Hati Seorang Madu

Spread the love

Assalamualaikum,

Terimakasih kepada tuan rumah denaihati.com kerana memberi keizinan buat ku mencoretkan segala apa yang tersimpan di sanubari, pada mulanya ingin berkongsi di blog sweetkurma.com, tapi pihak sweetkurma menyarankan agar aku melahirkan apa yang tersimpan selama ini di blog denaihati….

Adam dan Hawa
Hati Seorang Madu

Aku sangat suka dengan lirik lagu nyanyian nora “dendam dalam diam”, ianya menggambarkan hati seorang madu, bukan hanya untuk isteri pertama tapi mungkin juga buat isteri ke dua, ke tiga dan ke empat…..

[box type=”shadow”]

Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku

Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah

Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar

Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
[/box]

Lagu ini menggambarkan dendam yang tersirat seorang isteri yang dimadu atau bermadu,  orang di luar sana sering beranggapan isteri pertama sahaja yang akan merasa sengsaranya hidup di madu, sebenarnya isteri kedua juga ada tahap ke sengsaraannya tersendiri sebagai bermadu, cuma siapa yang simpati dengan sengsara yang ditanggung oleh isteri ke dua? sebab segala tomahan lebih banyak dilemparkan kepada isteri kedua yang biasa di gelar sebagai “perampas”….

airmata menjadi peneman setia sepanjang mendidik hati agar "ikhlas" menerima takdir Ilahi
airmata menjadi peneman setia sepanjang mendidik hati agar “ikhlas” menerima takdir Ilahi

Walau sengsara macam mana sekali pun pada peringkat permulaan, sebagai isteri ke dua, aku tidak membiarkan ianya berlarutan, aku mula belajar menerima hakikat sebenar tentang “jodoh” dan juga ketentuan Ilahi buat diriku, aku didik rohani dan jasmani agar menerima segala ketentuan Ilahi, menerima dengan penuh ikhlas, bila datang ikhlas baru lah hilang “dendam” dan melupakan segala janji2 manis yang dihulurkan sebelum ikatan perkahwinan di mana tidak dapat dilaksanakan setelah berkahwin, sebab dia (suami) juga insan biasa yang punya kelemahannya tersendiri…

Berbelas tahun melayari hidup sebagai isteri ke dua bukan sesuatu yang mudah tapi ianya boleh dijalani dengan penuh nikmat jika kita meletakkan diri sebagai seorang hambaNya yang bersyukur atas takdir dan ketentuanNya….

Bagaimana dan macam mana, ianya bermula?

Bagaimana dan macam mana, aku melayarinya?

Bagaimana dan macam mana, akhirnya aku dapat menikmati kemanisan bermadu?

Bagaimana dan macam mana, kemanisan yang ku nikmati, ada ketika di salah erti? entah sampai bila?

InshaAllah, jika di beri peluang oleh tuan rumah, aku akan terus menulis, dengan niat untuk berkongsi sesuatu yang tidak ada pada kebanyakkan orang, sesungguhnya setiap apa yang dibolehkan oleh Allah ada segala rahsia hikmah yang tersembunyi….

Tiada niat untuk aibkan sesiapa pun, hendaknya suami, maduku dan juga diriku, apa yang dipaparkan adalah suatu kisah yang mungkin boleh diambil kira atau sebagai pengajaran bagi yang betul2 memerlukan, untuk meraih simpati sekali kali tidak…. ini adalah HATI SEORANG MADU….!

Tunggu kisah selanjutnya…..

Wassalam


Spread the love

103 Comments

  1. bercakap soal madu ini agak sensitif,.kerana ia berkaitan perasaan yang di madu kan..tidak dapat di nayangkan bagaimana rasa terluka itu…
    cerita hidupku amat pahit…ia berkaitan keluarga,dan terlalu peribadi untuk di kongsikan..namun ketahuilah bahawa diri ini telah kehilangan ibu serta adik beradik akibat dari di madukan oleh lelaki itu…
    memang madu itu manis bagi lelaki..pahit bg wanita tetapi akan jadi manis di akhirat..payung emas buat yg dredha di madu,..
    Al Fatihah buat ibu serta adik-adikku..damailah di sana..keperitan kalian di dunia ini telah terhenti,Allah sayangkan kalian..
    kemalangan 2004 yg di alami ibu serta adik2 masih membuatku trauma
    Curahan rasa ohpilihanku @ ..Mengimbau Kembali Tragedi Pondok Pak YaMy Profile

  2. Lagu dari Nora sangat sedap dan memang feel. Kebanyak perempuan amat tidak gemar dan fobia dengan perkataan madu kerana takut kehilangan kasih sayang dari semua. Semuanya bergantung kepada suami untuk menjaga isteri yang ada dengan lebih baik agar isteri lebih percaya di mana suami mampu membahagikan kasih sayang di antara madu yang lain nanti
    Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze RunnerMy Profile

  3. Isu bermadu ni, kalau bincang, sampai bila pun takkan selesai.

    Tetapi kesimpulannya:

    1. daripada suami curang, lebih baik dia berpoligami.
    2. kalau suami memang adil, jangan sewenang-wenangnya poligami jadi alasan isteri untuk mintak cerai, kerana ia dikategori sebagai minta cerai tanpa sebab munasabah.
    3. suami kalau jenis berkongsi belanja dengan isteri, masih belum dikira mampu.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  4. Aku tak tahu apa ukuran lelaki hari ini untuk berpoligami…memang ia tak salah dan dibenarkan dalam Islam…tapi adakah niat kita betul….sebab aku dah tengok depan mata aku…bagaimana sebuah keluarga jadi huru hara dek kerana poligami…anak anak terbiar….ada yang tercicir pelajaran, malah ada yang tak sempat tamatkan persekolahan pun ada.

    Soal nafkah aku malas nak cerita..tetapi si bini tua terpaksa bekerja.,.si suami pula bukan setakat kahwin dua, ingatkan tiga, rupanya empat…

    Aku tumpang merasa sedih dan kesian kepada anak anak…dan ada salah seorang anak nya pernah tinggal sekali dengan keluarga aku..dan aku anggap dia macam adik aku…adik angkat la…
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling KejamMy Profile

      1. Tapi, kekadang perpecahan rumah tangga juga berlaku kerana perempuan terlalu berkeras kepala. Kadangkala suami tak bermasalah, tapi perempuan yang memberi kata dua kepada si suami.

        Kalau suami yang buat hal tak bagi nafkah, itu memang zalim la.
        Tapi bagi yang suami tetap bagi nafkah dan bersikap adil, perempuan perlulah belajar redha.

        Memanglah pahit, tetapi bukankah Allah janjikan ganjaran besar? Bimbang kalau Allah cop kita derhaka jika mohon cerai hanya sebab suami berpoligami, bukan kerana ketidak-adilannya.
        Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  5. Salam..bole x akk kongsikn pengalaman akk..sbb sy masih dlm p’timbangan utk menjadi isteri ke 2..wife die mmg dh izinkn tp sy msih was2..bkn ape..kite kn same2 wanita…dlm keizinan yg diberi..x mustahil akn dtg iri hati jgak dr diri die..pd sy,sy dh menerima die mcm kakak sy..ank die mcm ank sy malah dipanggil ‘ibu’ walaupun lom jmpe..die jgak akn teringat sy klo ade org call baba die,die akn tnye ‘baba..ibu ye baba..ibu ye..’ sbb dh lme kami x berbual di telefon…jd…sy nk mtk nasihat dr akk..tq..

    1. Pada yg nk bermadu atau dimadu.fikir baik2…masa depan..my sis ade 2 org bermadu.dua2 tk ok …mula2 redha snggup pinangkan.lame2 jahanam…jnji tinggal jnji.nafkah terabai….fikir baik2….

  6. Aku rasa tidak adil klu aku menyokong mana pihak…..di yakini atau tidak…pulohan tahun dulu …semasa dlm keretapi menuju port dickson…seorang makcik…membaca urat tangan aku…kau brbini dua nak…tapi tak lama…aku tengaga….selepas tu selang beberapa tahun kemudian…seorang pakcik di sarawak setelah berbual dg senior aku..dia akan pakai sarjan kelak…sambil melihat kearah aku….sedang kn aku pada asas nyer…10 tahun service pon belum tau cukup ketidak….rasa nk cabut jer…masa trus berlalu….aku dapat STAFF SARJAN….tapi di ikhtiraf SARJAN sahaja…sbb tak cukup syarat….kemudian pada +-40 thn aku bersara wajib…kerja JAGA HOTEL…eh…tau tau ader yg minat kat aku… ajak kawin…aku kater tak ader duit…tak per dia ader…aku dah ader bini…islam bolih kawin 4…aku kater dah ader anak….dia kater dia juga ader anak….sama saja jaga…last last kawin….tapi kerana satu sebab yg tak dapat dielak kn…akhir nyer kami berpisah cara baik….aper yg aku nk sampaikn….segala nyer telah ditentukan….tak payah bersedih…tak payah merungut….trima lah seadanyar …pasti kau kn bahagia…ikut hati mati…itu kater orang tua….

  7. Hidup dalam keluarga yang berpoligami sangat menyesakkan bayangkan hati semua pihak akan terluka walaupun si suami cuba mengelakkan ia daripada berlaku. saya anak daripada isteri pertama saya akui jiwa saya sangat benci akan wanita yang merampas seumpama parasit ini. Niat asal hanya ingin menumpang kasih tapi hakikatnya mahu menguasai keseluruhan isi-isinya. ingatlah kaum lelaki jika tidak mampu lepaskan salah satu jangan diseksa perasaan orang lain hanya kerana keegoan diri. Bayangkan anda di tempat mereka apakah perasaan anda bila dicurangi kasihnya? si isteri umpama hamba yang berkerja untuk keluarga tapi layanan yang di terima seumpama sampah yang hina tiada nilai belas walaupun setitis kasih .

  8. Jgn salah lelaki sahaja.. Klu bertepuk sebelah tgn tkkn berbunyi.. Tkkn terjadi bermadu itu selain mmg dh Qada dan Qadar dari Allah… Kena hadapi dgn ikhlas.. Ambil suami org.. Kena terima hakikat share.. Isteri yg bermadu Dan redha.. InshaAlah Allah akn diberikan payung emas diakhirat.

  9. Jgn salah lelaki sahaja.. Klu bertepuk sebelah tgn tkkn nerbunyi.. Kena hadapi dgn ikhlas.. Ambil suami org.. Kena teria hakikat share.. Isteri yg bermadu Dan redha.. InshaAlah Allah akn berikan payung emas diakhirat.

  10. …sama la saudari..sya jga sorang madu..Alhamdullillah..akhirnya ada jga ssorang y tampil berani mnceritakan hal sebenarnya..seorang madu itu bknnya bahagia..byak dugaan y trpaksa d terima..hnya Allah itu tahu..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!