Halal Restoran di Suvarnabhumi Airport, Bangkok


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernah suatu masa dahulu aku tersangkut di Airport Senai lebih 7 jam kerana pesawat MAS rosak dan perlu digantikan dengan pesawat lain. Hikmah kejadian aku bertemu dengan kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa sejak keluar dari Universiti.

21/6/2012 berlaku lagi kejadian yang sama di Airport berbeza dan sebab berbeza. Aku sampai ke Suvarnabhumi Airport, Bangkok jam 4.30 pm untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat Airasia pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 8.20 pm. Segaja datang awal untuk solat Jamak Takhir Zuhur dan Asar kerana biasanya di airport pasti ada kemudahan bilik solat muslim.

20120624 075636 Halal Restoran di Suvarnabhumi Airport, Bangkok

Surau Level 3 Suvarnabhumi Airport, Bangkok

20120624 075709 Halal Restoran di Suvarnabhumi Airport, Bangkok

Surau Level 3 Gate E Suvarnabhumi Airport, Bangkok

Sesampai di dewan perlepasan Suvarnabhumi Airport aku terus mencari surau dan ternyata benar seperti juga Frankfurt Airport, Changi Airport dan Hong Kong International Airport terdapat bilik solat muslim. Terdapat sign board “Muslim Prayer Room” yang besar menuju ke level 3 di bawah dewan perlepasan. Alhamdulillah suraunya besar, kemas dan bersih. Surau juga terdapat di dewan perlepasan pintu E.

Lebih kurang jam 7.00 pm aku check in dan melepasi pemeriksaan imigresen. Pesawat Airasia yang sepatutnya berlepas jam 8.20 pm tidak kunjung tiba. Setelah ditunggu sehingga jam 9.30 pm keluar notis menyatakan pesawat tertangguh kerana Air Control Tower rosak. Kami dipindahkan dari pintu E9 ke F1. Lebih kurang jam 10.00 pm diumumkan pesawat Airasia dijangkakan akan sampai pada jam 12.30 am.

Restoran Halal Halal Restoran di Suvarnabhumi Airport, Bangkok

Restoran Halal The Miracle, Gate F Suvarnahbumi Airport, Bangkok

Perut dah menyanyi sebab rancangnya nak makan malam dalam pesawat. Alhamdulillah setelah mencari terjumpa juga restoran halal di level 4 pintu F. Restoran The Miracle menyediakan berbagai menu antaranya pizza, kebab dan makanan Thailand. Oleh kerana kelaparan teramat maka aku pesan nasi goreng seafood, tom yam seafood dan dessert kesukaan ramai mangga dan pulut.

Thai Food Halal Restoran di Suvarnabhumi Airport, Bangkok

Thai Halal Food

Itulah hikmah pesawat delay kalau tidak memang tidak pernah tahu ada restoran Halal di dewan pelepasan Suvarnabhumi Airport.

Alhamdulillah pesawat yang ditunggu akhirnya berlepas tepat jam 1.20 am, lewat 5 jam dari jadual yang ditetapkan. Pramugara Airasia beritahu pesawat Airasia dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur separuh jalan kerana Air Control Tower Suvarnabhumi Airport tidak berfungsi akibat putus bekalan letrik.

Maklumat dari berita CCN Suvarnabhumi Airport lumpuh berjam-jam kerana radar tidak berfungsi akibat terputus bekalan letrik sehingga berpuluh penerbang terpaksa di alih ke KLIA dan Siem Reap Airport. Majoriti syarikat penerbangan meminta ganti rugi akibat kelewatan yang berlaku.

Memang pelik lapangan terbang antrabangsa sebesar itu tidak mempunyai rancangan kontengesi seandainya berlaku putus bekalan letrik.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • smp3lembang 24 June 2012 at 10:02 pm

    Ini selalu menjadi persoalan kalau melancong ke negara minoritas muslim
    Entri terbaru smp3lembang – Preview Perempat Final Piala Eropa 2012 Italia Vs InggrisMy Profile

  • Juan 24 June 2012 at 9:46 pm

    nmpk sangat enarik dengan gambar gambar yg disediakan itu
    Entri terbaru Juan – Google ProductMy Profile

  • spudin 24 June 2012 at 9:20 pm

    thailand pun saya tak lepas lagi..huhu
    Entri terbaru spudin – Kisah Ibu Sumpah Anak Meleleh Susu Dari MulutMy Profile

  • zool 24 June 2012 at 8:26 pm

    ntah bila nak lepas ke thailand agaknye.
    Entri terbaru zool – Kurangkan aktiviti tweetMy Profile

  • Shahrul 24 June 2012 at 8:00 pm

    bagus betul la kat mana-mana tempat dan kat negara bukan Islam pun ada kemudahan surau…
    Entri terbaru Shahrul – Eyriqazz vs Denaihati – Siapa Paling Hebat?My Profile

  • Jebeng Otai™ 24 June 2012 at 6:59 pm

    kalo lapangan terbang terputus bekalan x per..jgn hospital @ tmpt yg kritikal..mmg berbahaya..

    mungkin juga kita berbelanja lebih utk ipp utk elak perkara ni berlaku..
    Entri terbaru Jebeng Otai™ – Microsoft Surface Tablet : Revolusi Ultrabook?My Profile

  • rozuan 24 June 2012 at 6:50 pm

    ada hikmah kan.baguslah kat mana2 ada sediakan surau
    Entri terbaru rozuan – KISAH 2 BAKAL DIETITIAN, 1 BAKAL ENGINEER DAN GADIS YANG COMELMy Profile

  • Anuar 24 June 2012 at 6:39 pm

    Haah.. Pelik juga kan.. Biasanya syarikat besar-besar ni ada backup generator sekiranya bekalan elektrik terputus..

    Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian..

    P/S: Sekurang-kurangnya dapat tengok “bunga-bunga penyeri belon”..
    Entri terbaru Anuar – Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  • Muhd Faiz 24 June 2012 at 6:37 pm

    Assalam… memang sesuatu yang pelik airpot sbesar tu xde backup generator… pelik tp benar, dan trima kasih juge pd pihak denaihati.com sebab post entry ni..kalau x, mmg tak tau pun ade restoran halal kat airpot tuh..Alhamdulillah…

  • Kodokoala 24 June 2012 at 6:08 pm

    Baguslah :) Aman buat muslim walaupun bangkok muslim minoritas
    Entri terbaru Kodokoala – Inilah Baju Nabi AdamMy Profile

  • Orang Kampung 24 June 2012 at 5:58 pm

    tengok gambar memang sedap..beliur bah melihatnya..
    Entri terbaru Orang Kampung – Adegan LasakMy Profile

  • Orang Kampung 24 June 2012 at 5:56 pm

    heran juga ya sepatutnya ada backup utk problem mcm tu..
    Entri terbaru Orang Kampung – Adegan LasakMy Profile

  • Orang Kampung 24 June 2012 at 5:55 pm

    Assalamualaikum…jauh perjalanan luas pengalaman & setiap kejadian ada hikmahnya
    Entri terbaru Orang Kampung – Adegan LasakMy Profile

  • pipoq 24 June 2012 at 5:16 pm

    memang pelik bila kemudahan yang sepatutnya kurang masalah menghadapi masalah besar camtu..diorang takde backup generator kot..hehehe
    Entri terbaru pipoq – Santai – Fruttare dikala panasMy Profile

    • denaihati 24 June 2012 at 5:31 pm

      Tu yg pelik sepatutnya mesti ada back up genarator atau back up dari radar amy ke atau back up dari radar airport terdekat.

  • Auni Nabillah 24 June 2012 at 5:02 pm

    kelihatannya enak banget ya, jadi laper. .;p
    Entri terbaru Auni Nabillah – Lagu Fate Zero 2 Ending Theme | Sora wa Takaku Kaze wa UtauMy Profile

1 2 3 8


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network