Hadiah Contest Nokia C3 untuk iPhone 4

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ni aku menang contest di Churp Churp bernilai RM100 dan Redmummy.com bernilai ratusan RM juga dalam bentuk produk. Sebelum itu aku juga pernah menang Blog premium template, contest yang dianjurkan oleh Themegrade.com yang melahirkan blog http://info.denaihati.com. Hari ini aku juga sedang berjuang untuk memenang 2 contest yang sedang aku ikut secara serentak.

1. Contest NOKIA C3 Socialista Meter

Contest ini menyediakan hadiah utama yang sangat lumayan berupa Nokia C3, Celcom Xpax Starter pack bernilai RM100, Wang tunai RM3,333, Voucher Starbucks bernilai RM100 dan Wang tunai RM833 kepada pengguna Celcom. Lumayan tak??? Buat masa terkini denaihati tersenarai pada ranking pertama untuk katogeri paling bersosial “leaderboard”. Untuk menjadi pemenang utama atau KING perlu mengumpul semua Badges yang disediakan. Rasanya 8 daripada 9 badges tu tak ada masalah untuk diperolehi. Yang menjadi cabaran denaihati adalah untuk mempunyai 2500 Facebook follower, sekarang baru ada 1004 follower. Kepada yang belum follow joom follow http://facebook.com/denaihati. Kepada teman-teman lain harap dapat bantu aku untuk capai target 2500 FB follower.  Aku dah janji dengan ramai teman-teman FB dan Twitter, bila aku menang hadiah utama Contest NOKIA C3 Socialista Meter ini maka aku akan anjurkan contest baru dengan hadiah utama iPhone 4. Kalau nak iPhone 4 harap dapat tolong aku ya!!

2. PageLines Platform Giveaway Contest

Contest ini menyediakan hadiah utama yang sangat menarik berupa peluang untuk overhaul blog dengan sistem dan theme baru. Aku sangat berminat dengan theme yang disediakan dan sememangnya ada rancangan untuk overhaul blog sempena ulangtahun pertama denaihati.com. Aku mohon jasa baik setiap yang membaca entri ini untuk VOTE aku di PageLines Platform Giveaway Contest. Ketika VOTE jangan lupa login Facebook kemudian klik tanda thumbs up dan tinggalkan komen ringkas. VOTE akan dibuka sehingga 28/10/2010 dan teman-teman boleh VOTE berulang kali dengan syarat sekali sehari. Harap sangat denaihati boleh berubah wajah dengan memenangi contest ini dengan bantuan teman-teman.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBANTU. SEMUGA REZEKI INI AKAN BERPANJANGAN KEPADA TEMAN BLOGGER YANG LAIN. SELEPAS IPHONE 4 MUNGKIN PROTON INSPIRA KOT.

[ad#nuffnang336]

86 Comments

  1. I??d say the Iphone, because while it may seem that the Nokia has a lot of cool features at first, with the Iphone you can buy endless amounts of apps and features with the app store, it??s touchscreen, motion-sensors, 8 or 16 gig, it??s lasts a lot longer than a Nokia phone, and It??s all together a better phone.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!