Assalamualaikum dan salam sejahtera,
anak muda yang tamat belajar tidak kira di Institut Pengajian Tinggi agak ramai saban tahun. Namun seperti yang kita ketahui, ramai juga yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Muhamad Haziq bin Badrul Hisham yang berumur 23 tahun, graduan Universiti Malaysia Sarawak menyertai program eRezeki ini sejak 7 minggu lalu. Walaupun belajar di dalam bidang Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik, Haziq minat dengan rekabentuk grafik dan selepas ditemuduga pusat eRezeki, beliau memulakan kelas pada 18 Julai 2016.
Minat Grafik Bukan Penghalang
Apa yang dipelajari pada peringkat permulaan adalah untuk menguasai beberapa platform yang menjadi pilihan untuk menjana duit secara atas talian. Ramai anak-anak muda mempunyai kemahiran tetapi tidak dapat menterjemahkannya ke bentuk pendapatan. Contoh yang paling mudah adalah seperti Haziq yang minat grafik.
Permintaan di luar negara juga sentiasa ada untuk mereka yang berkemahiran di dalam bidang grafik. Rekabentuk poster, brosur, logo, banner dan lain-lain lagi sememangnya ada keperluan dan semuanya dibayar kira-kira serendah USD50 untuk satu logo sebagai contoh.
Buat Duit dengan USD
Setakat lima minggu Haziq di pusat eRezeki Cyberjaya, beliau sudah mendapat USD150 hanya dengan merekabentuk logo dan poster sahaja. Dua minggu pertama adalah pengenalan dan minggu ketiga beliau sudah menuai hasil. Bagi yang mahukan kelas lanjutan, pemerhatian selama tiga bulan dikenakan kepada mereka yang belajar di pusat eRezeki.
Inshaa Allah beliau sedang menyasarkan untuk menjana lebih lagi pendapatan digital ini dengan bantuan dan latihan di pusat eRezeki. Belajar tanpa guru lebih menyusahkan dan Haziq gembira dengan tunjukajar yang menjadikannya lebih bersemangat di dalam program ini.
Syarat minima adalah berumur 18 tahun ke atas dan umur bukan penghalang untuk menjana duit kerana Encik Zulkifli telah buktikan Umur 57 tahun Boleh Buat Duit Online.
Bagi yang minat untuk menyertai program eRezeki ini, boleh terus ke eRezeki.
28 Comments
Harga jasa yang pantas untuk sebuah keahlian, namun sayang di Pontianak sendiri nilai sebuah keahlian tersebut masihlah belum seberapa. Untung akses komunikasi sudah sangat mendukung untuk saat ini sehingga kawan2 yang punya keahlian bisa “menjual” ke negara-negara luar dimana mereka sangat menghargai hasil dari sebuah karya.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Pekan Bazar Buku dan Diskusi “Literasi untuk Peradaban” Pontianak
wah! ini sudah bagus! Income dalam Dolar Amerika. Apabila ditukar ke Ringgit Malaysia, pasti jumlahnya dalam 3 kali ganda.
Curahan rasa Diverse Borneo @ ..How To Know The Difference Between PADI 5 Star Dive Centre And PADI 5 Star Instructor Development Centre
Terhebat..,. siapa sangka. Bukan mudah nak buat usd 1 buat pemula… tetapi bila dah berjaya memang takkan dilepaskan lagi daging yang sedap ni.
Apapun saya pun tengah belajar lagi cara untuk menjadi freelancer sepenuh masa. Doakan saya berjaya.
wow hebatnya..tahniah org muda..mudah menjemput rezeki jika itu memang minat kita 🙂
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..Set Baju Nikah Sanding tunang | Lawa ohh
cemburu juga kepada mereka yang memiliki dan meminati kemahiran graphic sebegini.
semoga lebih banyak peluang ditawarkan dan tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja.
Curahan rasa Nurul @ ..Kesan Promo Cantik Bulan September
Nice sharing, boleh cuba usha2 benda ni..takut nanti terikut tapi terhangat2 taik ayam je nanti..kena faham dan serius bila nk buat sesuatu ni
Curahan rasa Elih Japahar @ ..Penabungan Anak Seawal Usia Sehari Dengan SSPN-i Plus
semoga graduan ni berjaya dapat lebih banyak duit usd pada masa hadapan.
jangan hangat-hangat tahi ayam aje nanti.
Curahan rasa titan @ ..Cabaran UPSR Tahun 2016
Hangat- hangat tahi ayam?
Betul.. kalau kita perasan, dah ramai usahawan internet dan blogger yang hangat-hangat tahi ayam..
Curahan rasa anuar @ ..Pakej Combo Pemasaran Internet.. Tengah murah sekarang ni.
Mula-mula dulu bukan main lagi update blog.. buat laman web yg hebat… tapi sekarang ni laman web hilang entah ke mana… blog pula dah lama tak berupdate..
Curahan rasa anuar @ ..Pakej Combo Pemasaran Internet.. Tengah murah sekarang ni.
Bagi yg sdh ikutan progran ini …bagi tau spng bagaimana caranya mau ikutan dalam program ini …
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Subhanallah, Inilah Manfaat Wuduhu Bagi Kecantikan –
Comments are closed.