Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sebelum ini, sudah banyak kali pihak Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) menganjurkan pelbagai kelas latihan dan kempen #youcanduit di seluruh Malaysia. Kali ini, MDEC menganjurkan cabaran untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mengumpul pengalaman dan menambah pendapatan masing-masing.
Cabaran eRezeki bersama Sinar FM
Cabaran yang pertama adalah melibatkan program eRezeki dengan kerjasama Sinar FM. Anda hanya perlu menulis slogan sebanyak 50 patah perkataan dan kemudian isi borang penyertaan di halaman Penyertaan Cabaran eRezeki kemudian tunggu keputusan daripada MDEC.
Syarat-syarat untuk menyertai cabaran eRezeki ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang memegang Kad Pengenalan yang sah,
- mempunyai lesen memandu yang sah (tiada had umur);
- bukan pemegang lesen P,
- memiliki kereta 4 pintu yang tidak lebih dari 10 tahun (kereta melebihi 7 tahun perlu diperiksa);
- Lulus JPJ dan semakan saman PDRM
- dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan BM;
- Nama pemandu mesti muncul di senarai penama insurans; dan
- Pemandu yang berusia 50 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.
Pemilihan cabaran eRezeki
6 Slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai kelas latihan eRezeki bersama-sama dengan DJ daripada Sinar FM. Latihan akan diadakan pada hujung minggu ini untuk yang terpilih. Selepas latihan, 6 peserta ini perlu melakukan aktiviti bersama-sama Grab atau 8Share selama seminggu.
Selepas berakhir tempoh seminggu itu, pemenang akan diumumkan dalam program Meletop pada 23hb. Semua peserta yang terpilih akan membawa pulang hadiah seperti berikut:
- Pemenang pertama – RM4000
- Pemenang kedua – RM1500
- Pemenag ketiga – RM1000
- Pemenang ke-4,ke-5 dan ke-6 RM500
Tujuan cabaran ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana belajar bagaimana mereka boleh menjana pendapatan tambahan dalam era Ekonomi Digital kini. Bimbingan dan latihan yang diberikan akan membolehkan mereka menambah pendapatan bukan sahaja menggunakan platform Grab dan 8Share, tetapi platform lain juga.
Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eRezeki adalah pada 5hb Mei 2017.
Cabaran eUsahawan bersama Era FM
Cabaran seterusnya ini adalah untuk para usahawan atau bakal usahawan di luar sana. Demi membantu selebriti Nabil Ahmad untuk memulakan jualan produk baru beliau. Cabaran kali ini akan melibatkan penglibatan DJ daripada Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar.
Cabaran eUsahawan ini lebih mudah, anda hanya perlu sediakan slogan 50 patah perkataan kenapa anda ingin menyertai program eUsahawan ini. Boleh daftar di Halaman Cabaran eUsahawan bersama Era FM.
3 slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai latihan eUsahawan bersama DJ Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar selama 2 hari. Setiap peserta akan dipasangkan dengan seorang DJ, dan akan melakukan proses jualan produk yang diberi nama Ligamen Pro selama 2 minggu.
Sepanjang proses jualan ini, setiap peserta akan dibantu oleh DJ Era FM ini untuk promosi secara tidak langsung. Kriteria pemenang bukan sekadar daripada jumlah jualan, tetapi termasuk kreativiti dan beberapa kriteria lain yang akan digunakan oleh pihak Juri.
Pemenang untuk cabaran ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak:
- Pemenang Pertama RM8000
- Pemenang kedua dan ketiga RM1000
Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eUsahawan adalah pada 5hb Mei 2017.
Peluang untuk menimba pengalaman
Ini merupakan peluang yang baik untuk anda menimba pengalaman sambil belajar bersama selebriti-selebriti ini bagaimana untuk membuat jualan dan menjana pendapatan melalui platform digital.
Usaha MDEC untuk tahun ketiga ini memang harus kita puji kerana mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan B40 ke bawah untuk menjana pendapatan tambahan.
Program-program seperti ini diwujudkan atas usaha untuk memberikan kemudahan dan membantu meningkatkan taraf pendapatan setiap rakyat di Malaysia yang ingin bersama-sama memajukan diri dalam kempen yang dianjurkan oleh MDEC di bawah program #YouCanDuit.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Pendapatan meningkat 3 kali ganda selepas menyertai program eUsahawan
- Jannatul Ma’awa Sukses dengan Jualan Beg Jahit dan Sulam
145 Comments
OOoo..program ni lah yang dalam meletop hari tu. yang Ray n DIna datang promot.. tak paham sangat apa diorang cakap, tapi bila baca kat sini baru faham. Haha. Program yang menarik!
Curahan rasa Farah Alina @ ..Kelebihan Vivix Shaklee Yang Boleh Bantu Sembuhkan Penyakit Gout
Inilah kelebihan blog… Penyampaian melalui blog kadang tu lebih mudah difahami berbanding penyampaian secara lisan…. Sebab bila orang tak faham, mereka boleh baca berulang-ulang kali sehingga faham…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Lepas tu penyampaian informasi melalui blog dapat disertakan sekali dengan gambar dan video untuk membantu pemahaman…. Satu medium penyaluran maklumat yang saya kira cukup mantap dan berkesan…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Saya setuju dengan tuan Anuar. Dengan hanya mendengar dan melihat sepintas lalu kita tak boleh nak ingat sangat apa perinciannya. Tapi melalui blog, kita lebih mudah faham maklumat yg ingin disampaikan sbb kita boleh ulang baca dan ulang tengok 🙂
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
Penyampaian menggunakan blog lebih berkesan kerana ia dibaca dan boleh diulang semula
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Menarik cabaran erazeki dan eusahawan kni. Boleh cuba mana tahu rezeki
Curahan rasa aRzMoHa @ ..5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia
Aha betul tu kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu 🙂 Rezeki dari Allah memang selalu tak salah alamat. Cuma lambat atau cepat shj. Mungkin rezeki dalam bentuk yang lain, bukan semata kewangan
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
Kalau yang terkena dengan lambat tu perlu banyak bersabar..
Soal rezeki kena usahakan sungguh sungguh. Baru akan nampak hasilnya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
sayang nyah malaysia punya , boleh gabung cabaran erezeki? tapi saya di asli indonesia
Curahan rasa faisal rabbani @ ..ICP Capsule Cirebon
Boleh usahakan juga di komuniti Indonesia..
Mungkin bukan e-rezeki la kot
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Baru je daftar eUsahawan ni dekat website Sinar FM tadi tapi tak tau plak kena jadi uber driver nanti…
Bukan Uber Driver Qiya Saad.. Tapi Grab Driver… Takperlah dapat timba pengalaman baru…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Grab driver pun ada kelebihan yang tersendiri, cuma kena hati-hati bila pandu Grabshare.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Uber
Oh kena jadi driver ye, mencabar juga tu cabaran erezeki ni. Tapi untuk berjaya hati mau kental dengan cabaran kan.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Badan Kecil Tapi Bacaan Kolesterol Tinggi, Jaga-jaga!
Untung juga dapat pengalaman memandu grabcar.. Bukan semua orang ada peluang tau..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Memang mencabar juga Cabaran eRezeki ni. Sebab tu syarat yang dipinta untuk menyertai cabaran agak ketat. Kesihatan kereta dan pemilik juga diutamakan hehe
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
Itulah yang penting sekali.
Keselamatan diri dan bakal penumpang amat diutamakan dalam program sebegini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Tawaran cabaran yang cukup menarik, sayang hanya berlaku untuk warga negara Malaysia. 😀
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Menanti Hadirnya Akses Jaringan Internet Cepat Pontianak dari XL 4G
Mungkin kali ini terbuka untuk rakyat Malaysia sahaja, mana tau esok hari untuk warga negara lain pula
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Wah nak join la.. macam menarik jer .. cuba nasib kalau-kalau menang rezeki huhu..allhamdulillah banyak program percuma dari mereka .. sekarang sapa nak start bisnes dah mudah.. kalau dulu nak cari ilmu pasal bisnes kene bayar mahal baru boleh dapat ilmu yang premium sikit.
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..4 Idea Perniagaan Dari Rumah Pasti Untung
Silakan join Tuan Mohd Rawi… Saya percaya dengan pengalaman yang Tuan Mohd Rawi ada, ada potensi untuk menang hadiah utama..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
In Shaa Allah… Saya support tuan Mohd Rawi dari belakang… Good Luck! 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Semoga berpeluang untuk menyertai program eusahawan, saingan juga ramai. Apa pun selamat mencuba.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sebarkan Video Ini Untuk Anda Dapat Komisyen
Medium percuma macam ni lah yang banyak membantu usahawan baru diluar sana yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bisnes kan
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Walaupun percuma, namun pengisian dan imbuhan dari segi ilmunya bukan sekadar biasa2. Bagus ada program sebegini, sebab kalau kita lihat sekarang ni ramai yang ada bisnes namun tak ada pendedahan yang betul bagaimana nak uruskan bisnes
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
Syarat untuk menyertai cabaran eRezeki tu agak susah jugak… secara tak langsung para peserta akan terus mendaftar sebagai pemandu grab car…
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Nampaknya selepas selesai cabaran ini nanti, para peserta boleh terus buat side income dengan menjadi pemandu Grab Car..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Setakat ni saya belum pernah mendaftar jadi pemandu Grab Car.. Daftar jadi pemandu Uber adalah..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Grab car ni terikat dibawah peraturan mereka. Sebab tu syarat pemilihan agak ketat. Ye la.. servis yang melibatkan orang awam dan nyawa kan 🙂
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Sulaman Baju Tshirt, Baju Korporat dan Tuala
Yang tak biasa memandu dalam keadaan sesak bandar metropolitan Kuala Lumpur memang mencabar juga tu
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Yang ni saya setuju. Bukan semua orang mampu tu. Memang akan menguji tahap kesabaran dan budi bicara kita 🙂
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..10 Design Readymade Cetak Baju Family Day
Satu usaha yang bagus untuk berkongsi rezeki dengan peserta cabaran. Memang menarik cabaran ni.. kalau saya tahu awal nak jugak join. hehehe..
Sempat lagi kalau nak join ni Cahaya Diana… tarikh turupnya esok.. sempat nak mengarang slogan 50 patah perkataan..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Sila join kak Diana, sebab ada masa lagi nak mendaftar sebelum esok ni. Mana tau rezeki menang besar
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Sempat lagi tu cik puan Diana 🙂 Manalah tahu rezeki kan.. tapi kalau saya lebih berminat dengan program eUsahawan dari eRezeki
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
kena bersaing dengan lebih gigih dengan tawaran yang diberikan tu. Bukan senang nak dapat hadiah mcm tu agak mencabar…
Curahan rasa Bahrain @ ..Baju Raya 2017 Kurta Dan Jubah Paling Meletop Tahun Ini
Saya pun rasa macam tu jugak… dah tentu para peserta yang terpilih nanti semuanya hebat-hebat belaka..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Ya betul, hadiah yang ditawarkan besar so cabarannya juga agak susah. Tapi kira berbaloi-baloi lah kan
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Setuju tu, namun ilmu yang bakal diterima dan pengalaman sepanjang program tu lebih bernilai dari wang ringgit
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Promosi Cetak Baju Family Day RM10.00
Best gak cabaran ni… ada Fizo Omar dan Nabil Ahmad tu.. nama yang cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Terutamanya Fizo Omar yang menjadi antara ikon usahawan muda Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Melalui cabaran ini secara tak langsung para peserta berpeluang untuk menimba ilmu keusahawanan daripada beliau..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Tu dia banyak komen encik anuar ni. chaiyok bestnya kalau dpat hadiah banyak ni
Curahan rasa raihanah @ ..Set Bersalin Shaklee: Nutrisi Selepas Bersalin
Tak tau pulak Fizo Omar pun dah jadi deejay. Sudah lama tak mendengar radio agaknya.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Lumayan sungguh hadiah-hadiah yang disediakan dalam cabaran erezeki dan eusahawan ni..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Good luck kepada para peserta yang akan sertai cabaran ini nanti… semoga ada rezeki berpihak kepada anda…
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Kenapa tarikh tutup untuk hantar penyertaan terlalu cepat… hari ni dah 3 Mei.. tarikh tutup 5 Mei.. cepat betul..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Mesti ramai yang sudah mendaftar untuk menang cabaran erezeki ni.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
wahh kepada semua cepat join untuk cabaran erezeki dan eusahawan..
Curahan rasa zik @ ..Tonton online menanti februari episod 14
Berminat nak join.. kalau tulis slogan kreatif tu In Shaa Allah boleh.. tapi takut tak boleh nak bagi komitmen masa seterusnya..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Betul tu, kena war2 kan cepat sebelum esok pendaftarannya ditutup. Mesti best ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Satu peluag terbaik yang patut direbut oleh semua rakyat Malaysia..
Dengan hanya membuat slogan kreatif peluang nak mendapat 6 temp at yang boleh melonjakkan lagi peluang menjadi usahawan.
Curahan rasa onlajer @ ..Beli Air fryer terbaik untuk kesehatan anda
Slogan kreatif 50 patah perkataan. Sama macam buat rumusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Slogan tu memang kena cipta dengan kreatif dan menarik untuk mendapatkan hadiah ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
dah la dapat input bisnes, berpeluang menang wang tunai pulak tu!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Spesifikasi dan Harga Telefon Pintar JDT
Untung kan siapa yang join kedua-dua cabaran ini.. dapat peluang dua dalam satu..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Best kan, siapa yang merebut peluang keemasan ni memang bertuah lah. Mana tahu rezeki menang hadiah utama lagi
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Kan.. ilmu dapat, wang tunai pun dapat.. selamat berjaya bagi semua peserta yang dah join tu.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
menarik juga program mcm ni…
dapt membantu sapa yg berminat
Melalui program ini, para peserta akan dapat menimba ilmu keusahawanan secara realiti..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Menang kalah perkara kedua yang penting dapat timba satu pengalaman berharga..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Peserta juga layak dapat ilmu usahawan kalau join cabaran erezeki ni.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Comments are closed.