Hadiah berjumlah RM18,000 dalam cabaran eRezeki dan eUsahawan untuk anda

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

sebelum ini, sudah banyak kali pihak Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) menganjurkan pelbagai kelas latihan dan kempen #youcanduit di seluruh Malaysia. Kali ini, MDEC menganjurkan cabaran untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mengumpul pengalaman dan menambah pendapatan masing-masing.

Cabaran eRezeki bersama Sinar FM

Cabaran eRezeki bersama Sinar FM

Cabaran yang pertama adalah melibatkan program eRezeki dengan kerjasama Sinar FM. Anda hanya perlu menulis slogan sebanyak 50 patah perkataan dan kemudian isi borang penyertaan di halaman Penyertaan Cabaran eRezeki kemudian tunggu keputusan daripada MDEC.

Syarat-syarat untuk menyertai cabaran eRezeki ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang memegang Kad Pengenalan yang sah,
  • mempunyai lesen memandu yang sah (tiada had umur);
  • bukan pemegang lesen P,
  • memiliki kereta 4 pintu yang tidak lebih dari 10 tahun (kereta melebihi 7 tahun perlu diperiksa);
  • Lulus JPJ dan semakan saman PDRM
  • dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan BM;
  • Nama pemandu mesti muncul di senarai penama insurans; dan
  • Pemandu yang berusia 50 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.

Pemilihan cabaran eRezeki

6 Slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai kelas latihan eRezeki bersama-sama dengan DJ daripada Sinar FM. Latihan akan diadakan pada hujung minggu ini untuk yang terpilih. Selepas latihan, 6 peserta ini perlu melakukan aktiviti bersama-sama Grab atau 8Share selama seminggu.

Selepas berakhir tempoh seminggu itu, pemenang akan diumumkan dalam program Meletop pada 23hb. Semua peserta yang terpilih akan membawa pulang hadiah seperti berikut:

  • Pemenang pertama – RM4000
  • Pemenang kedua – RM1500
  • Pemenag ketiga – RM1000
  • Pemenang ke-4,ke-5 dan ke-6 RM500

Tujuan cabaran ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana belajar bagaimana mereka boleh menjana pendapatan tambahan dalam era Ekonomi Digital kini. Bimbingan dan latihan yang diberikan akan membolehkan mereka menambah pendapatan bukan sahaja menggunakan platform Grab dan 8Share, tetapi platform lain juga.

Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eRezeki adalah pada 5hb Mei 2017.

Cabaran eUsahawan bersama Era FM

Cabaran eUsahawan

Cabaran seterusnya ini adalah untuk para usahawan atau bakal usahawan di luar sana. Demi membantu selebriti Nabil Ahmad untuk memulakan jualan produk baru beliau. Cabaran kali ini akan melibatkan penglibatan DJ daripada Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar.

Cabaran eUsahawan ini lebih mudah, anda hanya perlu sediakan slogan 50 patah perkataan kenapa anda ingin menyertai program eUsahawan ini. Boleh daftar di Halaman Cabaran eUsahawan bersama Era FM.

3 slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai latihan eUsahawan bersama DJ Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar selama 2 hari. Setiap peserta akan dipasangkan dengan seorang DJ, dan akan melakukan proses jualan produk yang diberi nama Ligamen Pro selama 2 minggu.

Sepanjang proses jualan ini, setiap peserta akan dibantu oleh DJ Era FM ini untuk promosi secara tidak langsung. Kriteria pemenang bukan sekadar daripada jumlah jualan, tetapi termasuk kreativiti dan beberapa kriteria lain yang akan digunakan oleh pihak Juri.

Pemenang untuk cabaran ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak:

  • Pemenang Pertama RM8000
  • Pemenang kedua dan ketiga RM1000

 

Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eUsahawan adalah pada 5hb Mei 2017.

Peluang untuk menimba pengalaman

Ini merupakan peluang yang baik untuk anda menimba pengalaman sambil belajar bersama selebriti-selebriti ini bagaimana untuk membuat jualan dan menjana pendapatan melalui platform digital.

Usaha MDEC untuk tahun ketiga ini memang harus kita puji kerana mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan B40 ke bawah untuk menjana pendapatan tambahan.

Program-program seperti ini diwujudkan atas usaha untuk memberikan kemudahan dan membantu meningkatkan taraf pendapatan setiap rakyat di Malaysia yang ingin bersama-sama memajukan diri dalam kempen yang dianjurkan oleh MDEC di bawah program #YouCanDuit.


Spread the love

145 Comments

  1. Nak dapat RM50 percuma dari Kerajaan? Nak menang RM10,000? RM100,000? Dapatkan maklumat lanjut dan borang pendaftaran di sspn-i.com

    Tertakluk kepada terma dan syarat 😁

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!