
amin.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan mengurniakan ganjaran yang besar buat kepada ahli keluarga mereka yang sabar dan percaya pada qada qadar
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Semoga keluarga mangsa tabah dengan dugaan yang menimpa…semoga mereka kuat…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
sampai ke situ sekali dia kaitkan semata-mata nak memburuk-burukkan umat islam dalam tragedi ni… apa dia ingat ajal maut tu kita boleh hidu ke? Apapuntakboleh -_-
Curahan rasa Azri Johan @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
ada jugak mulut-mulut takde insuran yang menghina atau mempersendakan bab-bab kematian..apa nak jadi la..kalau kena batang hidung sendiri…baru tahu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
ni kalau lah rakyat malaysia jenis tak bersabar, dah lama orang ni kena cari beramai-ramai.. biar dia insaf
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
kadang-kadang rasa mereka yang dengan pantas nak salah kan org lain tanpa mengetahui keadaan sebenar tiada perasaan kemanusiaan dan bukan manusia yang perihatin pada nasib orang lain
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
inilah jenis orang yang berhati busuk.. kalau tak, mesti dia tak keluarkan kata-kata macam ni
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
mereka ni tak berfkir secara positif. selalu nak cari kesalahan orang
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ingat kerja pilot nie mudah walaupun mereka sudah di latih sebaik mungkin tapi bila berlaku kemalangan memang luar tugasan mereka
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
yep. tak ada sesiapa yang nak benda mcm ni jadi jadi tak perlu lah menghina
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kadang-kadang tak faham dengan sikap sesetengah dari kita yang menuding jari pada org lain sedangkan tak ada siapa mintak jd begitu
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Tidak baik mereka menghina Pilot yang tidak bersalah tu. Takdir Allah tiada siapa boleh ubah…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
orang yang menghina tu memang otak letak kat siku…tu yang cakap ikut sedap je..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
mereka update status tanpa berfikir tentang perasaan keluarga mangsa yang terlibat
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhi perbuatan semacam ini karena sangat tidak berakhlak
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Dengar khabar Perkeso akan membayar pampasan terhadap mangsa. Itulah yang sepatutnya kerajaan lakukan. Pasti ramai yang berpuas hati dan berterima kasih jika Perkeso membayarnya. Tapi ini mengurangkan kesedihan yang keluarga MH17 alami.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Kita tidak boleh salahkan kerajaan ataupun MAS, mereka lakukan apa yang terdaya. Tragedi ini berlaku di luar negara yang jauh daripada negara yang aman. Ia berlaku di sempadan Rusia dan Ukraine. Kawasan bergolak dengan perperangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Comments are closed.