Guru bisnis mesti dihormati baru ilmu berkat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat yang hebat?

Ada kekawan tanya bila Abang mula berniaga. Lama dah sejak sekolah rendah tolong jualkan kuih yang emak buatkan. Ada pakar bisnis kata majoriti usahawan berjaya pernah berniaga sejak dibangku sekolah rendah lagi.

Ada juga yang tanya bila Abang mula belajar ilmu bisnis secara serious? Abang mula berguru dengan membaca berbagai buku yg ditulis oleh sifu-sifu hebat dalam dan luar negara. antara buku awal yang telah mengubah cara fikir Abang adala tulisan Jutawan Azizi Ali. Bukan semua sifu bisnis yang Abang sudah jumpa terutama daripada luar negara tetapi Abang taat dengan ilmu mereka kerana disitu ada keberkatan. Ilmu yg berkat itu menyuluh jalan kejayaan.

Bersama Tuan Azizi Ali, Pakar Hartanah dan Tuan Mohd Suhaimi, tuan punya Wangcyber
Bersama Tuan Azizi Ali, Pakar Hartanah dan Tuan Mohd Suhaimi, tuan punya Wangcyber

Sekarang pun masih menuntut ilmu bisnis terutama ilmu ekonomi digital dari sifu-sifu muda yg kreatif seperti Aqif Azizan dan Abang Ensem. Memang tidak pernah pergi mana-mana kelas-kelas mereka tapi dapat ilmu dari sessi ngopi, fb live, eBook dan status ilmu mereka.

Kepada rakan-rakan yang rajin pergi kelas dan seminar memang sangat bagus tapi lebih bagus apabila dapat BERTINDAK dengan ilmu yang diperolehi. Biasa juga ilmu indirect nampak macam tak logik, tak ada kena mengena dengan bisnis tapi sangat membantu. Bila kita belajar dengan guru yang kita pilih, kita mesti hormati ilmu mereka dan BUAT dan BUAT, jangan banyak soal. Kalau tak nak patuhi ilmu mereka jangan panggil mereka guru atau sifu tapi anggap sahaja sebagai kenalan yang pernah kongsi ilmu yang tak sesuai untuk anda. Sekarang ramai anak murid yang tunjuk lebih pandai dari guru walaupun belum berjaya.

sbb2015 aqif azizan

Terima kasih kepada yang panggil Abang sifu atau guru. Sebenarnya gelaran tu tidak sesuai sebab Abang tak pernah buat kelas atau seminar, hanya sekadar kongsi ilmu seminit dua dalam sessi orang lain. Abang biasanya jadi event organiser sahaja macam majlis sepetang bersama blogger atau dinner bisnis. Nak kata ada group bisnis under ground, group bisnis wassap atau group bisnis telegram pun tak ada.

Nak berjaya kena ada guru supaya kita tak sesat dan lebih penting BERTINDAK sehingga berjaya dan sanggup mengejar kejayaan walaupun perlu ambil masa bertahun-tahun.

Belajar dan kongsi sedikit pengalaman tak pernah berhenti.

Nak tanya sikit siapa Guru Bisnis anda?

Abang Denaihati
Rakan Usanawan Digital
Denaihati TV (jangan lupa follow Youtube Abang ya!)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

29 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!