Hati-Hati Dengan Hidden Links Bila Menggunakan Plugin

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“ dan “Jadi Blogger Syok Sendiri Pun Kadang-Kadang Tak Boleh“. Ada tip blogging terbaik yang dikongsikan kali ini joom baca :

WordPress plugin memudahkan kerja kita, tapi pada masa yang sama boleh menjadi perosak kepada blog kita. Satu benda yang perlu kita berikan sepenuh perhatian adalah hidden link, atau link yang disembunyikan daripada pandangan mata kasar.

Implikasi Negatif Hidden Links

Apa yang berlaku sekiranya Google mengesan terdapat hidden link di blog kita?

Pertama, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut telah digodam dan kod-kod berbahaya telah dimasukkan ke dalam laman tersebut. Dengan ini, mereka boleh menghalang pengguna dari Google Search untuk memasuki laman tersebut untuk menjaga keselamatan pengguna mereka. Sebagai enjin carian terbesar, mereka tidak mahu menghantar pengguna mereka ke laman yang berkemungkinan akan menyebabkan pengguna terkena serangan malware atau spam.

Kedua, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut menjual backlinks dan cuba untuk ‘mempermainkan’ sistem mereka. Pertukaran link sebenarnya hanya digalakkan sekiranya link yang kita letakkan tu berkaitan dengan website kita, itu cara yang paling betul. Backlink & anchor text yang berkaitan akan menguatkan lagi kedudukan laman kita di search engine untuk keyword yang digunakan.

Implikasi tetap sama. Laman boleh dikeluarkan dari keputusan Google Search dan kelebihan PageRank pun boleh dikurangkan. Kadang-kadang kalau PageRank tiba-tiba jatuh mendadak tu, perkara seperti inilah yang menjadi sebab utama.

Hidden Links tu Macam Mana?

Biasanya hidden links ni disorok menggunakan CSS. Mereka boleh menggunakan warna teks yang sama dengan background atau menggunakan tag <div>. Kedua-duanya boleh dikesan oleh Google. Teknologi dan infrastruktur mereka yang bernilai jutaan dollar boleh mengesan benda ni. Apakah anda fikir dengan pengetahuan CSS level rendah anda tu dah boleh menipu engineer dan pemegang Phd. yang bekerja di Google?

Easy Mashable Social Bar

Baru-baru ni dunia blog dikecohkan dengan social bar yang diinspirasikan daripada laman Mashable. Memang lawa. Saya pun ada tulis tutorial untuk sidebar widget tersebut dan ada pihak lain telah mengeluarkan plugin untuk widget tersebut. Saya berasa amat bangga kerana plugin itu dikeluarkan oleh anak tempatan kita sendiri. Pelan jangkamasa panjang saya untuk mengeluarkan plugin sendiri untuk widget tersebut telah berkubur.

Kelebihan utama kepada pengeluar widget ialah, mereka boleh meminta untuk backlink mereka dipaparkan. Selain tu, pengeluar plugin juga akan menerima plugin berprofil tinggi daripada WordPress.org. Pada saya itu sudah memadai dan cukup kuat, berbaloi dengan usaha yang telah kita curahkan.

Tapi biasalah, disebabkan kita tak diajar sifat profesionalisme di mana-mana, pengeluar plugin tadi (InspiredMagz) telah melangkah dengan lebih jauh dengan meletakkan link tersembunyi pada widget mereka menggunakan CSS.

Pada saya apa yang mereka lakukan ni agak kurang ajar dan tak profesional langsung.

Kod yang digunakan untuk membina social bar tersebut. Saya dah tag kod yang mempunyai hidden link. Biasanya link yang diletakkan dalam <div> yang mempunyai style height = 0 adalah hidden. Link tu kita tak nampak, tapi wujud.

Takde alasan munasabah yang boleh diterima. Kalau mereka tak tahu ini adalah hidden link, mustahil boleh hasilkan plugin sendiri. Terang-terangan hidden link tersebut sengaja diletak untuk kepentingan mereka.

Tindakan Anda

Kepada yang memerlukan versi plugin ini tanpa hidden link, anda boleh dapatkannya di sini. Sila ambil tindakan secepat mungkin sebelum laman anda mendapat penalti daripada pihak Google.


Spread the love

175 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!