Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“ dan “Jadi Blogger Syok Sendiri Pun Kadang-Kadang Tak Boleh“. Ada tip blogging terbaik yang dikongsikan kali ini joom baca :
WordPress plugin memudahkan kerja kita, tapi pada masa yang sama boleh menjadi perosak kepada blog kita. Satu benda yang perlu kita berikan sepenuh perhatian adalah hidden link, atau link yang disembunyikan daripada pandangan mata kasar.
Implikasi Negatif Hidden Links
Apa yang berlaku sekiranya Google mengesan terdapat hidden link di blog kita?
Pertama, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut telah digodam dan kod-kod berbahaya telah dimasukkan ke dalam laman tersebut. Dengan ini, mereka boleh menghalang pengguna dari Google Search untuk memasuki laman tersebut untuk menjaga keselamatan pengguna mereka. Sebagai enjin carian terbesar, mereka tidak mahu menghantar pengguna mereka ke laman yang berkemungkinan akan menyebabkan pengguna terkena serangan malware atau spam.
Kedua, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut menjual backlinks dan cuba untuk ‘mempermainkan’ sistem mereka. Pertukaran link sebenarnya hanya digalakkan sekiranya link yang kita letakkan tu berkaitan dengan website kita, itu cara yang paling betul. Backlink & anchor text yang berkaitan akan menguatkan lagi kedudukan laman kita di search engine untuk keyword yang digunakan.
Implikasi tetap sama. Laman boleh dikeluarkan dari keputusan Google Search dan kelebihan PageRank pun boleh dikurangkan. Kadang-kadang kalau PageRank tiba-tiba jatuh mendadak tu, perkara seperti inilah yang menjadi sebab utama.
Hidden Links tu Macam Mana?
Biasanya hidden links ni disorok menggunakan CSS. Mereka boleh menggunakan warna teks yang sama dengan background atau menggunakan tag <div>. Kedua-duanya boleh dikesan oleh Google. Teknologi dan infrastruktur mereka yang bernilai jutaan dollar boleh mengesan benda ni. Apakah anda fikir dengan pengetahuan CSS level rendah anda tu dah boleh menipu engineer dan pemegang Phd. yang bekerja di Google?
Easy Mashable Social Bar
Baru-baru ni dunia blog dikecohkan dengan social bar yang diinspirasikan daripada laman Mashable. Memang lawa. Saya pun ada tulis tutorial untuk sidebar widget tersebut dan ada pihak lain telah mengeluarkan plugin untuk widget tersebut. Saya berasa amat bangga kerana plugin itu dikeluarkan oleh anak tempatan kita sendiri. Pelan jangkamasa panjang saya untuk mengeluarkan plugin sendiri untuk widget tersebut telah berkubur.
Kelebihan utama kepada pengeluar widget ialah, mereka boleh meminta untuk backlink mereka dipaparkan. Selain tu, pengeluar plugin juga akan menerima plugin berprofil tinggi daripada WordPress.org. Pada saya itu sudah memadai dan cukup kuat, berbaloi dengan usaha yang telah kita curahkan.
Tapi biasalah, disebabkan kita tak diajar sifat profesionalisme di mana-mana, pengeluar plugin tadi (InspiredMagz) telah melangkah dengan lebih jauh dengan meletakkan link tersembunyi pada widget mereka menggunakan CSS.
Pada saya apa yang mereka lakukan ni agak kurang ajar dan tak profesional langsung.
Kod yang digunakan untuk membina social bar tersebut. Saya dah tag kod yang mempunyai hidden link. Biasanya link yang diletakkan dalam <div> yang mempunyai style height = 0 adalah hidden. Link tu kita tak nampak, tapi wujud.
Takde alasan munasabah yang boleh diterima. Kalau mereka tak tahu ini adalah hidden link, mustahil boleh hasilkan plugin sendiri. Terang-terangan hidden link tersebut sengaja diletak untuk kepentingan mereka.
Tindakan Anda
Kepada yang memerlukan versi plugin ini tanpa hidden link, anda boleh dapatkannya di sini. Sila ambil tindakan secepat mungkin sebelum laman anda mendapat penalti daripada pihak Google.
175 Comments
hmmm, aritu dah buang kot sebab edit balik plugin ni sebenarnya..
Curahan rasa azrijohan @ ..10 Kawasan Rahsia Dalam Google Maps
Terima kasih informasinya.. sai pakai html, jadi tidak pakai plug in.. ada kemungkinan gak terdapat hidden link di web sai
terima kasih
ini urlnya http://www.tabitaskincare.net
ni la kerja org yang nak berjaya cepat tanpa nak usaha lebih
Trimakasih infonya 🙂 sangat berguna cuman saya masih pake mesin blogcepot 🙂
Curahan rasa Gedek @ ..Redirect Broken Link Dengan Fitur Blogger Terbaru (SEO On Page)
sudah saya periksa, alhamdulillah tidak ada….
Curahan rasa Dadan @ ..Seratus Hari Ngeblog
Bagus lah kalau macam tu
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
eh.. jap.. ariff, kalo yang dari freaky camne pulak? sbb saya tgh gunakan plugin tu seleas inspiredmagz pnye akaun dah kena ban
Curahan rasa muazfaris @ ..Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012
erkkk… baru baca entry ni, mmg pakai plugin yg disebutkan… 🙁
Curahan rasa zie fauzi @ ..Tak Dapat Buah, Dapat Airnya Pun Jadi..
hoho..kantoi bodoh aje diorang ni ye..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Super Spontan – Daphne Iking turut serta dalam rancangan baru Astro – 30 Mac 2012
bukan bodoh lagi bro, tapi curang sangat…
Curahan rasa Dadan @ ..Seratus Hari Ngeblog
Plugin ni aku yang namakan untuk inspiredmagz … tak sangka boleh popular mcm ni.
Curahan rasa Kodet Froyo @ ..English Oral Test
inspiredmagz apa tu?
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Google memang sangat teliti sekali. Tidak menyangka widget tsb lumayan berbahaya.
Curahan rasa Citayam Factory @ ..Dari Temen Jadi Demen
Nice info nich, ilmu ku jadi lebih banyak.
Terima kasih Denai Hati.
Curahan rasa salsabila @ ..Best Perfume For Men
betul bro salsabila, ilmu kita bertambah lagi dengan entri ini…
Curahan rasa Dadan @ ..Seratus Hari Ngeblog
wow..bahaya gak hidden link ney..
Curahan rasa akhiyy @ ..Keburukan soya
katanya bahaya sekali, blog kita bisa kena banned…
Curahan rasa Dadan @ ..Seratus Hari Ngeblog
salam..
pencipta widget tu nak kredit
cara iframe rupanya..trafik
masuk ke blog dia la tu kan?
Curahan rasa zulkbo @ ..Antara Misi Jabatan – Piagam Pelanggan – Nasihat Kakitangan : Wordless Wednesday
ngomong2 siapa tuh yang ciptakan widget ini…
Curahan rasa Dadan @ ..Seratus Hari Ngeblog
cara yang curang tuk dapatkan backlink…
Curahan rasa Dadan @ ..Seratus Hari Ngeblog
Tu semua tactic tu, dia bagi dia dapat juga. Konon-konon win-win situation lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
info yang sangat2 berguna..tak sedar pula..sebelum ni saya ada guna widget ni tapi sebab rasa macam berat..saya buang..nak kena cek satu2 la plugin kalau begini..
Curahan rasa Naziman @ ..Cara betulkan skrin terbalik di laptop
info yang sangat berguna nie…kena lebih berhati-hati lepas nie,,,
Curahan rasa hatiputera @ ..TRIP LELAKI KACAK KE MELAKA
Ya Mas Harus lebih berhati-hati sekarang.
Curahan rasa salsabila @ ..Best Perfumes For Women
Comments are closed.