Guru yang telah mengubah hidup ku

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku sekolah rendah di sekolah kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat. Satu hari pada tahun 1980 tu Cikgu Robiani (Guru Kelas) tetiba datang rumah aku. Kami tinggal di rumah yang kecil dalam kebun getah yang jauh daripada kampung. Cikgu datang bawak borang masuk Sekolah Menengah Sains Johor.

Gambar kelas Denaihati di SMSJ 1982

Bersungguh-sungguh cikgu cuba meyakinkan emak bapak aku supaya pastikan aku terima tawaran masuk asrama. Emak dan abah, bukan orang terpelajar sekolah rendah pun tak habis, sekadar mengikut aje. Aku sendiri tak pernah terbayang apa itu kehidupan asrama jadi tak pernah rasa apa-apa. Perasaan keseorang, sedih dan rindu pada keluarga mula menerpa setelah ditinggalkan sendirian bawah pohon kayu di depan sekolah pada hari pertama. Lambaian keluarga yang semakin jauh dan tidak kelihatan ketika ditinggalkan itulah perasaan pertama kenal erti tinggal di asrama.

Makan durian dengan geng SMSJ 1985

Itu 36 tahun yang lalu dan kehidupan aku dan keluarga aku sudah jauh berubah, daripada sebuah keluarga paling miskin dalam kampung sehingga hari ini segala sudah berbeza. Pasti perubahan dengan izin ALLAH juga detik paling penting apabila cikgu Robiani berjaya meyakinkan emak dan abah. Pergorbanan perpisahan bukan kepalang tetapi memberi hikmah sangat besar. Dorongan Cikgu sentiasa menjadi azimat tersimpan dalam hati sehingga kini.

Reunion SMSJ 1985

Kepada cikgu Robiani yang pernah mengoyak surat kegagalan aku masuk ke MRSM sebelum itu, aku tak pernah mengucapkan terima kasih atas jasa besar mu. Cikgu Robiani adalah antara orang penting yang telah mengubah kehidupan kami. Setelah cikgu berpindah ke Melaka kita lansung terputus hubungan. Semuga cikgu sihat dan jasa cikgu tidak pernah kami lupakan.

Reunion geng SMSJ 1985

Selamat hari guru untuk semua cikgu-cikgu yg pernah mengajar dari sekolah rendah, SMSJ, sekolah agama, KPP, Matrikulasi, UKM, Universiti kehidupan, Guru-guru agama, Guru-guru bisnis, Guru-guru online, Guru-guru sosial media, Guru-guru investment, Guru-guru property, Guru-guru public speaking, Guru-guru networking, Sifu, Mentor dan semua yang pernah mengajar walaupun hanya menunjukkan akhlak. Juga semua Guru-guru yg telah mengajar anak bangsa. Anda semua terbaik! Hanya Tuhan sahaja mampu membalas jasa kalian.

Rumah Denaihati ketika kecil

Jutaan Terima kasih Guru yang telah mengubah hidup ku. Sahabat-sahabat pasti juga ada kisahnya dengan guru yang istimewa jom kongsikan dengan kami.


Spread the love

130 Comments

  1. Betapa besarnya jasa guru..apalagi guru agama.. guru agama adalah orang tua kedua setelah orang tua kandung.
    Guru pahlawan tanpa tanda jasa.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!