Harga Gula dan RON97 naik apa kisah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa kecik dulu aku memang banyak minum air kosong berbanding air manis. Ketika belajar di U dulu pulak selalu jadi food taster untuk produk kopi dan teh yang memang tak letak walaupun sebiji gula. Dah berpuluh tahun memang aku minum teh, kopi, milo, nescafe dan sebagainya tanpa gula.

Minum di Starbucks, Secret Recipe, Coffee House hotel, Mc Donald juga gerai tepi jalan pun aku tak letak gula. Jadi bagi aku tak kisah lansung bila harga gula naik. Di rumah nak abiskan 1kg gula pun berminggu-minggu. Apa sangatlah yang taksubkan dengan gula ni yang lebih banyak mudarat dari baiknya. Cuma kena ingat semua sakit tu bukan sebab GULA tapi Allah yang beri asbab makan gula berlebihan.

Bajet-2014-rakyat-mengharap

RON97 pun naik harga pun apa kisah sebab tu minyak premium untuk kereta mewah yang orang mewah je boleh guna. Tapi kalau ada kesempatan cuba isi kereta dengan minyak RON97 20liter kemudian guna pulak RON95 bezakan jarak yang boleh capai nak best masa kita travel jauh kat highway.

Dah harga GULA dan RON97 naik harga kerana harga di pasaran dunia pun naik maka kita sebagai pengguna kena bijak. Kalau mamak naikan harga teh tarik kalau mak minah naikan harga kuih kalau kalau perniaga naikan harga maka janganlah kita beli. Banyak lagi pilihan lain paling utama nak jimat makan je di rumah.

Kita jerit sana jerit sini harga naik tapi kita tak mahu disiplinkan diri kita sendiri tu yang susah. Tu lah susah bila dah dapat subsidi nak tarik balik memang susah. Tu lah ekonomi dunia harga Gula dan RON97 akan terus naik.


Spread the love

82 Comments

  1. Saya sangat setuju apa yang menjadi pemikiran anda.

  2. Yang sangat2 memerlukan gula adalah para peniaga. Dan anda semua adalah pembeli produk mereka. Anda bising bukan kerana nak beli gula mahal tapi kerana nak beli produk yang menggunakan gula yg mahal. Tak guna anda bising2 kerna gula naik harga sedangkan anda masih lagi membeli air ditepi jalan, minuman ringan dan segala macam makanan yang banyak menggunakan gula. Kalau harga gula naik dua puluhsen sekilogram, perbelanjaan untuk membeli gula hanya naik paling banyakpun cuma seringgit sebulan. Nak jimat belanja bukan dengan meminta kerajaan menurunkan harga tapi dengan cara mengurangkan berbelanja di luar. Jarang dengar orang mati kerana kurang gula. Kalau kerana lebih gula tu memang melambak
    Curahan rasa Norasikin @ ..Membina Empayar Perniagaan Bersama KeluargaMy Profile

  3. tahniah sebab menaikkan harga barang…inilah yang kami tunggu tiap tahun agar negara terus maju dan membangun demi wawasan 2020.Biarlah kami ikat perut,tiap hari makan mee segera dan air kosong. Janji pemerintah happy dengan slogan 1 Malaysia,pencapaian didahulukan!

  4. Stuju sangatlah, minyak naik pon,bukan gune minyak mahal pon,95 bese tuh gak yg digunekan,..

  5. harga gula naik, harga minyak naik memang boleh cari alternatif lain cth minyak ron 95 tapi kesan kepada harga harga barang di pasaran tetap akan turut sama kena. Harga barang bukan setakat gula je naik, semua harga barang naik. Kesan kepada pengguna bukan sorang dua.
    Mungkin orang yang naik motor boleh kata dia sudah berjimat sebab dia tak naik kereta, contohnye la, tapi harga barang naik jugak.
    Curahan rasa nuriz @ ..Maharaja Lawak Jambu Minggu ke 7 Sukan Air heheheMy Profile

  6. ingat dulu time kenaikan 4 dalam 1..mule2 97 naik..ramaila penyokong tegar parti pemerintah bagi komen…ala 97 jer naik..tu tuk orang kaye jer,orang miskin pakai 95….ape kesah…huhu..2-3 hari lepastu…95,gule,LPG,diesel naik…orang yg same gak yg putar komen depe yg asal…mule pulak cakap….subsidi patut di hapuskan..kerajaan dah banyak bantu la…puikk..kalau dulu dalam ceramah cakap anwar pertualang bangsa pasai nak pinjam bank dunia yg mesti xder subsidi kat negare tue…cakap anwar nak gadaikan nasib rakyat dgn tarik subsidi..lagi satu anwar nak dagang nilai ringgit di negara persisir..tp sekarang bile parti pemerintah pon buat perkara yg mereka keji dulu…kenape x marah depa?….ingat lagi dalam kelas pemikiran mahadir uitm…jurulatih cakap yg die kecewa sebab ade petualang bangsa macam anwar yg sanggup gadai nasib rakyat…x sampai seminggu lepastu kelua brite najib nak dagangkan nilai ringgit..masok je kelas minggu depannye..senyap tuka topik walaupun topik minggu tue kene sambung topik dasar ekonomi…aq pon x suke anwar tue pasal same je pemikiran dgn pemimpin politik lain…cume konsisten la dlm bg komen..jgn la hari nie komen lain…esok tuka pulak…subsidi tue hak rakyat kan…jgn nak rampas la…cukai nak..subsidi xnak bagi…cukai kenderaan leh sampai sekali gande…subsidi tuk rakyat xsampai separuh pon nak berkire ker?..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!