Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, suka rasa hati melihat kejayaan rakan-rakan blogger terutama blogger lelaki generasi baru. Antara blogger lelaki yang paling ngetop sekarang adalah Hasrul Hassan lelaki kacak dari Nibong Tebal. Kalau mengikut URLScore blog Hasrulhassan.com baru berusia 2 tahun 10 bulan dengan nilai USD220,320.00. Memang hebat blog Hasrulhassaan.com yang telah lama mengambil alih kedudukan blog Denaihati sebagai blog peribadi no satu Malaysia mengikut Alexa Ranking.

Abang Ensem juga pakar SEO

Kejayaan Hasrul Hassan bukan datang bergolek tetapi dengan kerja kuat dan istiqamah mungkin belajar dari Blogger paling ensem di Malaysia Abangensem.com yang telah menguasai banyak keywords lucah di Google. Yang ini memang aku pelik macam manalah sebuah pakar hartanah dengan tulis-tulisan hebat tentang hartanah di blog dan majalah boleh menguasi keywords seperti “awek cun” dan “cerita lucah”. Ramai blogger sedang berusaha mencongkel kehebatan ilmu SEO dari Abang Ensem tetapi beliau yang baru menang anugerah “MSMW Best Business Blog 2014” sangat keberatan untuk berkongsi rahsia SEO tersebut.

Aku pasti Abang Ensem banyak memberi inspirasi kepada Hasrul Hassan bukan sahaja kepakaran SEO malah teknik kegedikan berkongsi ilmu hartanah di Facebook sehingga menarik beratus-ratus like. Aku yakin 2014 adalah tahun Hasrul Hassan yang akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mendapat berbagai anugerah blog seperti Abang Ensem.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Pakar SEO Malaysia

Memang tidak dapat dinafikan lagi kalau sebut blog blogspot makanya Hasrul Hassan akan menjadi sumber inspirasi dan rujukan. Aku sendiri apabila mendapat pertanyaan masalah blog blogspot akan terus merujuk kepada Hasrul Hassan. Ilmu blogspot aku sudah semakin karat jadi biarlah yang pakar menjawab supaya terungkai segala masalah. Lagi pun bukan mudah nak mencari blogger yang mahir dengan selok belok blog platform blogspot kerana ramai yang pakar telah berhijrah ke wordpress. Aku memang tabik dengan kehebatan Hasrul Hassan yang dapat membina jenama dengan blog blogspot Hasrulhassan.com.

Pakar SEO Malaysia
Hasrul Hassan Pakar Seo Malaysia

Aku memang mengikuti kebanyakan tulisan Hasrul terutama yang berkaitan dengan tips blogging. Paling hebat ilmu SEO yang dikongsikan dan paling penting diamalkan dalam setiap penulisan beliau. Dengan kepakaran ilmu SEO banyak kata kunci telah dikuasai oleh blog Hasrulhassan.com sehingga melonjakkan trafik setiap hari. Ini sangat jelas apabila alexa ranking blog ini meningkat setiap hari dan tidak mustahil akan melepasi ranking Malaysia bawah 100 sedikit masa lagi. Memang tidak rugi beliau memilih kerjaya sebagai seorang Blogger Profesional yang semakin mendapat perhatian.

Tips Menjadi Pakar SEO

Aku menulis cerita kejayaan Blogger Hasrul Hassan bukanlah sebab nama ayah dia sama dengan nama ayah aku. Kami buka adik beradik tetapi sahabat blogger yang mempunyai rasa hati dan cita-cita untuk berjaya yang sama. Nak jadi pakar SEO Malaysia seperti Hasrul Hassan buka susah hanya perlu mengikut tips SEO yang diajar dan paling penting amalkan dalam penulisan blog. Setakat teori SEO melambak tetapi tidak dipaktiskan dalam penulisan memang tiada maknanya dan jangan harap nak jadi Blogger berjaya seperti Abang Ensem dan Hasrul Hassan. Selain itu ilmu pakar SEO boleh dipelajari dariTeknik Merah Jambu Titan dan paling bagus berguru dengan Sifu SEO Malaysia, Blogger Eizil.

Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Kehebatan Hasrul Hassan bukan sahaja penulisan dan teknik SEO tetapi penjenamaan diTwitterFacebook dan Google Plus jadi kalau belum follow cepat-cepat klik link tersebut. Banyak perkongsian tips SEO dan Blogging di sosial media yang boleh membantu kita menjadi penulis yang lebih baik. Memang betul kata sifu aku kalau nak berjaya kena cari seorang mentor dan duplikasi cara mentor itu berkerja.

Selamat maju jaya kepada Hasrul Hassan. Kepada yang belum pernah kenal Top Blogger Malaysia yang menjadi idaman kalbu ramai blogger wanita Malaysia yang ramai menggunakan blogspot apa lagi jom terjah Hasrulhassan.com. Inilah rupanya rahsia kenapa blogger awek cun Malaysia sudah menjauhkan diri dari blog Abangensem sehingga seminarnya hanya dihadiri balaks sahaja.

Jadi apa pandangan ikhlas rakan blogger pada Blogger Hasrul Hassan?


Spread the love

540 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!