Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman percutian Bejing penuh penipuan membuat perasaan negatif bersarang dalam jiwa apabila kali pertama nama Guangzhou disebut. Kalau sebelum ini kali pertama aku menjejaki bumi Aceh untuk projek ekonomi persahabatan begitu juga mengikut rombongan bisnis Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) adalah kali pertama menjejak kaki ke Guangzhou. Apabila pesawat Airasia melintas lalu di atas bandar Guangzhou perasaan berubah melihat betapa besarnya kotaraya ini.
Menjejak masuk ke Guangzhou Baiyun International Airport sudah merasai kelainan, lapangan terbang yang bukannya kecil. Aku orang yang pertama daripada 35 ahli rombongan yang melepasi pemeriksaan imigresen dan kaunter pertama aku tuju adalah kaunter membeli simkad. Simkad khas untuk internet sahaja untuk 1 GB berharga 150 yuan. Sehingga habis kembara aku hanya menggunakan hanya 200MB sebab dengan broadband tempatan tidak boleh nak masuk Facebook, Instagram dan Google jadi pastilah tak banyak data yang digunakan.
Destinasi pertama kami setelah keluar daripada Airport adalah restoran halal sebab perut sudah menyanyi. Kami singgah makan di Restoran SABA, restoran halal yang menghidangkan makanan Arab, di Malaysia juga ada cawangan di Cyberjaya dan Wangsamaju. Selain restoran SABA kami juga singgah makan di tiga lagi restoran halal Guangzhou di hari kedua dan ketiga iaitu Restoran Nur Buston Guangzhou, Restoran Abdullah Guangzhou dan Restoran Mint Leaf Guangzhou. Banyak lagi restoran halal di Guangzhou jadi memang tak ada masalah nak melancung di sini kepada pelancung Islam.
Setelah makan kami bergerak ke lokasi yang menjadi matlamat utama aku datang ke Guangzhou iaitu menziarahi makam sahabat Nabi SAW, Saad Abi Waqqos. Tersentuh hati setelah dapat menziarahi makam Saad Abi Waqqos terletak dalam perkarangan Masjid Xiaobie. Berjalan daripada Tanah Arab ke bumi China selama lebih 14 tahun untuk membawa perutusan Islam adalah suatu jihad besar yang akhirnya telah menjadi asbab turunnya hidayah islam kepada berpuluh juta manusia di Asia. Pada hari kedua sempat solat di Masjid Huaisheng yang dibina oleh Saad Abi Waqqos lebih 1300 tahun dahulu. Aku sempat juga melihat kesan sejarah jalan raya yang dibina oleh berbagai maharaja antaranya Maharaja Dinasti Ming pada tahun 960 AD di Bejing Lu.
Sepanjang tiga hari di Guangzhou kami menetap di Hotel Sheraton di bandar Dongguan lebih kurang dua jam naik bas dari badar Guangzhou. Sebab utama kami memilih hotel ini kerana berdekatan dengan dewan Guangdong 21 st Century Maritime Silk Road International Expo. Lebih 400 usahawan Malaysia mempamerkan produk bersama dengan beribu usahawan daripada berbagai negara antaranya sahabat dari KLezcar, Agro Jerneh dan Blogger Mohamad Hayatullah. Pada hari ketiga kami singgah di 118th Canton Fair di Guangzhou. Mejelajah berjam-jam di dua expo ini telah mencelikkan mata aku dengan peluang bisnis yang terlalu besar yang sudah lama usahawan satu dunia kejar tapi aku baru tahu. Hasrat untuk mencari herba termahal di dunia juga tercapai setelah mencari dari satu gerai ke satu gerai dan semuanya tak sanggup nak pamerkan kerana terlalu mahal. Gerai terakhir sebelum kami balik mempamerkan cordyceps yang harganya USD1350 untuk setiap 50 gm. Memang sah herba ini sangat mahal melebihi harga emas bukan sekadar cakap-cakap sahaja.
Bila dah menjejaki Guangzhou pasti tidak lengkap kalau tidak shopping antara tempat yang kami singgah adalah pasaraya onelink, textile market dan Bejing Lu. Uniknya pasaraya di Guangzhou kalau jual barangan kulit satu pasaraya semua jual produk barangan kulit begitu juga texlite dan sebagainya. Memang syurga kepada usahawan dengan berbagai produk yang berkauliti dengan harga yang sangat murah kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Kepada yang nak produk kualiti rendah pun ada melambak cuma pesan ketua rombongan bila sudah tawar menawar mesti beli jangan tinggal begitu sahaja takut tak balik. Sempat juga kami singgah di Canton Tower melihat keindahan Guangzhou di waktu malam.
Memang best dan diluar jangkaan Guangzhou tidak seperti pengalaman melancung di Beijing. Alhamdulillah ini bandar ke empat di China yang sudah aku jejaki selain Beijing, Hong Kong dan Macau dan kami sudah merancang untuk pergi ke Xixian tahun depan. Ada kekawan yang PM bagaimana aku cari dana melawat berbagai sudut dunia setiap tahun. Nak tahu jom jumpa aku cerita. 2017 rancangan kami nak menjelajah Brazil dan Argentina semuga ALLAH permudahkan.
119 Comments
Beijing memang menjadi syurga untuk penggemar shopping kan.
so memang bagus la team DH ni pergi kesana..boleh tawan bisnes baru pula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Alhamdulillah tercetusnya penyebaran Islam dengan kedatangan sahabat nabi dan membina masjid untuk perpaduan umat Islam di sana
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Mahalnya harga herba cordyceps,
sepadan la dengan khasiat dan kebaikannnya kepada kesihatan..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Bestnya team DH, dah menjejakkan kaki ke 4 buah negara di China..
Banyak dah pengalaman yang dikumpul tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Jauhnya pengembaraan sahabat Nabi untuk mengembangkan syariat Islam sehingga ke negara China..
patutlah ada pepatah “Tuntutlah ilmu walau ke negara China”
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Negara China memang mengharamkan media sosial di negara mereka ya?
Bagus juga kan dari awal lagi mereka dah kawal facebook, instagram ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
mendapatkan makanan halal amat penting apabila berada di negara yang bukan Islam seperti ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hebatnya Kuasa Pen Dalam Kehidupan
Tak pernah sangka kat Beijing pun ada makanan arab kan..
Ingatkan makanan orang cina sahaja yang ada
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
seronok baca entri ini walaupun saya sendiri belum pernah sampai ke sana. Semoga satu hari nanti akan sampai ke tempat-tempat ini.
Curahan rasa kimmie @ ..Kongsi Ilmu: V.I.P di akhirat
Semoga kita juga akan menjejakkan kaki ke sana kan..
boleh lihat tinggalan sejarah Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
menarik baca kisah kisah macam ni sebab boleh tambah ilmu, saya sokong denaihati dan berharap tuan denaihati terus berkongsi artikel ilmiah macam ni
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Beli Jam Tangan Alba 35th Anniversary Limited Edition
Banyak pengalaman dengan kembara macam ni kan..
Pengalaman yang memang tidak boleh dibeli hanya dirasai
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Best boleh tengok perjalanan DH ke seluruh dunia merantau mencari ilmu sambil mengembangkan agama Islam secara tidak langsung…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
ada juga makam sahabat rasulullah di china. jauh beliau mengembara utk sebarkan ajaran islam
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem The Hunger Games
Salah satu dakwah juga bila DH buat kembara macam ni kan…
Kembara sosial yang menyatukan umat Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Memang tak disangka kan, bagaimana la sahabat Nabi itu mengembara sejauh tu untuk menyebarkan ajaran Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Seronok dapat pergi tempat macam ni. Harap satu hari nanti saya pun dapat pegi juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jualan Murah Di Lazada 1111-1212
Tempat yang selalu dikatakan syurga untuk shopping…
Selain tu,kita jarang didedahkan dengan penyebaran agama Islam di sana kan .
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Didoakan tercapai cita cita denaihati untuk pergi ke Brazil dan Argentina tu nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Hilangkan Dahaga Di Kaki 5 Republic
Jika niat dah betul caranya, insyallah pasti akan beroleh kejayaan yang manis…
Insyallah. Semoga dimudahkan urusan Tuan DH nak ke sana nanti. dapat pegi sana seronok juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jualan Murah Di Lazada 1111-1212
Semoga tercapai hajat dan impian DH…
Mengembangkan lagi penyebaran Islamn secara tidak langsung
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
InsyaAllah semoga Allah mempermudahkan perjalanan team DH untuk ke destinasi yang seterusnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
As salam. Sate kambing dengan mee tarik tak de gambar ke tuan?
Elias: Bunyi macam sedap juga menu ni. Ramai dok sembang sate kambing ni sedap.
Curahan rasa Sani @ ..Hilangkan Dahaga Di Kaki 5 Republic
Memang sedap dapat sate kambing mase2 tengah ujan n kome oit… terus lapar dah n….
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Kambing. Mesti sedap kambing kat sana. Ada ker tuan DH gambarnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
Dapat pekena kambing di sana memang sedap juga. Ada ker gambarnya Tuan DH.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Secebis Kata-kata Berharga Syed Mokhtar Al-Bukhary
Eh ada juga ya sate kambing?
Yang MV tahu sana sangat terkenal dengan mi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
orang orang asia mmg suka minuman herba. terutamanya rakyat cina dan jepun
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tuan Anas Mikail di Astro Ria
Nikkhazami:Memang sudah menjadi minuman atau makan turun temurun mereka sejak zaman berzaman… Memang terkenal khasiatnya tu.
Curahan rasa Sani @ ..Hilangkan Dahaga Di Kaki 5 Republic
Bagi yang menjaga kesihatan, memang itu lah minuman yang akan mereka amalkan.
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Minuman kaya dengan antioksidan ni memang menjadi turun temurun tradisional penduduk di negara China
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Herba Cina memang lain macam sikit tarikannya. Boleh cuba bila sampai sana.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Secebis Kata-kata Berharga Syed Mokhtar Al-Bukhary
Mereka kat sana memang gunakan daun kering herba yang asli…belum diproses lagi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Sebab itu mereka sihat tubuh badan..
Penyakit kencing manis darah tinggi pun kurang sebab amalkan minuman antioksidan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Seronok berjalan macam Bro DH. Banyak pengalaman yang boleh dipelajari dari berjalan dan kembangkan bisnes ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
kan seronok jadi beliau, sekarang cuma menuai hasilnya sahaja. tak sabar nak sampai tahap macam tu
Curahan rasa raihanah @ ..Gombak Spa Di Rumah: Kini Dengan Pakej Baru
Dulu menanam sekarang menuai hasil…
Lama juga nak dapat hasil macam ni kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Jauh berjalan, luas pandangan , bertambah pengalaman. Banyak yang dapat dipelajari.
Memang tak di nafikan ramai yang mencemburi kejayaan bro DH n… jalan2 sana sini pun masih manpu menjana income. Terbaek….
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Comments are closed.