Hati Seorang Pengantin

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman menjadi seorang pengantin memang suatu pengalaman yang sangat unik. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang sudah baru menjadi pengantin seperti Ariff Shah, Yuyu Zulaikha dan Yana Yassin. Seribu satu perasaan kepada yang bakal menjadi pengantin bila nikah menjadi mahal maka zina jadi murah.

18.Wedding_Holding wedding in front of the blue ocean

Aku dulu ketika nak kahwin memang susah jadi tak ada pilihan selain buat pinjaman. Berapa ramai pasangan yang senasib dengan aku terpaksa buat pinjaman koperasi dan bank untuk berkahwin. Jangan terkejut ada juga yang pinjam ahlong demi sebuah perkahwinan. Aku terpaksa berjuang sehingga anak yang ke tiga untuk selesai hutang koperasi. Berapa ramai dikalangan pasangan suami isteri yang bergelumang hutang kahwin sehingga anak besar.

[box type=”shadow”]“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” – Surah An-Nahl 16; Ayat 72 

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
[/box]

Perkahwinan sekarang sudah menjadi majlis mewah kerana terikut-ikut kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti idola kepada masyarakat. Perkahwinan bukan lagi ibadah sebagai permulaan sebuah kehidupan keluarga untuk melahirkan anak cucu cicit dan keturunan yang soleh dan soleha. Permulaan perkahwinan yang tidak mengikut cara agama telah mencipta suami isteri yang tidak ikut syarak sehingga melahirkan anak-anak yang tidak malu menipu ibu bapa.

Video Perasaan Hati Seorang Pengantin

Ramai yang rasa malu apabila tidak dapat mempersembahkan majlis perkahwinan yang besar gilang gemilang. Desakan masyarakat yang lebih kepada ke dunia menyebabkan bakal pengantin berusaha siang dan malam mencari modal perbelanjaan. Tidak cukup kad kredit maka bank menjadi sandaran untuk mendapat modal untuk majlis besar besaran. Bukan semua pasangan yang mempunyai kemudahaan kad kredit dan bukan semua yang layak membuat pinjaman dan dengan ilmu agama yang sedikit menyebabkan ramai pasangan terjerumus dengan zina. Hati seorang pengantin sekarang memang sangat mencabar dengan pandangan dunia yang melebihi daripada pandangan akhirat.

[box type=”shadow”]“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Surah An-Nuur 24; Ayat 32 

Ketahui Sikap Sebenar Pasangan Anda!
[/box]

Kongsikan pengalaman anda sebagai seorang pengantin.


Spread the love

146 Comments

  1. Bila tak cantik ni, mesti kahwin lambat. Contoh yang saya bagi adalah diri saya sendiri. Dengan penuh segala kekurangan dalam diri. siapa lah yang akan menerima saya seadanya. Sudah pasti saat umur sudah menjangkau 20 an dan 30 an jiran tetangga akan sibuk bertanyakan soalan soalan sedemikian. Sampai hari ini saya masih memikirkan apa jawapan yang sesuai untuk soalan tersebut.
    Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..BAHASA MELAYU BAHASA MUNDURMy Profile

  2. Sekarang ini peranan media sangat mempengaruhi minda setiap orang. Di tv dan akhbar disiarkan majlis2 perkahwinan mewah dan gah. Di media sosial juga dipaparkan gambar2 perkahwinan yg pasti menggoda bakal2 pengantin dan juga seluruh ahli keluarga. Perasaan malu apabila tidak berkemampuan… ini membuatkan majlis perkahwinan bukan sekadar utk meraikan tetapi menjadi satu tontonan dan perbandingan. Akhirnya menjerat diri dengan bebanan hutang…
    Mujurlah aku kahwin dulu, segalanya murah…dan dibuat secara sederhana sahaja. RM8,000 cukup segala2nya termasuk hantaran/maskawin dan kenduri dikedua2 belah pihak…
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai PelangiMy Profile

  3. Jujurnya, keadaan PG ketika ingin mendirikan rumahtangga dahulu, agak sama sedikit seperti denaihati. Niat cuma ingin membantu meringankan beban bakal suami. PG percaya, jika kita ikhlas, inshaAllah, rezeki selepas kahwin itu ada. Cuma, kalau boleh, pesanan buat mereka yang belum bernikah kahwin, atau buat mereka si bakal pengantin, cubalah untuk menyimpan kewangan sendiri sebelum mendirikan rumahtangga. Pasti itu lebih menyeronokan sebenarnya, dari membayar hutang hanya kerana sebuah perkahwinan.
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  4. sejak saya masuk universiti memang aura alam perkahwinan sangat positif dikalangan pelajar-pelajar. Yang ni nak kawin yang tu nak kawin tapi masalah utama adalah kewangan sebab masing-masing masih belajar.

  5. kalau dengar video ni memang kelakar. Tapi saya faham dengan perasaan seseorang yang ingin mendirikan rumah tangga tanpa ada masalah terutamanya melibatkan kewangan. Dan saya berharap dapat mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.
    Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze RunnerMy Profile

  6. Ye, kadangkala desakan keluarga dan rasa nak bermegah dengan trend masyarakat nak jadikan perkahwinan gilang gemilang. Sedangkan semua tu hanyalah harus. Yang wajib nanti adalah masa beri nafkah dah kahwin nanti. Apa erti majlis gilang gemilang jika selepas kahwin, suami jadi susah nak bayar hutang. Tak pelik kalau kemudian hari suami jadi papa kedana takda duit cukup nak bayar nafkah sepenuhnya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!